Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

HARI NI DAH JUMAAT?

Aceh..ceh..ceh... macam ayat biasa je untuk orang yang tetiba tak tahu yang hari ni is the last working day untuk minggu ini. Suka la tuh hari ni hari Jumaat! U all pon sure suka kan? Mesti sedang merancang nak ke mana-mana weekend ni. So, apa rancangan korang?

Saya? Em, tak tahu la lagi! Biasanya yang selalu ajak keluar adalah Camimi. Tempat kedua jatuh kepada si bapak Camimi, suamiku la. Tak done dia nak mengadap tv tu lama-lama, panas montot. Sure diam-diam dia dah merancang untuk ke mana-mana. Destinasa 'idaman' dia masih tak terlaksana iaitu melawat Zoo Negara. Hehehhe.. Haihh, saya rasa dia akan ungkapkan lagi kot mahu ke zoo bawa Camimi. Hahah. percayala... :)

Bagi saya, seronok lagi dok rumah. Kemas rumah, masak-masak, cat dinding mana yang belum dicat, tengok tv, golek-golek.. ;p
dan tido zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tapi kebiasaannya pon kalau takda apa-apa plan, itulah yang kami buat saban hari minggu. Jimat sikit. Tak payah nak keluar duit banyak-banyak. Sebab orang lain lebih suka dengar kami ni takda duit daripada terlebih-lebih duit. So, kalau kami ke mana-mana tempat yang menarik, lebih baik tak payah cerita dalam blog. Nanti ada orang sakit mata baca, tak senang duduk!

Takpela, kita abaikan mereka itu. Orang yang tak boleh melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Kesian... hati dia perlu dirawati.

Ok la kawan-kawan.. masa tak mengizinkan nak celoteh banyak-banyak. Hari Jumaat, hari penghulu segala hari. Lebih baik kita munasabah diri daripada mencari salah orang lain. Rawatilah hati kita supaya ianya tak merebak sampai ke otak! MasyaAllah... 

Ok, happy weekend atau Schoene Wochenende! Bis Montag and Tschusss!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...