Wah hari ni banyak masa pulak. Apsal ye? Saya ni takda kerja ker?
Bahaya kalau takda kerja ni. Habis semua webiste especially online shopping blog akan dilawati. Tak tahan tu bila hati dah terpaut pada sesuatu. Habisla bajet bulan ni dibelanjakan. Memang tak boleh jadi ni!
Kebanyakan online shopping blog yang saya gemar lawati adalah yang menjual tudung muslimah terkini, baju kanak-kanak dan baju-baju wanita yang datang dari Korea. Aduh...duit tu dah macam air aje. Deras aja nak mengalir. 'Nak' mengalir la. Tapi tak selalunya terus-terusan mengalir. Kena pandai fikirla, bantai tak cukup sampai hujung bulan nanti macam mana ye? Kang pampers Camimi ke sungai, susu Camimi ke laut. Susah senang kami sendiri kena tanggung, tapi susah senang orang lain, kami juga kena tanggung?! Macam ni gaji 10k pon takkan cukup!
Kadang-kadang bila bajet tak banyak bulan ni, disiplinkan diri tamau lawat blog jual-jual gitu, cari pula website gossip artis. Muahahha.. teringat blog Lily pon banyak cakap pasal artis ni. Bukan apa, sekadar mengisi masa lapang dan ambil tahu serba sedikit pasal artis. Pas tu, balik rumah borak-borak dengan suami tentang apa yang dibaca tentang gossip tu. Kadang-kadang tu si suami lebih advance, lebih tahu daripada kita. Rupanya dia pun baca website yang sama. Ha..bagusla tu! Laki pon layan benda-benda gossip ni. Hahaha...
Bukan apa, kadang tu bosan baca tentang politik kita yang banyak bercerita tentang melayu gaduh sesama melayu. Bangsa lain pulak berlumba-lumba nak mendahului. Ada yang ditindas dan menindas. Hanya kerana sesuatu jawatan dan ditaburi dengan wang ringgit, manusia boleh bergaduh dan berebut. Bosan! Sakit jiwa dibuatnya..
Oh ya, sebelum entry hari ni berakhir, saya akan maklumkan yang order untuk baju-baju datang dari UK itu akan berakhir tak lama lagi sebab adik saya akan pulang pada 15 July. Back for good! So, kawan-kawan yang dah order, tunggu 15hb nanti baru boleh dapat stock baru. Yang mahu order, cepat-cepat sikit ye. Takut tak sempat bawa pulang 15hb.
Cau cin cau...!!
1 comment:
aah erin. ly buat entry pasal artis tu pun on weekend jer. hehe..tapi bukanlah gosip menjatuhkan maruah artis. kang tak pepasal kena 'see u in court'...
Post a Comment