Ini minggu ke-2 dah mood baking dan steaming aku melonjak-lonjak naik. Apa kena entah! Aku pon tatau.. Tapi sementara mood nak buat kerja-kerja ni masih ada, jadi aku usahakan la sesuatu supaya mendatangkan hasil untuk semua pihak :)
Minggu lepas aku cuba resepi muffin coklat. Caranya hanya steaming aje. Aku ambil dari Hanieliza Fotopages (rujuk column kanan bahagian dapur). Lepas tu cuba moist choc. cake. Juga steaming juga. Senang rupanya nak steaming ni sebab sekejap aje dah siap. Hehehe... Buat-buat pastu bagi orang rasa. Sendiri makan sikit, rasa sikit. Tak terasa anak tekak ni nak makan benda tu semua setelah rasa berpuas hati atas repsond yang orang lain berikan.
Tapi minggu ni, aku buat muffin vanilla ala-ala Kenny Roger's gitu. Caranya dengan mem-baking. Cuma moist choc. cake aku masih buat secara steaming.
Choc. moist cake ni aku steam je.. Tapi merekah pula atas dia.. :(
Selalu aku buat 1 tupperware saiz biasa je 22cm x 22cm kot. So, potong kecil-kecil masuk dalam bekas seperti di atas. Then sedekah la pada sesiapa yang nak rasa.
Muffin vanilla ni aku bake. Satu adunan boleh dapat 30 cups. Camimi makan 2 cups, the rest...? The rest aku masuk bekas dan hantar ke school Camimi hari Isnin lepas..
Children love colorful!
Icingnya aku pakai shortening dan sedikit air tanpa susu segar. So, tahan lama dan tak perlu nak terperuk dalam fridge aje. Icing pon tak cepat cair. Cuma yelah, aku kan tangan tak berapa nak bedung. Jadi comot la icing tu aku tenyeh.
Lepas makan muffin tu, dia bantai kuih tart pula. Kuih tart ni mak uda aku yang usahakan. Dia ada pengusahaan kuih tart. Cuma tak sempat nak promote kat kawan-kawan sebab dah tutup. Order untuk raya banyak sangat sampai tak menang tangan. Lepas raya buka semula. Kuih tart kan glamour sepanjang masa, tak semestinya untuk raya saja.
Tok uda dia tapaukan kuih tart bawa balik rumah.. yeay!
Aku suka kuih tart, Camimi pon ikut suka. Orang pergi tolong buat kuih tart, dia pergi tolong rasa. Hahahaha
4 comments:
bahagia nye kalo umah aku sebela ko je ryn..
awat x anta umah kitaorang jugak..ekekeke
beja, meh pindah kt sni. dpn umah aku masih kosong. setiap hari aku ketuk umah ko nnt heheheh
sue, kalo korang nk dtg amik lagi aku suka hati hahahahha
Post a Comment