Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

LITTLE CAMIMI'S BIRTHDAY - PREPARATION

Sebahagian kecil gambar-gambar yang dapat dikongsikan di sini tentang persiapan sambutan birthday Camimi dan cousins aku yang lain.. enjoy..! (yes, we did at the same date, same day!)


Kek mini coklat kukus yang marbeles!
Nak hantar sedikit untuk diberikan kepada kawan-kawan Camimi kat school..

Goodies untuk kawan-kawan Camimi kat school..


Sebahagian goodies yang dah siap untuk guests yang bertandang ke rumah


Goodies in the progress. Niza and Camimi tolong packing kan. Eh, silap! Camimi tolong sorokkan pudding dan sweets untuk diri sendiri. :p


Ha, dah tak cukup dah! Camimi yang sorokkan..!


Thanks to my bro coz import his GF to help me in the preparation..
:)


Note:

1) Thanks a lot to Mak Anjang Husna for the mini cakes. Sangat sedap sampaikan tak cukup sebab order 80 pcs aje..
2) Thanks to Niza sebab tolong akak pack goodies. Haih, tak cukup tangan sebenarnya.


See you in the next episode.. :)

Monday

DüRüM - STYLE AKU

Salam u ols,

Aku ni dah lama tak cerita pasal masak-masak kan? Apa yang aku masak kat rumah time weekdays or weekends. Tak macam masa aku dok kat Germany dulu. Meriah la hai cerita pasal masak-masak dan makan-makan ni. Sebab tak tahu nak cerita apa lagi. Fully housewife dok masak je la aku kat sana!

Okla, jom aku cerita sikit pasal makan-makan dan masak-masak. 

Kisahnya, kami rindu nak makan dürüm. Atau kat Malaysia dikenali sebagai KFC Twister. Bezanya cuma bahan-bahan di dalamnya lain. Twister takde kambing cheese, paparoni, paprica dan sayur pun tak pelbagai. Manakala dürüm tu meriah la haii.. sampai tersembul keluar isi perut dalam roti tu :) 

Kadang-kadang kt Germany, kami beli je dürüm ni kat kedai kebab orang Turki. Kadang kami buat sendiri. Ikut mood si tukang masak tu la.. 

Ok, jom tengok macam mana nak buatnye ye?

Salad, timun, buah tomato, kobis
Sebenarnya sukahati korang la nak letak sayur-sayuran apa yang korang suka. Bagi aku, ini je sayur yang available kat peti sejuk rumah aku :)


Roti ni korang boleh beli kat Tesco dan Giant. Carilah kat bahagian roti-roti. Nama apa aku tatau. Aku rembat aje asal lebih kurang sama dengan roti dürüm. 
(tapi bukan roti capati ye?)

Selain daripada sayur-sayuran, korang boleh letak sebarang jenis daging seperti cebisan ayam, hotdog, daging burger. Pendek kata ikut sukahati la kan... 


Kemudian korang gaul bahan-bahan tadi dalam sebuah mangkuk yang besar bersama sedikit mayonis (ikut suka juga nak banyak mana). No salt, no sugar! Kat sini terpulang la nak letak thousand island ke or wat so ever (dah macam Subway daaaa boleh pilih sos apa yang korang suka)



 Dan ini lah sudahnya. Korang wrap dengan kertas aluminium tu di bahagian bawahnya. Senang skit nak makan. Takde la terkeluar isi perut roti tu di bahagian bawah roti nanti.


Selamat mencuba... :)


Note: Sharing is caring kan...?

KALAU DAH ROSAK, ROSAK JUGAK!

Uwa.. aku tak leh nak update blog weekends hari tu. Laptop aku rosak daaa.. Skrin displayed kat laptop tu dah jadi double. Pastu goyang-goyang macam tv nak rosak... benci aku!

Dah la hari Sabtu dan Ahad aku bajet nak post entry untuk seminggu ni. Kira nak buat auto-published la.. sudahnya aku menganga je tengok laptop tu dah jadi double screen! Siap berebut dengan Camimi nak tengok tv pula. Dia sibuk nak pasang dvd Barney dia, aku pulak nak tengok movies dan layan sukan sea. Asyik nak auta dia je. Kesian dia!

Ni gara-gara nak locate meja laptop tu depan tingkap. Konon nak cari view yang cantik sambil menghayati bumi ciptaan Tuhan. Sambil menjamu mata di malam hari menyaksikan istana kayangan nun jauh di Genting Highlands. Sambil menyaksikan aktiviti penduduk Shah Alam di malam hari bermain bunga api dan mercun. Dan yang paling penting sambil menikmati angin sejuk yang kadang kala tak sanggup nak bertenggek di tepi tingkap.

Sudahnya, dah 3 kali laptop tu basah disimbah hujan dek terlupa nak tutup tingkap. Kadang kala aku sendiri yang punya salah. Memang bising la laki aku tu. Kadang kala dia sendiri punya salah lupa nak tutup tingkap. So, sendiri mau ingat la. Aku bagi jelingan maut je kat dia. Takyah keluar sepatah pon dah cukup! So, kesimpulannya masing-masing salah! Jadi hari ni baru nak pergi hantar laptop untuk dibaiki. Laptop ni pon macam kereta juga. Ada khabar-khabar angin nak tukar yang baru, dia dah buat hal. Lain kali laki bini nak cakap pasal kereta ke, laptop ke, kena cakap dalam selimut. Biar semua benda tak leh dengar! Boleh? :p

Jadi pendek kata, semua entry aku berkenaan birthday Camimi, Raya Korban, etc tertunggak lagi...! Bila la aku nak update ni? Weekends ni nak panjat bukit dah.. Hopefully aku tak kena lampu merah... :P  Hehehhehe

Friday

MANUSIA SEKARANG MAKIN KURANG AJAR

Aku tak kata semua la. Tapi sesetengah manusia yang tak sedar diri memang sangat menyakitkan hati. Membengkak-bengkak aja hati.

Manusia yang kurang diajar ni boleh dijumpai di merata-rata tempat. Di atas jalan raya, di kedai, di mana-mana aja la. Paling terkini yang heboh diperkatakan tentang dua orang remaja yang sedap hati je menyepak pengemis yang sedang tidur di tepi jalan. Seh... aku tatau la mana diorang belajar menjadi kurang ajar. Tapi sekarang bukan itu yang nak diungkapkan di sini. Akan tetapi manusia yang paling kurang ajar paling terbaru aku jumpa berada dekat-dekat sini.

Sebab hari ni hari Jumaat, dan kerja kat ofis ni tidak la terlalu banyak, dan atas alasan apa sekalipun, hari ni pada waktu lunch hour, aku menjejakkan kaki ke sebuah salun rambut yang berdekatan. Niat di hati nak potong rambut yang sudah panjang dan buat sedikit treatment. Memandangkan sudah 2 bulan aku tak jejak kaki kat mana-mana salun. Nanti aku bagitau kenapa..

Kisahnya, aku bantai je nak masuk salah satu antara 2 salun yang ada kat area sini. Tak cuba, mana nak tau dak? Dah masuk, mestilah aku nak tau service apa yang dia offer? Ada tak service yang aku nak buat ni? Dan sudah tentu la aku mau tanya harga service dia berapa? Aku tatau la ada ke tidak manusia kat dunia ni yang datang ke sesuatu kedai/salun untuk pertama kali, terus cakap nak buat treatment apa, duduk and lastly terus bayar tanpa mengetahui samada ianya berbaloi atau tidak. (oh mungkin ada kot, orang kaya!)

Tapi, manusia yang tak sedar diri itu marah-marah kat aku sebab aku ni banyak tanya. Aku membanding-bandingkan harga kat salun dia yang pada fikiran aku terlalu mahal, walhal salun dia tidak la nampak eksklusif. Lot kecil saja dan berkongsi dengan kedai laundry. Kemudian dia menghalau aku suruh aku cari salun lain yang katanya salun yang selang 2-3 pintu dari lot dia adalah lebih mahal! Katanya lagi, dia tidak kisah nak marahkan customer yang banyak tanya macam aku ni yang kononnya hilang aku seorang tak apa sebab dia ada ramai lagi customer yang suka datang kat salun dia.

Aku tegur tentang mulut lantang dan sikap sombong dia yang sekiranya tidak berubah, macam mana customer nak datang? Aku juga tegur tentang sifat 'hospitality' dia yang bagi aku adalah ZERO. Bagi aku, bayaran yang setanding dengan layanan yang diberikan adalah lebih berbaloi. Buat apa kau bayar mahal-mahal tapi tauke sombong  membangga diri? Buat apa kau bayar mahal-mahal tapi kehadiran kau tak dihargai? Buat apa kau bayar mahal-mahal kalau style rambut yang kau nak, kau describe baik punyer kat tauke tapi tidak disetujui? Eh, rambut kau ke rambut aku yang nak kene potong ni?!

Dari dulu aku keluar masuk banyak salun semata-mata nak cari salun yang bagi aku nak datang banyak kali pon berbaloi! Tapi inilah salun pertama yang aku rasa tak akan jejakkan kaki lagi. Memang susah nak cari salun yang tangan si tukang gunting tu punya penangan yang hebat. Sebab tu aku dah tak pergi salun 2 bulan lamanya. Sebab tukang gunting rambut aku terpaksa berhenti dan berehat sebentar sebab sedang pregnant. Kandungan dia tak kuat. Oleh itu dah 2 bulan la aku tak buat treatment rambut.

Tapi, baru je rasa nak cari salun lain yang sebati dengan diri, terkena pulak dengan si tauke melayu kita yang sombong.. Aku tatau la kenapa ada orang macam tu sekali. Dia tak sayang kan business dia ke? Dia tak mahu menambah koleksi customer dia ke? Aku harap, suatu hari nanti, dia akan duduk terkenang sikap dia yang kasar terhadap pelanggan dia seperti aku ni. 


Tanpa segan silu dan rasa gentar, aku nak tayang gambar saloon tu yang bersebelahan dengan laundry 'so frinedly' dia juga..


Sorry, abaikan no plate kereta siapa ntah yang takda kena mengena. Aku takda masa nak edit-edit gambar la..

Note: sudahnya aku masuk salun rambut yang selang 2-3 pintu dari lot dia. Puas hati! Harga jauh lebih mantap! Service pon mantap! Takpela, si tauke sombong tu. Aku tamau masuk kedai kau lagi!!

Thursday

TERGENDALA...

Aku nak post entry video clip yang aku reka sempena birthday Camimi tempoh hari, tapi masa masih tak izinkan la.. nanti ada masa aku upload kat sini. Sebagai kenangan kot-kot esok aku dah lupe macam mana Camimi membesar dengan sihat selamat dalam jagaan kami berdua...

Aku nak post juga gambar-gambar birthday Camimi yang kami sambut ramai-ramai dengan cousins aku yang sporting giler. Tapi masa masih tak mengizinkan juga. Ada masa nanti aku upload la kat sini. 

Dan yang terkini gambar-gambar Raya Haji yang happening dan gethering keluarga yang juga diadakan pada hari tersebut memang aku nak upload juga, tapi tak berkesempatan lagi.


Selepas raya hari aidilfitri dulu kami tiga beranak ada melawat zoo negara dan ambil gambar macam-macam. Tapi takda masa lagi nak buat cerita dan upload gambar banyak-banyak.. apa daaa..

4 benda ni aku nak buat tapi aku tengah mengintai masa yang sesuai untuk berbuat demikian..

Note: aku yang tak pandai menguruskan masa atau masa itu terlalu mencemburui aku..? :p

Tuesday

CAMIMI DEMAM

Sepanjang minggu yang lepas, semua entry adalah auto published. Begitu juga sepanjang minggu ini. Ada masa saya buat marathon, update terus banyak-banyak entry dan arrange bila nak di-auto-published-kan. Sebab saya tahu, masa itu sangat mencemburui saya. Agaknya dia tengok saya terlalu 'cantik' kot.. terus nak jeles-jeles.. :P

Kebanyakannya masa yang banyak itu adalah apabila berada di rumah. Time Camimi tengah tidur, baru boleh pegang komputer. Kalau kat ofis, terhad sangat sebab kerja ofis banyak. Sebab itu saya masih belum berpeluang update blog business saya. Apa nak buat...

Nasib baik saya ada hati nak update blog. Kalau tak, mungkin dah berkubur kot blog saya. Kasihan...

Okla, saya nak mulakan dengan entry yang baru..

Saya start cuti jaga Camimi yang demam panas semenjak hari Selasa minggu lepas. Semalam saya masih bercuti. Demam Camimi sangat aneh sebab dia tak pernah demam lama-lama sehingga hampir seminggu tak kebah-kebah. Hati ibu mana yang tak risau tengok anak demam panas sehingga mencecah ke 41.5 deg C.

Sepanjang Camimi demam, hari-hari Daddy dia balik lunch kat rumah. Hai, mommy dia masak la.. lama tak jadi 'fully housewife' ni.. ;p


Sepanjang Camimi demam, 2x kami menjengah DEMC Specialist Centre. Kali ke-2 tu kami buat ujian darah sebab terlalu risau selepas 3 hari demam Camimi tak nampak surutnya. Malah on off panasnya. Demamnya kali ini lengkap pakej semua ada. Demam panas, batuk, selesema malah muntah-muntah. Tapi bila doktor dah  cek, tiada apa yang merisaukan, Tiada denggi, H1N1, malah penyakit kritikal yang lain juga tiada. Cuma virus biasa yang menyerang kanak-kanak.

Marah dan nangis Camimi sebab kena letak air asam jawa kat kepala.


Em, biasalah. Adatla kalau dah duduk kat nursery. Kalau tak demam, tak selesema, batuk memang tak sah. Hari ni kene demam, esok-esok baik, pastu tak lama lagi kena lagi. Camner nak buat? Mak bapak kt situ hantar anak ke nursery even anak-anak masih batuk, selesema, malah anak yang demam pun sanggup dihantar ke nusery. Alasannya, tak dapat cuti, tak de cuti dah. Kerja menimbun. Sudahnya, sorang bawak penyakit, habis semua orang berjangkit.

Esok-esok kau dah tua bangka, jangan salah kan anak kalau-kalau diorang tamau jaga kau time kau dah tua uzur. Silap-silap dihantarnya korang ke rumah-rumah orang tua. 

Apa la salahnya kan ambil cuti emergency sebab anak sakit, demam. Takpun, cari je klinik yang boleh beli MC. Habis cerita. Kesihatan anak itu penting. Duit boleh dicari. Nyawa anak..? Diperjudikan ye?

Tapi semalam lagi Camimi dah sihat, dah takde demam lagi. Tapi batuknya masih bersisa. Kadang batuk-batuk muntahkan apa yang dia minum atau makan sebelumnya. Tapi saya masih tak menghantar Camimi ke school. Kalau boleh, biar dia sihat betul-betul. Tidaklah bawa penyakit pada orang lain.

Harap-harap esok Camimi sihat benar. Boleh la pergi school. Dia pun dah boring duduk rumah mengadap mommy dia aja. Time-time demam masih boleh disuruh hantar ke school. Nak jumpa kawan-kawan. Nak main sama-sama. Em.. yelah. Boring tinggal dengan mommy dia. Sebab mommy dia sibuk kerja jadi 'housewife'

kui..kui..kui..

HAPPY 3RD YEARS HONEY BUNNY...

Monday

LIHAT LA SAYA...


Jeles tengok gigi Camimi. Aku rasa kecil-kecil dulu gigi aku idakla sebaik dan secantik gigi budak kecil ni



Tak dinafikan, Camimi memang suka gosok gigi. Kadang-kadang aku sendiri lupa nak gosokkan lepas mandikan dia, terus aje dia tanya "mommy tak brush teeth ke?"

Ok, tipu di situ. Kadang-kadang aku sengaja buat-buat lupa. Nak cepat la katakan...




Tapi bila tengok dia tersenyum sengeh macam ni hilang segala masalah. Pergi terbang entah kemana. Mommy pun takda 2 lekuk kat kiri dan kanan tu. Apatah lagi kat bawah dagu. Daddy dia ada satu sebelah kiri. Owh, patut la aku takda. Camimi dah bolot semua.. :P

Friday

DRIVING CLASS

Camimi masih lagi gagal sebut perkataan 'Drive'. Selalu saja sebut 'Dive'. Sah-sah 2 perkataan tu maknanya sangatla berbeza..


Kali ni Camimi masuk kelas memandu kereta bateri (aku pun tatau nak panggil kereta ni apa)

Start with 1st pink car (dia yang pilih sebab suka warna pink!)






Camimi failed! Tak leh control the steering, the pedal. Nasib tadak gear.. :P


Then, the daddy decided nak guna kereta control










Camimi cakap "daddy stop..stop.. Camimi dah tak nak dahh..!"

Bayar sewa kereta untuk 5 minit trial, tak sampai 3 minit dah tamau naik dah.. Oh ruginye. Kalau la aku yang muat naik kereta tu, mesti mau naik maaaa...


Note: Jarang kami ke Tesco Extra, Shah Alam. First time datang dengan Camimi terus dia nak naik kereta bateri ni..

Thursday

SERUPA TAPI TAK SAMA

Kedua-duanya mommy sayang..










My mother selalu berpesan, kalau nak beli baju, beli 2 pasang yang sama sekali. So that budak kecil 2 orang ni leh pakai sedondon. 
Owh, mereka seperti kembar yang serupa tapi tidak sama...

Boleh la nenda. Nanti mommy beli la 2 pasang yang sama sekaligus setiap kali shopping baju budak. Itupun kalau ada bajet lebih ye nenda..

Wednesday

DAY CURTAIN

Tq to nenda sebab tolong beli dan jahitkan sekali day curtain kat living hall rumah kitorang..

Cadangnya tahun depan baru nak beli dan jahit day curtain untuk semua tingkap. Then dekat nak raya baru nak ganti curtain yang sedia ada.








 Nanti kalau nenda rajin dan bermurah hati lagi, belikan dan jahitkan day curtain kat semua bilik pon ok... :)




Itulah namanya, diberi betis nak peha.


Note: Ok, dah tak payah risau nak sexy2 dalam rumah. Sebab tingkap dah ada 'penapis' baru.. :PPP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...