Selalu kalau dapat sms seperti di bawah, aku tak pernah buat kesah:
ToysRUs Member's Clearance Sale Further Reduction on selected items at bla..bla..bla.., from bla..bla..bla.. until bla..bla..bla... Any enquiry regarding this, do not hesitate to call bla..bla..bla..
Sebab, kadang-kadang clearance sales nya tak kena pada masa yang sesuai dengan aku. Kadang-kadang tengah bulan, awal bulan. Kadang-kadang dekat raya, lepas raya. Orang nak raya tak de maknanya nak fikirkan toys la. Nak beli baju raya ada la..! Selalu kalau nak beli toys utk Camimi atau birthday siapa-siapa, kami main terjah je. Idak la nak menunggu sales ke apa ke yang tak kena timing tu.
Lagipun, serius. Toys Camimi yang berlambak tu aku sampai mati akal nak kasi kemas macam mana. Berserabut aku tengok bakul-bakul dan compartment toysnya. Kalau rumah aku sebesar kangkang dinasor takpe juga ye.
Salah satu sebab lain ialah lokasi sales ni pon selalunya aku was-was. Idak pula mention nama shopping mall yang mengambil bahagian, cuma mention lot kedai. Aku musykil la kalau dia sebut lot sesuatu kedai. Bunyi macam rumah kedai pun ada, store kedai pun ada. Idak pula mention Empire ke, Sunway Pyramid ke, OU ke... So, atas sebab-sebab itula aku tak pernah pergi.
Tapi ada satu hari tu dapat sms seperti di atas dan dia metion lokasinya adalah The Summit USJ. Ha, kalau gitu molek la aku nak terjah. Maknanya lokasinya pasti sah dan dikenali ramai.
Asalnya tak plan pun nak terjah. Masa masih dalam bulan raya tu, si suami sibuk nak cari lemang. Katanya dah lama tekak ni mengidam lemang. Haih, dah pertengah bulan raya ada lagi ke orang jual lemang? Ada tu memang ada, tapi nak mencari tu kat mana?
Rupanya si suami dah tahu kat mana ada jual lemang yang sedap. Sesiapa orang Klang sure tahu Lemang Bukit kan? Ha, kat situ la suami aku beli lemang. Cukup la sebatang katanya. Rendang ayam ada kat rumah, tu yang melilau nak cari lemang sangat! Sebatang RM14. Cukup berbaloi sebab lemang tak mentah, dan cukup masak!
Balik dari beli lemang tu, si suami ajak pergi ToyRUs clearance sales tu. Aduh, aku tak ready la sebab aku pakai selipar dan agak selekeh masa tu. Yelah, kata nak beli lemang je. Harus la aku bajet aku duduk dalam kereta, dan dia sendiri pergi bayar harga lemang tu. Dengan Camimi bagai yang hanya pakai selipar saja.. Tapi dek Camimi kata "jom la mommy.. jom la mommy" jadi aku ikutkan saja..
So, this is my 2nd time aku visit The Summit USJ dalam 29 tahun ni :)
On the 4th floor. Jenuh juga nak cari sebab tak biasa datang (_ _!)
Bulat kuning tu baaaaanyak, bulat purple jarang-jarang :)
It was actually opened floor (macam gudang gitu) untuk buat sales. Aku ingat memang ada shop lot ToysRUs tau.. wah tertipu! Patut la tak pernah dengar ToysRUs kat The Summit
Tengok la Camimi, camni je kami terjah The Summit. Macam nak pergi kedai dekat-dekat dengan rumah saja ;p
The daddy just bought few English learning CD's instead of toys. Sebab ni hari 2nd last of the sales. Banyak barang yang dah habis, dah 'not in good condition' dengan kotak dah terbuka, plastik dah koyak, barang dah rosak. :(
Mana yang elok pun, bukan taste kami. Tapi, Camimi kalau boleh semua dia nak sapu. Pastuh kat rumah main 1-2 hari je, then pandang sepi la toys tu nanti
See..see.. ayoyoyooo.
Camimi dah merengek-rengek nak toys. Padahal, kalau kat rumah dia lebih suka buka CD lagu English dia berbanding main toys. Daddy Camimi nak belikan learning notebook. Kaw..kaw jual murah kat sini. RM99 dah boleh dapat. Tapi unknown brand la. Tapi, dia fikir panjang. Kang kalau rosak, mana nak hantar servis? Notebook bahasa German yang beli kat sana pun masih ada lagi. Masih elok la. Itu pun jarang-jarang buka sekarang. Nasib baik memang beli jenis yang good quality. So, puas hati walau pernah kena campak or jatuh or terhempas. huhuhu budak!
So, lastly beli juga la something yang simple selain CD dia tu. Apa kebenda ntah aku lupa nak snap. Something yang magic-magic sikit siap boleh tulis-tulis atas mat guna pen yang ber-ink-kan air paip je. Ha, balik ruah mengadap juga la benda tu 2-3 hari. Lepas tu dia pandang sepi je benda tulis-tulis tu. See.. itu lah budak kecil. Tak dapat, merengek. Dah dapat, main kejap je.
So, itulah kisahnya. First time aku datang ToyRUs clearance. Ingat nak cari pressie untuk Camimi birthday bulan November nanti tapi nan hado yang berkenan. Kemudian, kemudian aje la nak oiii!