Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

INI YANG AKU SUKA PASAL ANMUM

Ok, Anmum Essential kembali lagi dengan penyertaan untuk mendapatkan pek percuma 500g. Promosi adalah bermula dari 12 September 2011-12 Disember 2011. 

Best ooo...

Senang aje caranya. Cuma kumpulkan tag bertulis 'Anmum' yang ada pada scoop Anmum Essential yang diberikan percuma dalam setiap kotak atau tin yang dibeli. Ada warna kuning (untuk  500g) dan warna purple (untuk 1.2kg/1.6kg)

Aku memang banyak belikan pek yang ada purple scoop untuk Camimi. Sekali beli 2 kotak refill boleh tahan untuk 4 minggu. Cuma sekarang makin besar Camimi, makin dah kurang minum susu sikit. So, boleh tahan sehingga 5-6 minggu.



Yang bestnya, tahun lepas cuma redeem 3 kotak 500g sahaja, tapi tahun ni 5 kotak aku nak redeem. Itu dah maximum, tak boleh lebih walhal kalau ikutkan nak redeem sampai 7 kotak. Ha, banyak ke tak banyak Camimi minum susu? So, scoop tag yang balance tu aku bawa ke tahun hadapan la gamaknya.

Lagi yang best tahun ni apabila cuma memerlukan 5  scoop tag untuk warna purple berbanding tahun lepas 6. Warna kuning tu pula sama je bilangannya dari tahun-tahun sebelum ini :) Sebab tu bilangan redemption lebih banyak. Hehehhe...

Jadi, tahun ni aku susun scoop tag tu proper sikit la berbanding tahun lepas. Semangat ni.. semangat nak dapat benda free ok. Jimat sebulan lebih dah tak payah beli susu Camimi :)


Ok, so tunggu je la kurier datang bawa susu Camimi. Sekali datang dengan 5 kotak kah? Atau macam tahun-tahun lepas datang seketol, seketol.. Tak kesah la, asalkan dapat. Dah orang kasi free kan..?

Ok, susu brand lain macam mana? Ada yang dapat apa-apa secara percuma tak? Kalau kawan-kawan tak promote macam mana nak tahu kan..? So, cerita la..

Note: Oh hari ni period pain sakit nyerrr!!! Mak tolongg!!!<=== gelak la kat aku. Misi bulan ni fail lagi uwaaaa~~

2 comments:

Suliana said...

klu dah byk tu, kasi la kat aku sikit.. hehe.. aqil minum dutch lady, tak de mcm anmum ni redeem2 bagai. huhu

Erin Rashid said...

beb, aku mmg baik hati. boleh je bg kt ko. cuma takut kang aqil tak poo poo2 sbb susu tak sesuai ke.. ha kan dh naya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...