Sabtu dan Ahad memang hari bersenang lenang kami anak beranak. Kalau tak ada apa-apa majlis kenduri kahwin kawan-kawan atau saudara mara, atau apa-apa acara yang memerlukan kami menghadirinya, kami akan buat aktiviti sendiri iaitu 'Feed the Fishes and Tortoises!.'
Kadang-kadang kami pergi waktu pagi, kadang-kadang waktu petang. So, kiranya kami feed them untuk breakfast atau high tea diorang la! :)
Wah, cakap pasal ni, Camimi memang suka sangat! Excited terlebih sudah.. Si suami sudah tentu akan meluangkan masa untuk berjogging di Tasik Shah Alam, while kami lepak2 bagi ikan dan kura-kura makan roti. (kalau Camimi dah besar and boleh jogging, dah lama dah aku jogging sekali)
Tapi, selalunya hari yang nak pergi bagi ikan makan, tentu stok roti kat rumah dah habis. So, ikan-ikan dan kura-kura kat sana berpeluangla makan roti fresh, yang baru beli punye. Tapi kalau masih ada stok roti kat rumah, dapatla mereka roti yang dah habis tarikh luputnya ye! Kang tak pasal-pasal sakit perut makhluk-makluk dalam air tu. ;p
Ok, jom layan Camimi bagi makan ikan dan kura-kura kat dalam tasik tu..
Kadang-kadang Camimi lemparkan besar-besar roti kat dalam tasik tu. Jenuh la ikan-ikan dan kura-kura tu nak makan. Mulut masing-masing kan comel aje!
Oh, serius nye bagi ikan makan ye?!
Makan rebut-rebut baru la sedap! ;p
Biasanya kura-kura la yang akan nampak. Tapi ikan-ikan yang makan hulur muncung je
Semua dah standby tunggu Camimi tak lempar-lempar roti tu lagi. Bila saya tanya napa tak kasi fish makan? Camimi kata, wait la mommy! Tunggu ramai-ramai datang!
Amboi!!
So ok la.. habis sebuku roti kasi fish adn tortoise makan, daddy dia pon dah 3-4 round, mari lah kita pulang ye?! Masjid dah kumandangkan orang mengaji dah tu! Faham-faham la ye?! :)
Note: Dear my Camimi, kat sinilah titik pertemuan pertama mommy and daddy muda-muda dulu ;p
1 comment:
cewah :)...tempat nostalgia rupanya ekk. buatlah special entry
Post a Comment