Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

OUR 4TH ANNIVERSARY

Semalam adalah hari ke-4 ulang tahun perkahwinan kami. Apsal sudah 4 tahun ye? Rasanya baru sebulan yang lepas kami kahwin ;pppppppp

Sekejap sangat masa sudah berlalu. Agaknya esok-esok kejap je dah 10 tahun ulang tahun perkahwinan kami. Tapi dalam masa sesingkat ini macam-macam sudah kami lalui. Dari bumi Malaysia, kami menjejakkan kaki pula ke bumi Jerman, dan kemudian kembali ke tanah air kami... Apa yang tak rasa? Pahit, manis, payau, masin, semua dah rasa. Macam-macam pengalaman dan pengajaran kami lalui dalam kehidupan alam berumah-tangga kami.

Oleh kerana ulang tahun perkahwinan kami sama bulan dengan hari lahir si suami, jadi hadiah yang dibelikan adalah 2 dalam 1. Hehehhe.. Jimat kos! Beli satu barang tapi untuk 2 perkara. Boleh? (bantai je..!)

Dan hadiahnya merupakan benda yang diidam di bumi Jerman tapi tak dapek nak beli. (mahal lagi beb benda ni kat sana berbanding Malaysia. Tak mampu.. kang ada anak yang terpaksa minum air aje kang! ;p). Dah setahun lebih pulang ke tanah air, baru benda ni released di Malaysia. So, saya mengambil kesempatan untuk beli benda tu khas untuk si jantung hati. :)))))
Sian suami aku..! (ok, nanti kita cerita lebih)

Semoga si suami sentiasa bahagia di samping isterinya walaupun saya nih cerewet sikit, mengada lebih, masak kat rumah pun jarang-jarang, tapi mengemas saya suka.. wieeee...!!! <---- tamau angkat bakul banyak sangat sebab nanti orang mencebik! ;p

Semoga kasih sayang kami sentiasa kukuh, semoga kehidupan kami sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki. Semoga cahaya mata kami bertambah dan semoga dikurniakan keluarga yang bahagia.

Kat mana pula kami celebrate semalam..? Nantila cerita ye? Daaa....

Note: Haih malas betol ye saya ni nak tepek gambar! Nantila ye? Saya kekurangan idea dan masa ni.. :)

4 comments:

lily lotus said...

hepi anniversary dear :)

Suliana said...

happy 4th anniversary!! smga kekal ke akhir hayat :-)

~ujicham~ said...

kejab ye 4 tahun... smg kekal jodoh anda.

Izan said...

happy anniversary erin....
semoga bahagia selamanya dan bertambah zuriat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...