Ada 5 novel siri kesinambunangan Bagaikan Puteri setakat ini. Tajuk-tajuk novel berikutnya adalah Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan yang terakhir sekali adalah Sutera Bidadari. Aku rasa kena tunggu setahun lagi kot baru ada novel sambungannya. Sebab aku rasa novel ke-5 Laksamana Sunan ni takda ending lagi. Aduhai... sedih aku nak baca sambungannya sebab aku kesian tengok Laksamana Sunan hidupnya tak sudah-sudah dengan cabaran dan halangan.
Oleh itu, aku teringin nak bagi idea pada Ramlee Awang Murshid, si penulis novel-novel thriller ni supaya adaptasi sikit kisah pencintaan dia dengan Ratna, si isterinya lebih lama sikit boleh? Kesian aku nengok Laksamana Sunan selalu berduka, tiada orang tersayang di sisi sebagai pelengkap hidup di dunia. Tanpa peneman hidup, tiada tempat untuk mencurahkan kasih sayang dan tiada tempat melepaskan rindu. Sunyi nya hidup Laksamana Sunan sebenarnya. Tapi dia tak sudah-sudah membanteras kejahatan. Tak sudah-sudah dunia kegelapan mengikut saja ke mana dia pergi. Tiada kehidupan yang aman kah untuk jejaka tampan dari Tanah Rencong itu? Tiada sinar bahagiakan bagi lelaki bertanduk dua itu?
Kuatnya perasaan cintanya kepada pencipta semesta alam nan satu. Sesudah isterinya, Ratna mati di tangan ibu pengasuhnya sendiri, tiada wanita lainkah yang bisa menawan hati pahlawan nusantera yang tiada tandingannya itu? Mengapa terlalu kuat cinta kau pada Si Ratu? Apa kurangnya Maryam? Dia sentiasa di sisi kau ke mana saja kau pergi demi menyahkan kejahatan dunia hitam di atas bumi ini. Apa kurangnya Luna? Dia juga wanita cuma berlainan bangsa yang mana dia bukanlah dikalangan manusia.
Walau segagah mana pun kau berdiri di antara musuh-musuh kau, walau sekuat mana pun kudrat kau melawan syaitan dan iblis, namun kau tetap gugup apabila berhadapan dengan 2 wanita yang mengasihi kau iaitu Luna dan Maryam. Tiada kata putus yang kau berikan apabila kedua-dua wanita itu meluahkan perasaan mereka kepada kau. Kerana cinta kau hanya pada Allah yang satu, dan hati kau hanya pada si isteri yang sudah pergi dahulu.
Namun, kelima-lima novel Laksamana Sunan ini bukan saja kaya dengan gaya bahasa klasiknya yang bercampur dengan moden, malah lebih mendekatkan diri pembaca kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Terhimpun pelbagai doa-doa dalam kehidupan seharian yang mencakupi doa pelindung dari syaitan dan iblis. Doa menghindar diri dari khurafat. Doa usaha dan tawakal kepada nan satu. Doa ketika mengharungi kesusahan. Doa tatkala dalam musibah. Doa di kala ketiadaan kudrat dan tenaga. Dan segala macam doa yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Walaupun ianya hanyalah jalan penceritaan sahaja, namun bagi aku penulis benar-benar berjaya mengolah watak dan cerita agar memberi kesan kepada sesiapa pun yang membacanya.
Ending novel ke-5 Laksamana Sunan ini telah membuatkan aku membaca berkali-kali sebab masih tak ketemu ending yang benar-benar memuaskan hati aku. Dan aku tahu juga mungkin kena tunggu agak lama baru wujudnya kesinambungannya. Maka terindu-rindula aku dengan watak jejaka kacak dari Tanah Rencong ini.
Jadi, esok-esok aku akan start baca novel baru yang tiada kena mengena lagi dengan Laksamana Sunan. Aku dah siap order dengan kawan yang punya kawan yang bekerja kat dalam Karangkraf sana. Dah tak mahu order melalui online. Mahal dan tak efisyen...
Jadi, selamat tinggal Laksamana Sunan buat sementara waktu ini. Aku masih berharap semoga novel sambungannya akan berada di pasaran tak sampai setahun nanti. Amin...
Note: Korang jangan muntah. Aku memang menghayati betul cerita epik thriller ni ;p
Note: Korang jangan muntah. Aku memang menghayati betul cerita epik thriller ni ;p
3 comments:
dashyat review ko..aku bace novel time balik umah MIL je..kat situ je yang paling tak tau nak wat ape..:-)
aku bab menghayati ni ter-over sudahhh.. hahhaha
ye..btul3..mmg best novel niy..laksamana sunan umpama lelaki yg smpurna diatas muka bumi niy..but dy ttp mnusia yg mmpunyai klemahannya trsendiri..nak tggal untk g toilet pun syg..hehehe..^_^''(uppss!)
Post a Comment