Salam Ramadhan kawan-kawan..
Hari ni adalah hari ke-16 kita berpuasa. Satu entry pasal menu berbuka puasa pon aku tak pernah buat. Memang takda ambil gambar pun. Kenapa ye? Agaknya nak ambil gambar pon tak larat kot...? ;p
Sebenarnya takda idea nak mengarang ayat buat entry baru. Kenapa tetiba idea hilang entah ke mana. Aku cuba panggil tapi dia tak mahu datang-datang juga. Maka, jadila entry merepek macam ni.
Menu berbuka puasa hari-hari aku beli kat bazar Ramadhan. Dalam weekdays, baru sekali je berbuka kat luar iaitu restoran kolam ikan dekat dengan rumah aku. Hari Sabtu, Ahad pula berbuka kat rumah parents. Sometimes masak sama-sama, sometimes beli juga then buka kat rumah. Sometimes makan ramai-ramai kat luar. Seperti tahun-tahun yang lepas, mesti ada satu hari tu kami peruntukan untuk berbuka ramai-ramai satu keluarga kat luar. Jadi, tahun ni acara kemuncak itu adalah bertempat di SACC Convention Centre.
Gambar berbuka kat SACC Convention Centre nanti-nanti la aku upload. Takde idea nak karang ayat.
Buat masa ni belum shopping raya lagi. Asal Sabtu Ahad je buat kuih, buat kek coklat, buat muffin. Sometimes buat kat rumah parents aku, sometimes buat kat rumah sendiri. Mana yang nak guna ruang besar, sudah tentu rumah parents aku jadi mangsa. Rumah aku kan sekangkang kera je.. Manakala husband pula sibuk nak kena pasang lampu dan kipas baru kat rumah parents aku. Menantu lelaki sorang ni je yang reti bab wiring. Save sikit duit, tak payah upah orang lain buat kan..
Jadi, plan nak shopping raya adalah minggu ke-3 ni la.. InsyaAllah.. Since duit bonus kerajaan dah masuk kan. Sangat gembira sebab tak jadi guna duit sendiri, dah ada 'orang lain' hulur buat belanja raya. Yeay! Itulah, rezeki kita bukan kita yang tentukan. Tapi Al-Khaliq yang menentukan segalanya. Jadi sentiasalah bersangka baik untuk sebarang perkara yang berlaku sekali pun...
Dalam bulan Ramadhan ni banyak perkara yang tak sangka berlaku sebenarnya. Kalau dulu ada barang yang aku rasa hesitate je nak dapatkan, tapi aku betul-betul perlukan. Rupanya aku telah ditakdirkan dapat dalam bulan yang mulia ni. Ibarat mendung di tengah hari, rupa-rupanya pelangi di kemudian nanti..
Eh, eh.. sudah-sudah. Takde idea nak karang pun tapi macam panjang pula entry ni.
Note: Al-fatihah buat si adik kecil (umur mungkin 3-4 tahun) jiran sebelah rumah abang aku yang telah kembali ke rahmatullah. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia tambahan pula baru berumur sebegitu. Maka, ke syurgalah tempatnya. Tentu sekali arwah sudah nampak arah tujunya semasa sakratulmaut.. bahagianya dia.. Wallahualam..
4 comments:
sama la dengan aku, tak dan nak buat entry menu berbuka... sibuks ya amat ramadhan kali ini...
bestnya ada rezeki terpijak dapat bonus tu, hehe..selamat bershopping!
zety, mana tak done.. lepas berbuka sure dah letih menahan lapar di siang hari dak? time to rest la plaks!
lily, mudah2an rezeki sentiasa murah utk ly sekeluarga :)
Post a Comment