Orang kata, kalau kita tak suka seseorang buat macam itu, kita jangan mulakannya dulu. Nanti dia terikut-ikut tindak-tanduk kita sendiri.
Teringat suatu ketika dulu, aku main panjat-panjat tembok kat sebuah surau. Aku kecil lagi masa tu. Baru darjah 5 or 6. Aku nak panjat tembok tu sebab aku nak duduk kat atasnya. Muat lagi la montot kecil aku lagi masa tu. Panjat, duduk, turun. Panjat, duduk, turun. Nampak pula adik aku yang kecil lagi. Beza umur kami adalah 4 tahun. Dia pun terikut-ikut nak panjat juga. Tapi dia kecil lagi kan... Jadi, aku takut dia terjatuh. Terus aku cakap jangan panjat-panjat, nanti jatuh berdarah. Siapa yang susah?
Tapi, adik aku tu tetap nak panjat juga sebab aku pun panjat dan sedang duduk goyang kaki atas tembok surau tu. Lantas ada seorang pakcik yang duduk atas kerusi batu tak jauh dari situ terus menegur aku. Dia kata, "kalau kakak tak kasi adik panjat, kakak jangan panjat-panjat la.."
Pakcik tua tu lembut je percakapannya tapi betul-betul meresap ke dalam jiwa aku. Terus aku menjauhkan diri dari tembok tu sebab muka terasa merah membahang. Malu ditegur begitu. Adik aku tengok aku dah tak panjat, dia pun menjauh dari tembok batu surau tersebut.
Apa yang aku nak perkatakan di sini, memang ramai manusia tak suka orang lain buat apa yang boleh membahayakan diri atau memburukkan keadaan tapi diri sendiri tak pergi cermin diri terlebih dahulu. Orang kata, salah orang lain kita nampak. Salah sendiri buat-buat tak nampak. Yelah, takda orang carry cermin 24 hours sekeliling dia untuk dia mencerminkan diri dak?
Kalau kita nak orang hargai apa yang kita berikan, kita pun kena belajar hargai apa orang lain berikan pada kita. Kalau kita nak orang sayangi diri kita, kita pun kena la belajar menyanyangi orang lain seadanya. Kalau kita nak orang hormati diri dan pendirian kita, kita pun kena belajar buat perkara yang sama.
Kalau kita tak nak orang mention-mention apa yang dia berikan barang pada kita, kita jangan mention-mention depan khalayak orang ramai tentang apa saja barang yang kita belikan untuk dia. Kalau kita nak orang happy apa benda sekalipun barang yang kita hadiahkan untuk dia, kita sendiri jangan buat muka masam bila dia hadiahkan apa saja barang untuk kita walaupun bukan idaman kita.
Dalam keadaan dan persekitaran macam mana pun, manusia lebih suka melakukan perkara apa yang dia suka tapi dia tak mahu orang lain terikut-ikutnya. Contohnya, kalau kita tak suka orang lain suka suki ambil cuti tanpa sebab, kita jangan suka suki nak memonteng dan mengular saja. Kalau kita tak suka orang lain shopping time office hour, kita pun jangan seronok nak buat perkara yang sama. Kalau kita tak suka orang yang baru pulang bercuti masuk kerja buat muka blur, kita jangan nak suka suki perli-perli dan kondem dia. Kalau kita pantang betul orang lain masuk kerja lambat, balik nak cepat aje, kita jangan nak seronok buat ofis ni macam mak bapak kita yang punya. Kalau kita memang benci dan menyampah kalau ada orang perasan yang dia adalah seorang boss, jadi kita pun jangan sibuk nak jadi bossy. Udah-udah la tu...
Jadi, nak buat sesuatu fikirkan la dahulu. Jangan suka menegur orang kalau diri sendiri pun tak betul. Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Takde ketam pun yang berjalan lurus, sebab kaki tak berbedung!
6 comments:
cerita ko kat suarau memberi aku input baru hari ini... hope aku pun selalu muhasabah diri.... yakni jangan sibuk tgk kesalahan org dan lupa kesalahan diri sendiri...
"Takde ketam pun yang berjalan lurus, sebab kaki tak berbedung!"
ko cipta peribahasa baru nih ryn.. ;)
tenkiu for the reminder, salam aidilfitri erin :)
zety, sama2 la kita ambil apa yg baik
beja, ko kan tahu aku suka reka2 ayat sdri hahaha
lily, same to u too.. salam aidilfitri :)
Post a Comment