Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

DUIT RAYA

Tahun ni first time dapat tukar duit raya baru kat bank. Yeayyyy!! 

Macam tahun-tahun lepas, terlepas untuk tukar duit raya yang baru gara-gara terlepas iklan bank-bank yang menawarkan penukaran duit raya. So, macam tahun-tahun lepas, kami tukar aje duit raya di bank tapi bukan wang kertas yang baru. Tak kesah la asalkan ada duit kecil-kecil RM1, RM5 dan RM10.

Tapi tahun ni my father tolong notice kan saya. Jadi pagi-pagi lagi sebelum ke tempat kerja saya singgah sebentar ke Maybank Seksyen 18 untuk tukar duit raya. Waktu operasi untuk penukaran duit raya ni hanya berjalan selama 3 jam sahaja iaitu bermula dari 9am - 12pm. Mungkin lain-lain cawangan Maybank buat perkara yang sama dalam satu hari itu saja.

Mana kawan-kawan yang sempat tukar duit raya tu sure happy kan? Mana yang tak sempat tu, mungkin tak kesah mana kan.. tapi bagi saya this is my first time. Seb baik tak terlepas. And i'm so happppyyyyy...!! :)))

note: Yang tak bestnya tahun ni tak dapat sampul duit raya banyak la. Shopping kat Parkson, diorang kata dah habis. Shopping kat Bonia, bagi sikit, Limited katanya! Shopping kat Anakku, Giant, Tesco langsung tak dapat. Hampeh gilerrrr!! Mungkin sebab tahun ni tak shopping kat Metrojaya kot... Lily, sila bagi saya sampulnya sikit ye!! :ppp

1 comment:

lily lotus said...

erk! ly byk sampul metro ni..hihi..nape tak sound awal2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...