Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
Sebelum ni memang aku cuba sedia upaya untuk mengikut apa yang diteladani oleh Rasulullah s.a.w tapi kadang-kadang terbabas, tergolek dork juga. Yelah, kita manusia, nafsu penuh beraja. Nampak makanan banyak atas meja makan atau meja buffet terus terlupa apa yang disarankan.
Orang macam aku ni memang wajib berdiet. Sorry la to kawan-kawan yang loya dengan apa yang aku cakap ni. Aku pun macam manusia lain juga. Makan adalah hobi paling menikmatkan selain daripada tidur. Kalau pergi mana-mana, kalau tak makan mesti tak sah. Kalau boleh setiap hari mahu ambil nasi. Nasi kan makanan ruji. Sedap dan mengenyangkan pula tu. Dapat pula lauk campur yang pelbagai. Owh, Malaysia is a heaven of food! Dari kecil kita dah diajar makan nasi. So, takkan dah besar begini nak tolak nasi kan? Cuma sesekali mau juga tukar selera tamau makan nasi.
Tapi, tuh la..nasi banyak kalorie. Satu pinggan nasi atau bersamaan 1 cup nasi mempunyai 260.16 kalorie. Itu belum campur ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, air bergula. Adoi... ok sila muntah sekarang sebab aku memang suka cakap pasal kalorie. Tapi jangan pula fikir badan aku dah kurus melengking sebab dok kira bilangan kalorie seharian. Aku pun macam orang lain juga. Kira kalorie tu kira juga cuma untuk info tapi hakikatnya kadang-kadang terbabas juga. Sental lauk bagai nak rak especially nak period. Fuhhh... nafsu makan bermaharajalela..
Ok la, straight to the point. Mari kita tengok apa diet yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w kita yang patut dicontohi. Yelah, ada yang dah pernah dapat info ni but apa salahnya kita share sekali lagi bersama-sama sebagai memperingati antara satu sama lain kan...
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging. Kalau kita makan serentak, tubuh kita akan keliru untuk memproses mana satu yang dahulu. Untuk menghadamkan susu, usus kita kena keluarkan asid hidroklorik yang kuat, tetapi asid ini akan memusnahkan daging. Tetapi kalau usus kita keluarkan asid yang lemah untuk menghadamkan daging, susu yang ada tidak dapat diproses dan terpaksa menunggu lama, dan hal ini akan menjadikan susu menjadi tapai dan bertoksik untuk badan kita. Jadi memang tidak elok untuk badan kita.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak.
Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
Sedari dulu perut aku ni memang tak boleh makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Percayalah, nanti aku akan menjadi 'teman setia' kepada encik tandas!
Entry ni secara tak langsung mengingatkan aku supaya sentiasa berhemah dalam memilih makanan. Tak boleh main hentam saja. Yelah, tambah lagi sekarang buffet Ramadhan sana sini. Tak lama lagi pula jamuan hari raya tak sudah-sudah. Macam-macam makanan depan mata mesti siapa pun tergugat kan? Tambah lagi food lover macam aku ni.. okehh!
Sedari dulu perut aku ni memang tak boleh makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Percayalah, nanti aku akan menjadi 'teman setia' kepada encik tandas!
Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antaranya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Berikut merupakan beberapa etika pemakanan Rasulullah adalah seperti...
Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia (kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan) dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
Dalam Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
Entry ni secara tak langsung mengingatkan aku supaya sentiasa berhemah dalam memilih makanan. Tak boleh main hentam saja. Yelah, tambah lagi sekarang buffet Ramadhan sana sini. Tak lama lagi pula jamuan hari raya tak sudah-sudah. Macam-macam makanan depan mata mesti siapa pun tergugat kan? Tambah lagi food lover macam aku ni.. okehh!
2 comments:
good info erin... boleh di praktikkan untuk aku jadi chomel ;)
zety, aku copy paste dari source lain. sharing is caring, right?!
Post a Comment