Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

MOTHER'S DAY SPECIAL CELEBRATION

Sebenarnya tak plan apa-apa pun sempena Mother's Day tempohari. Lepas habis sukaneka Camimi, cadangnya nak ke Ikea. Selain daripada nak beli apa yang dihajati, aku lebih cenderung nak makan double fish and chips. Double okeh, tapi harga sama. Previously single fillet je. Kan dah untung gitu!

Kadang-kadang breakfast dah makan terlebih dahulu pun, tapi bila pergi sana dan terbau masakan dari cafe Ikea, automatik terus lapar. Bukan lapar biasa-biasa, tapi lapar siap menggigil! Apa, Ikea pon pakai 'mandrem' ker?

Tapi, sebab dah letih mengharungi sukaneka Camimi, maka kami tak jadi ke Ikea tengahari tu. Jadi, untuk lunch tengahari tersebut, aku masak mee bandung (guna spageti instead of mee kuning) kat rumah saja. Bincang-bincang dengan suami, keesokan saja la kita ke Ikea. Biasanya awal-awal pagi kami dah bertolak. Parking tak problem. Sempat juga la beli itu dan ini sebelum ke cafenya.


Walau bagaimanapun, esoknya plan nak ke Ikea, kami batalkan. Instead ke Ikea, kami secara spontan terus ke Genting Highlands. Selalu jadi begini. Plan yang last minute selalunya betul-betul berlaku. Plan yang dah dirancang awal-awal selalunya berkubur. Memang ada plan nak ke GH tapi berbelah bahagi dengan nak ke Ikea. Samada nak shopping di Ikea for Mother's Day atau berseronok di kota keriangan GH. 2-2 plan perabih duit!


Tapi kami ke GH bukan saja-saja nak perabih duit sesuka hati. Memandangkan Camimi tak pernah ke sana lagi, tuh yang kami terus angkut stroller bagai, baju sejuk dan terus drive ke GH. Selamat tinggal adik aku yang tak jadi ikut since minggu lepas lagi. Minggu lepas ada plan nak ke GH gak tapi dia ke PD untuk family day company. Sibuk suruh aku tunggu dia balik. Sudahnya, minggu ni tak jadi ikut plak..


So, for this Mother's Day special celebration, kami juga meraikan Camimi di GH, kota keriangan... :)


Rasanya, kali terakhir kami jejak kaki ke sana adalah tahun 2005 atau 2006. Time bercinta.. huk..huk.. Ambil pakej yang kena naik bas dari KL Sentral sampai ke Skyway. Setelah 5 tahun berlalu, here we come again. But with a little kid. So, of course banyak perubahan yang kami sendiri tak tahu. The best part is, bila turun dari skyway kat sana. Kami tak tahu nak menuju ke mana. Tercengang-cengang macam pergi Paris, London, New York, gitu! 


Kami terus ambil escalator dan naik ke tingkat paling atas. Perlu melintasi pintu yang ada sensor macam nak naik flight gitu. Aku yang paling depan, while husband tolak stroller Camimi kat belakang. Jadi aku la yang melintasi pintu sensor tu terlebih dahulu. Siap ada bunyi "beepp..beeepp..beeepp". Terus kena tahan dengan pegawai polis yang bertugas. Eh, apa yang aku bawa sampai berbunyi? Aku fikir mungkin sebab camera yang tengah bergayut kat leher. Then suami aku lalu pon berbunyi gak. Polis tu pon tahan suami aku. Tercengang-cengang kenapa kena tahan ni? Sudahnya polis tu kata "tak boleh masuk... ini casino!" Okeh.. nak gelak tak? nak gelak tak?


Sebab nak cover malu yang kami ni memang tersalah masuk, kami pun kata la.. "oh casino ker? maaf la kami tak tahu pun..!" Memang kami tak masuk casino, memang kami tak tahu pon. Memang kami malu..! Memang orang Islam tak boleh masuk casino kat GH. Sebab tu kat setiap pintu masuk casino ada polis yang bertugas. Untuk menghalau orang-orang macam kami ni untuk masuk ke sana. Ada bouncer kt luar casino tuh dah tersenyum-senyum kat kami. Betul la.. kami tersalah masuk. Bukan sengaja cuba-cuba nak masuk.. hihihihi.


Okla.. nanti next entry aku cerita pasal percutian sehari suntuk kami di Genting Highlands... weeeeee..!

10 comments:

Suliana said...

bestnya.. aku tak pernah pegi GH , sekali time kecik2 tu je. laki aku tak berkenan pegi sana.. camano tuh? huhu

Izan said...

ya allah erin...tgk camimi da besar. cepatnya masa berlalu. masih terbayang2 lagi masa dia kecik2 dulu.

Nur Hareza said...

kalo aku kan, onpem aku tepuk laki aku pastu cakap "kan dah bgtau tak leh naik.. u lanih.. huhuhuhuhu

Ummi said...

haip!!haip!!oo..p casino plak die..hahahaha

Erin Rashid said...

su, tak jadi masalah la kalo zaki tak suka. ni husband aku yg beria ajak. hahhaha

Erin Rashid said...

izan, itu la izan.. camimi dh minta2 adik baru

Erin Rashid said...

beja, hahahah cover line konon dak? kui kui kui

Erin Rashid said...

syikin, ye.. aku taubat tak tersalah lagi. hahahah

ibu chiqamie said...

bestnye lahai g kota keriangan bwk ank...kite org pon x pnh jejak dh ke sane since dh ade ank...kalo g.,harus ler jd cm korang gak.slh masuk...huhuuu

Erin Rashid said...

wah nani, skrg org tu pula pergi cuti2 kat genting.. yg penting anak gembira.. kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...