Salam uols,
Mesti korang tahu pasal Milk A Deal kan..? Dealer yang iklankan tentang sesuatu perniagaan yang menawarkan harga dan pakej yang lumayan. Rasanya tak perlu la aku nak cerita panjang lebar tentang peranan Milk A Deal. Sebab korang boleh baca kat sini.
Dalam banyak-banyak deal yang ada, aku baru beli satu benda kat bawah ni. 1st thing and 1st time. Dah redeem pon voucher ni. Akhir bulan 3 tak silap aku. Aku redeem pon nak kasi orang lain makan. Setakat kalau aku sorang nak makan, aku beli je satu kat mana-mana kedai cup cake. Tapi sedih, bila aku niat nak kasi orang lain makan ada yang tak dapat hadirkan diri. So, telan je benda yang pahit.
Ada je deal yang lain seperti body spa, facial, pedicure, manicure, photography, meals, etc..etc.. tapi semuanya bukan berada di Shah Alam. Rata-rata banyak kat area Lembah Klang seperti PJ, Kota Damansara, Sri Hartamas, Ampang dan lain area selain daripada Shah Alam. Semua deals yang menarik dan tertarik. Cup cake seperti di atas je lokasinya di Shah Alam. Aku masih tertunggu-tunggu takde ke kedai spa kat Shah Alam ni nak masuk MAD. Gerenti aku grab!
Oh, aku teringin gak buat pedicure, manicure. Tapi, aku takut dan sayang nak kasi tangan-tangan dan kuku-kuku aku ni terdedah dengan kerja-kerja rumah seperti cuci pinggan, basuh baju, sidai kain, mop lantai. Owh, sudah pasti kuku yang berkilat dan cantik akan jadi comot dan kasar dek kerja harian. So, apa guna aku pergi polish kuku kan? Nanti aku jadi malas nak buat kerja rumah. Tamau la! Aku bukan ada maid. Aku bukan nak suruh-suruh laki aku buatkan kerja rumah yang mana aku sebagai isteri la yang kena buat.
Aku tunggu juga hair treatment seperti cut, wash, relaxing, blow dan iron (rambut aku tak di colour kan okeh. suami aku tak kasi walaupun untuk tontonan dia) yang separate kan lelaki dan perempuan di Shah Alam ni. Macam spa yang aku attend sekarang memang hanya untuk perempuan. So, kalau aku nak buat treatment rambut, aku tak payah risau kot ada lelaki yang akan masuk spa tersebut. Semuanya untuk wanita!
Meals deal pun aku tertunggu-tunggu juga kat Shah Alam ni. Pendek kata, apa saja deals kat Shah Alam ni aku akan consider nak beli vouchernya atau tidak. Kalau kat luar Shah Alam adalah susah bagi aku. Aku tak mampu nak pergi jauh-jauh. Susah.. and some other reasons too..
So, korang yang pernah beli apa-apa kat MAD ni leh la cerita kat aku benda apa yang korang beli dan servicenya mantap ke idak.. Kot boleh rekemen kat readers yang lain :)
6 comments:
saya beli salon rambut yg harga RM88 tu sebab mmg ngam2 time kita nak rebonding rambut.. kalau pi kedai harga haruslah RM100-200
best nyer.. thanks for the info.. blog ko makin hari makin best je follow..
tak pernah plak try test cuba buy something kat situ. tp mcm teringin gak
sweetdarling, i pon tunggu benda yg sama kat shah alam ni. jenuh nunggu ni haaa...
beja, segan ai euwww..! aku hargai ko sudi baca bebelan aku saban minggu. hehehe
lily, banyak ada kat area u ly.. bangsar, puchong, etc. try cari mana yg memikat hari. hehehehe
Post a Comment