Oleh kerana tahun ni raya pertama di rumah baru, wajib la kena ada kuih raya dak?
So, nak senang saya beli kuih raya melalui kawan di laman sosial FB je. Tengok katalog yang ditag sangatla mengiurkan. (macam biasala sebab bulan Ramdhan, semua rasa nak makan!)
Saya order minggu terakhir bulan Julai. Bayar separuh dulu then dah terima kuih sepenuhnya baru saya bayar baki pula. (kes tamau kena tipu la orang songlap duit kita. itupon saya dah 50-50 sebenarnya)
Tapi yang tak bestnya esok nak dapat kuih raya, hari ni baru tau 2 jenis kuih yang saya order dah out of stock. Pelik pulak, order dah lama, bayar pon iye, tapi supplier kata dah habis stock!)
Itupon saya terima lagi 2 hari nak raya. Masakan tidak boleh inform pada saya terlebih awal yang stock kuih raya idaman saya tiada? ~sighhh~
Yang tak best lagi, harga satu balang yang dibayar adalah untuk 50-70 pcs sebalang, tapi bila saya terima ada 4 balang tak cukup pun 40pcs dan 3 balang lain pula dalam 50-53 pcs je. Padahal dalam katalog dah tertulis harganya sekian sekian untuk jenis kuih sekian sekian ada 50-70pcs dalam satu balang. So, what?!
Sebenarnya harga sebalang yang saya beli ni pun dah kira sedikit mahal bila saya compare dengan lain-lain tempat. Tapi sebab saya ni memang jenis suka membantu business orang lain ;p, so saya pejamkan mata saja. Dan akibatnya, sendiri terkena.
Takpela, ini mungkin sebab terlalu awal nak beli kuih raya. Sepatutnya saya tunggu dengan sabar dan tengok tempat lain dulu. Nasib baik kuih-kuih raya yang saya belikan untuk MIL jauh lebih bernasib baik dan harganya murah RM3-RM4. Nasib baikla saya belikan untuk orang lain kualitinya lebih baik daripada untuk diri sendiri...
Note: excited beli kuih raya tapi balang kuih raya pun belum beli lagi ;p
1 comment:
oleh sebab itulah tahun ni ly buat kuih raya sendiri..har har har..jemputlah datang rumah :)
Post a Comment