Cobaan...cobaannnnn...
Setiap tahun, bulan November dan Disember bakal menjadi bulan yang paling banyak mencurahkan duit. Oh, bukan mencurahkan air ke daun keladi ye. Ini adalah kerana kedua-dua bulan ni kami terpaksa invest kepada:
- Insurans kereta dan road tax
- Yuran tahunan school Camimi (untuk tahun berikutnya)
- Birthday party untuk Camimi
- Korban pada raya haji
Tambahan pula, ini tahun ke-2 kereta ni menjadi milik kami. Maka ada 3 kos baru yang perlu ditanggung lagi iaitu:
- Major service
- Bateri kereta (baru je kong pagi tadi time laki aku nak pergi kelas)
- Tayar dah botak!!!!
Ada lagi kos 'ngada-ngada' tambahan yang aku sendiri usulkan iaitu:
- Cuti-cuti Malaysia
- Birthday aku... takkan nak lupakan begitu saja? At least nak makan kat tempat paaaaaling best dan dapat hadiah paaaaaaling best. Boleh?
Nasib baik raya dah lepas kan.. kalau tak maunya beraya pakai baju kain perca. Uwaaa~ Tapi takpe, rezeki tu Allah yang turunkan. Setiap bulan November dan Disember la kami tak perlu bayar loan rumah yang kami beli sekarang. Ini dipanggil Payment Holiday. Sesiapa saja will be entitled kalau bayar sebelum date linenya dan tak akan pernah tertunggak pun dalam setahun. Mudah je kan syarat-syaratnya?
Ok, babai..
Note: Pagi tadi aku nak beli cool blog perasa chocolate atau oreo plus bubble. Tapi bubble dia tengah masak. 45 minit aku kena tunggu. Sudahnya balik saja. Tak kuasa nak nunggu. Kesannya, sampai la ni aku dok terbayang je cool blog tu. Semacam meroyan tak dpt pon ada. Laki aku cakap, petang ni dia belikan. Fuhhh... lambatnya nak tunggu (_ _!)
4 comments:
hmm.. aku pulak hutang apa ek? tak tersenarai gamaknya.. kekeke..
insyaAllah ada rezeki lebih lagi nanti :) eh besday bash camimi? forget me not!
su, list aku ni tak boleh hutang2. segalanya perlu cash! aduh!!
lily, InsyaAllah... kan?! birthday camimi nnt celebrate kt school dia kot secara ontime. bln 12 nnt baru buat. tatau lagi..
Post a Comment