Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

APA YANG AKU RASA?

Aku kata kau menganiaya aku, orang lain kata bukan menganiaya begitu.
Aku kata kau memaki-maki aku, orang lain kata mana der dia memaki-maki kamu.
Aku kata kau memarahi aku tanpa sebab munasabah, orang lain kata aku tu yang kuat melawan.
Aku kata kau sengaja mencari perbalahan, orang lain kata dia menjalankan tanggungjawab.
Aku kata kau yang membuat onar, orang lain kata aku yang terlalu berfikiran begitu.
Aku kata kau yang terlebih sensitif, orang lain kata aku pon lebih kurang begitu juga.
Aku kata kau yang mencemburui aku, orang lain kata tak mungkin begitu.
Aku kata kau sakit hati pada aku, orang lain kata mana mungkin jadi begitu. Mustahil...
Aku kata kau yang benci pada aku, orang lain kata 'please live in peace'
Aku kata kau memang tak suka pada aku dari dulu lagi, orang lain tanya nape aku cakap begitu?

Takpela, jika orang lain tak percaya pada kata-kata aku, tiada apa yang mampu aku lakukan. Hanya mendiamkan diri dan biarla orang lain yang mengambil tempat aku pula. Dan orang itu sendiri rasa apa yang aku rasa selama ini.

Tiada dendam yang akan dilemparkan pada kau dari aku. Aku rela mendiamkan diri dan memerhati apa yang berlaku. Cuma aku sentiasa berserah kepada Allah untuk mengadili perkara ini dengan seadil-adilnya. Doa orang teraniaya memang selalu dimakbulkan.
Tapi apa yang berlaku pada kau sekarang ini, bukan permintaan daripada aku, cuma itu ketentuan yang Allah berikan pada kau mungkin kerana perbuatan kau sendiri. Fikir-fikirkan la apa yang dah berlaku pada kau selama ini. Celikkan la mata.. Buka kan la hati. Jangan sempitkan minda. Muhasabah lah diri.

Yes, live in peace!

2 comments:

lily lotus said...

harap ada yg mengerti ur feeling :)...apepun yg penting jaga hati sendiri dulu..tak perlu nak jaga hati mereka yg tidak sepatutnya

Erin Rashid said...

ly, awk sentiasa memahami saya
TQVM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...