Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

SALES DI KLIA


On the way nak tunggu kat luar balai ketibaan antarabangsa KLIA, kita akan melalui jalan travelator ni. Kalau semua orang perasan, ada mini market di sebelah kiri yang hidup segan mati tak mahu...

Itu dulu, sekarang mini market tu dah tutup. Buka pula kedai baju kanak-kanak. Ada juga untuk dewasa sikit, tapi lebih banyak untuk kanak-kanak. 

Semua murah-murah tau! Rugi la tak grab. Camimi dah la belum shopping untuk raya lagi ni. Cadangnya pertengahan bulan nanti baru nak shopping raya. Sekarang fikir nak puasa dulu dan buat kuih raya. Hehehehe..

Ala, setakat nak beli baju-baju dok pakai kat rumah apa salahnya kan? hehehhe :)


Kiri kedai baju, kanan travelator (macam escalator tp landai)


 arah belakang









Tapi, aku rasa kedai ni baru buka kot. Ramai yang tak tahu lagi. Sebab rata-rata yang datang bunyi macam ni "eh...eh...eh... aku nak tengok jual apa tu..?" People come, choose, pay and go. Nasib baik tak ramai yang datang serbu lagi.

Untuk Camimi, aku just beli seluar panjang dan t-shirt je. Sebab seluar yang nak pakai kat rumah dan persalinan di sekolah dah senteng. T-shirt pula cuma menambah koleksi yang ada. Dress yang bergantungan kat kedai tu aku tak berkenan. Hehehe... Takpe, shopping untuk raya masih banyak lagi.

So, sesiapa yang ada nak ke KLIA, boleh la usha-usha kat kedai ni. Barang murah terasa rugi pula tak grab. hehehe...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...