Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

SIAN LA LAKI AKU...

Ini kesah benar ni. Bukan main-main atau rekaan semata-mata. Atau bukan nak malukan laki sendiri. Jauh sekali nak mengaibkan dia. Ish..ish.. sayang tau kat laki sendiri. Entry ni juga khas untuk orang-orang yang pernah kata kami tak pandai membelanjakan duit. Atau ada orang kata kami guna duit untuk kepentingan sendiri. Mari tengok, kami ni jenis selfish ker?

Kali ni saya nak cerita tentang kasut kerja suami saya. Sila lihat gambar-gambar di bawah supaya ada terbit rasa kasihan pada kasut ini.. Lihat la, lihat la...



ini lah kasut milik suami ku, 1 tahun digunakan di Malaysia sampai ke german dia pergi (tapi kat german 2 tahun dok menganggur dalam store)

balik Malaysia pakai balik kasut nak pergi kerja. Lihatla, dah berapa tahun dia pakai, sampai bertampal-tampal tapak bahagian dalam kasut

tapak bawah kasut pon kene tampal ~ maknanya memang dah kritikal!

lihat la.. lihat la.. sian laki aku..


rasanya kalo u all ada kasut begini, sure dah buang kan? takpon, agak-agak tapak luar dh bocor, sure dah pergi cari kasut lain kan?


Tapi suami saya ni punyala sayang kat kasut ni. Tak bertukar-tukar sampai la sekarang. Tapak bawah bocor, pergi cari tukang kasut untuk betulkan. Pastu tapak dalam pulak tertanggal, pergi cari tukang kasut lagi. Then lilitan tepi kasut pulak tertanggal, pergi lagi jumpa si tukang kasut minta gam kan. Kiranya kasut ni asyik keluar masuk 'hospital' aje.

Kenapa tak beli kasut baru saja? Nak beli, ada je nak guna duit. Orang ni minta duit, orang tu minta duit. Orang ni nak kene hulur duit. Kat orang tu pon nak kene hulur duit. Tapi masih juga ada orang kata kami nih guna duit untuk kepentingan sendiri dan tak pandai berbelanja. Sedih tau!

Dan perkara yang membuat saya tertanya-tanya. Sampai ke negara orang suami saya menimba ilmu tapi dia masih dipersoalkan oleh orang tentang duit dia sendiri. Dia tak layak ke dapat apa yang dia nak dengan duit dia sendiri?

Okla, tak mahu memanjangkan persoalan. Saya ingin sekali memujuk hati si suami. Buatla suami sendiri bergembira kalau hati dia terluka..


 kredit kepada saya sendiri sebab mengilatkan kasut si suami untuk pergi kerja keesokan harinya

Saya dah nekad untuk membelikan dia sepasang kasut kerja yang baru. Tak mahal, murah-murah pon jadilah. Brand dan harga tak payah sebut. Nanti timbul kontroversi. Siapa la yang suka kontroversi kan..? Saya bukan nak famous pon..! (tapi kalau ada orang nak belanja 'Famous Amous' saya mahu!)

Tapi, 

saya labelkan perbelanjaan ini sebagai 'terbelanja' la sebab rupa-rupanya kasut hantaran kahwin pada dia masih tersimpan rapi dalam almari kasut di rumah saya. OMG!!!!

kredit lagi kepada saya sebab mengilat kan kasut yang ini pula untuk si suami membuat pilihan ke tempat kerjanya..

Inilah kasut hantaran saya pada si suami masa nikah dulu. Masih tidak digunakan lagi sebab masa tu suami kata longgar. Nanti jalan-jalan tercabut dari kaki pulak. Aiseh.. padahal pergi beli kasut ni sama-sama plak tu. Patut takda timbul longgar atau ketat sebab empunya kaki dibawa sekali semasa membeli kasut ini..

Itula, segala apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Di sebalik takda kasut, Allah beri kite 2 pasang kasut. Di sebalik hati terguris, Allah beri kita kegembiraan di kemudian harinya. Di sebalik kasut bertampal-tampal, Allah kata lepas nih lagi 3 tahun atau lebih baru ada kes tampal-tampal semula.. (sebab ada 2  pasang kasut nak kene pakai sampai bocor!) Hahahha...


Note: Sebab sayangkan kasut dan sayangkan orang lain, si suami diamkan aja kasut dia yang robek itu. Sampaikan kasut hantaran kawin pon dia lupa yang dia pernah ada. ok la, abg, I jual balik la kasut yang I belikan untuk u tu ye? hehehe...

7 comments:

Suliana said...

erin,
kadang tu org lelaki ni, kalau dah sedap yg tu, yg tu je la dia pakai selagi boleh pakai.. aku tgk ko polish kasut laki ko, aku pun igt nak polish gak kasut zaki..hihi..

~ujicham~ said...

ish ish... nak beli kasut baru pun ada yg kisah? mcm2.

lily lotus said...

aduhai siannya ur hubby erin. hehe..tp tu lah kekadang org luar ni lagi pandai2 plak interfere pasal financial kita. bukannya kacau duit diorg pun kan. bykkan sabar ok

cippo14 said...

biasa le...kehidupan ni penuh ngn dugaan...niat kita selalu disalhertikan oleh org lain...nak buat camana?sabo je le...

Sue Mommy Cinta & Airis said...

beb.. gara2 laki aku baca blog ko nk belikan kn kasut baru..memacm die mintak kt aku plak skang neh..hadoilaa...antaranya suar baru sbb die kata sume suar die dh x muat..dh x leh kancing dah...ahahaha tue lah sape suruh kasik perut maju kedepan kn...hikhikhik

Erin Rashid said...

sue - lepas ni hari2 la ko polish kasut zaki tu. tentu dia bersemangat pergi kerja!

uji - aku rasa silap2 aku beli underwear pon ada org kesah uji..!

lily - itu maknanya diorg nk tompang duit kite skali. konon ada 'share' la tuh!

Erin Rashid said...

cip - org lbh suke tgk org lain susah drpd tgk org lain sng. lumrah!

mrs.gordoedi - sue, saja la tuh nk manja2 dgn ko. dia tau ko bnyk duit. simpan saja tak gune..! hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...