Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

MANUSIA SEKARANG MAKIN KURANG AJAR

Aku tak kata semua la. Tapi sesetengah manusia yang tak sedar diri memang sangat menyakitkan hati. Membengkak-bengkak aja hati.

Manusia yang kurang diajar ni boleh dijumpai di merata-rata tempat. Di atas jalan raya, di kedai, di mana-mana aja la. Paling terkini yang heboh diperkatakan tentang dua orang remaja yang sedap hati je menyepak pengemis yang sedang tidur di tepi jalan. Seh... aku tatau la mana diorang belajar menjadi kurang ajar. Tapi sekarang bukan itu yang nak diungkapkan di sini. Akan tetapi manusia yang paling kurang ajar paling terbaru aku jumpa berada dekat-dekat sini.

Sebab hari ni hari Jumaat, dan kerja kat ofis ni tidak la terlalu banyak, dan atas alasan apa sekalipun, hari ni pada waktu lunch hour, aku menjejakkan kaki ke sebuah salun rambut yang berdekatan. Niat di hati nak potong rambut yang sudah panjang dan buat sedikit treatment. Memandangkan sudah 2 bulan aku tak jejak kaki kat mana-mana salun. Nanti aku bagitau kenapa..

Kisahnya, aku bantai je nak masuk salah satu antara 2 salun yang ada kat area sini. Tak cuba, mana nak tau dak? Dah masuk, mestilah aku nak tau service apa yang dia offer? Ada tak service yang aku nak buat ni? Dan sudah tentu la aku mau tanya harga service dia berapa? Aku tatau la ada ke tidak manusia kat dunia ni yang datang ke sesuatu kedai/salun untuk pertama kali, terus cakap nak buat treatment apa, duduk and lastly terus bayar tanpa mengetahui samada ianya berbaloi atau tidak. (oh mungkin ada kot, orang kaya!)

Tapi, manusia yang tak sedar diri itu marah-marah kat aku sebab aku ni banyak tanya. Aku membanding-bandingkan harga kat salun dia yang pada fikiran aku terlalu mahal, walhal salun dia tidak la nampak eksklusif. Lot kecil saja dan berkongsi dengan kedai laundry. Kemudian dia menghalau aku suruh aku cari salun lain yang katanya salun yang selang 2-3 pintu dari lot dia adalah lebih mahal! Katanya lagi, dia tidak kisah nak marahkan customer yang banyak tanya macam aku ni yang kononnya hilang aku seorang tak apa sebab dia ada ramai lagi customer yang suka datang kat salun dia.

Aku tegur tentang mulut lantang dan sikap sombong dia yang sekiranya tidak berubah, macam mana customer nak datang? Aku juga tegur tentang sifat 'hospitality' dia yang bagi aku adalah ZERO. Bagi aku, bayaran yang setanding dengan layanan yang diberikan adalah lebih berbaloi. Buat apa kau bayar mahal-mahal tapi tauke sombong  membangga diri? Buat apa kau bayar mahal-mahal tapi kehadiran kau tak dihargai? Buat apa kau bayar mahal-mahal kalau style rambut yang kau nak, kau describe baik punyer kat tauke tapi tidak disetujui? Eh, rambut kau ke rambut aku yang nak kene potong ni?!

Dari dulu aku keluar masuk banyak salun semata-mata nak cari salun yang bagi aku nak datang banyak kali pon berbaloi! Tapi inilah salun pertama yang aku rasa tak akan jejakkan kaki lagi. Memang susah nak cari salun yang tangan si tukang gunting tu punya penangan yang hebat. Sebab tu aku dah tak pergi salun 2 bulan lamanya. Sebab tukang gunting rambut aku terpaksa berhenti dan berehat sebentar sebab sedang pregnant. Kandungan dia tak kuat. Oleh itu dah 2 bulan la aku tak buat treatment rambut.

Tapi, baru je rasa nak cari salun lain yang sebati dengan diri, terkena pulak dengan si tauke melayu kita yang sombong.. Aku tatau la kenapa ada orang macam tu sekali. Dia tak sayang kan business dia ke? Dia tak mahu menambah koleksi customer dia ke? Aku harap, suatu hari nanti, dia akan duduk terkenang sikap dia yang kasar terhadap pelanggan dia seperti aku ni. 


Tanpa segan silu dan rasa gentar, aku nak tayang gambar saloon tu yang bersebelahan dengan laundry 'so frinedly' dia juga..


Sorry, abaikan no plate kereta siapa ntah yang takda kena mengena. Aku takda masa nak edit-edit gambar la..

Note: sudahnya aku masuk salun rambut yang selang 2-3 pintu dari lot dia. Puas hati! Harga jauh lebih mantap! Service pon mantap! Takpela, si tauke sombong tu. Aku tamau masuk kedai kau lagi!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...