Kerja aku ni asyik-asyik buat kek, asyik-asyik buat kek. Entah, mungkin senang sangat kot nak buat. Lagi satu sebab permintaan ramai kawan-kawan nak cuba kek choc moist air tangan aku kot.. Heheheh..
Ok, malam tadi aku buat kek choc moist lagi. Sebab ada Majlis Sambutan Hari Raya kat school Camimi hari ini. Cikgu-cikgu request kek choc aku. Sebab dah pernah bagi diorang rasa dulu, so kali ni mereka betul-betul suruh aku buat dan hantar sebiji kat sana. Lagipun, ini acara potluck. So, idak la aku minta apa-apa bayaran. So far, bagi sesiapa nak merasa memang aku tak minta apa-apa bayaran pun. Tapi kalau nak buat banyak untuk sesuatu events, terpaksa la aku minta ongkosnye kan..? Heheheh..
Aku buat 1 bekas ni untuk 1 adunan. So, kalau nak kek ni jadi tebal, (nak penuhkan 1 bekas) kena la buat 2 adunan
Yang lagi 3 bekas ni pula guna 1 adunan lain. 3-3 ni pun ada orang dah order, teringin rasa. Hehehe...
Oh ye, kek ni semua aku kukus so that boleh guna bekas transparent tu sebagai packaging nya. Colorful decoration atas kek tu dari dulu sampai sekarang sama je kan? Sebab deco tu antara yang termurah dijual kat pasaran. So aku beli la 1 plastik besar. Boleh guna banyak kali. Jimat.. heheheh. Dah habis nanti baru aku beli yang lain pula. Manakala chocolate masak sebagai topping kek ni aku beli kat kedai kek Bagus Seksyen 13 ni je. Aku pernah beli kat Giant, Tesco tapi chocolate dia tak sesedap kat kedai Bagus ni la..
1 adunan kek juga boleh buat 1 bekas besar seperti di atas, dan 10 bekas kecil-kecil
Gambar kat atas ni aku buat kek sempena adik aku nak balik semula ke Jepun. Dia yang request sebab dia pernah rasa kek ni masa awal-awal balik Malaysia. Yang tengah-tengah besar tu dia punya sorang. Yang lain aku simpan nak kasi orang lain rasa pula. Lagipun kat rumah mother aku banyak bekas kecil-kecil ni. Jadi aku pergi ambil la. Mother aku memang suka simpan benda-benda remeh ni. Tapi yang remeh-remeh ni la berguna bila tetiba kita perlukannya. Heheheh..
Tapi, yang tak bestnya kek ni tak sesedap selalu la (sempat puji diri sendiri pula tu). Aku rasa ada yang tak kena. Baru aku teringat, masa aku kukus kek-kek ni semua, aku terlupa tengok jam. So, aku tak boleh bajet dia dah masak atau belum. Bila aku cucuk-cucuk, tengok dah masak. Bila dah letak topping bagai, dah simpan, nak rasa pula tetiba macam tak cukup masak pula.
Frust juga la aku sebab aku buat kek tu untuk adik aku tapi rasa tak sedap seperti selalu..
Sebelum adik aku balik Jepun tempoh hari, sempat juga kami buat cheese kek sama-sama. Dia yang dah siap beli barang ajak aku buat sebab dia nak tengok resipi aku. Walhal, aku sendiri belajar buat cheese kek ni dari kawan yang sama-sama duduk kat Germany dulu. Balik Malaysia dia twist sikit resipi tu dan share lagi dengan aku. So, ini la jadinya...
Orang kata, comot-comot pon sedap. Itu orang lain yang puji. Aku rasa sikit je. Hari ni buat, esok lusa dah habis 1 loyang dah. Oh, cheese kek ni kena bakar ye sayang. Bukan kukus. So far, sesiapa ada resipi yang kukus leh la share dengan aku hehehe... Tapi aku jenis buat kek tak suka nak makan. Rasa sikit-sikit udah la. The rest aku sedekah pada sesiapa yang nak rasa. Tapi aku pantang nampak kek kat kedai kek especially kat Secret Recipe. Selalu kena melawan golodak di hati tau!
So, pada sesiapa punya kek choc moist seperti gambar pertama di atas, sila tunggu saya terjah rumah awak eh. Delivery just right to your door!