Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

JAWAB TAG.. OK AKU JAWAB NI

Ok betol..betol..Saya dah lama peram tag ni dari blogger Syikin. Saya pon dah terlupa pasal tag ini. Dan ingat tak ingat siapalah yang udah tag aku. Hehhe.. jangan mara Syikin oiii.. Nih aku dh buat.. komen jgn tak komen.. Hahhah...

1. Siapakah diri anda di rumah?
    Sebab saya masih duduk dengan parents lagi dan masih belum pindah, jadi saya memainkan peranan   sebagai:
  • isteri kepada si suami
  • mommy kepada si budak kecik Camimi (bila la aku nak tambah anak ni..?!)
  • anak kepada si ibu bapa
  • tukang bagi Bibi makan (kucing aku ~ tp aku dh tak mandikan dia since 3 thn yg lepas. dh ada anak kene stop!)
  • maid! (aku sdri yg anggap diri aku gitu, bkn parents aku. sbb hujung minggu aku kene kerah tenaga kemas rumah bagai ~ itupon ada gak aku ngelat sbb nk g ngerjakan rumah baru ~ letih la..)
  • punching bag (orang2 tertentu aje tau maksudnye)
2. Siapakah diri anda di samping rakan?
  • Kawan yang sporting kot. tak pon kawan yang mudah diajak berkawan kot... kot la..! hahah..
  • Aku suke berkawan dengan kawan yang pandai jaga hati aku. so, aku akan jaga hati diorg jugak
  • Dulu ada orang tak suke saya ramai kawan lelaki berbanding perempuan. dulu la.. (do i look i care?!) Kawan perempuan pon ada, cuma segelintir kawan perempuan saya remeh untuk diajak berkawan. (iri hati, hati busuk, takleh mengalah!) sebab itu saya suke berkawan dengan lelaki.
3. 5 bende yang anda idamkan tetapi belom tercapai?
  • Saya nak belikan kereta untuk si suami saya pula.. tapi masih belum tercapai
  • Saya nak tambah lagi zuriat, tapi Allah belum bagi rezeki dan saya masih takut2 lagi kot..
  • Memang nak bayar PTPTN jugak, tapi itu promise ayah saya. Kata nk tolong bayarkan. Heheh..terima kasih papa..!
  • Kami laki bini nak bukak business lain sekali dengan abang saya. Tengok la dulu, masih dalam perancangan.
  • Rumah baru saya masih kosong!!!! Oh.. tolong la isikan dengan segala bagai! Abang, nanti kita pergi survey lagi ok? (survey manjang tak habis-habis, belinya belum lagi!)
4. Siapakah nama pasangan anda?
  • Muhamad Fauzi Othman
5.Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda
   Kang aku cakap kang korang tak percaya. Tapi percaya la. Aku tak hipokrit. Benda aku tak ckp tntg dia itu baru aku tak suke..
  • Suka bau badan dia. Tak pakai perfume pon tak busuk.
  • Cool giler. Orang ngata dia bukan-bukan pon dia cool aje. Dia just cakap "biarla.. nnt dia sdri kene bila tiba masanya". tapi aku yg lbh2 rasa nk pergi sound cukup2 org tu. haisshhh!! (well. u know me..!)
  • Banyak benda yang dia tahu lebih daripada saya, ke saya yang bagi chance dia tau macam-macam lebih daripada saya?
  • Raut wajah dia yang slalu nampak tampan di mata saya.
  • Pandai memujuk.. tang satu benda tu yang tak tahan kalo kene pujuk! Adoiii..!
 ** well.. setiap org ada kelebihan dan kekurangan. idakla suami saya ni serba serbi baik aje! kekurangan pada dia biarlah isteri dia saja yang tahu. tidak la perlu diwar-warkan kepada semua orang. tak baik tau...!

6. Bila tarikh anda couple?
  • Ok, bukan lagi rahsia.. tak ingat couple bile sebab dia takde cakap "will u become my couple?!". tapi kami mula berjumpa 31 Ogos 2005, setahun kemudian iaitu 1 September 2006 kami nikah. Ok, pendek aje cerita cinta saya. Tak yah bercinta lama-lama sebelum kahwin. Bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan!
7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
  • Apa ek? Kalo setakat gaduh-gaduh tuh biasalah. Gaduh-gaduh manja gitu. At last kene pujuk jugak kan? Mana ada orang bahagia sepanjang masa tanpa gaduh-gaduh? So, tak mahu nak ingat perkara-perkara gitu, mahu yang manis-manis aje!
8. Lagu tema cinta anda.

  • Kenangan Terindah (samsons ~ cam tuh kot ejaannya) ~ semasa hangat bercinta dan belum ada Camimi.
  • Sekarang ni, dh ada Camimi, apa saja lagu yang Camimi suke nyanyi kami pon suke sebab kami akan gelak bersama-sama mendengar Camimi nyanyi. Tak kesah la lagu Eenchy Winchy Spider ke, The Wheel on The Bus ker, Humpty Dumpy Sat on the Wall ke.. sebab melihatkan gaya dia menyanyi bisa merawat stress kami. Hahah..
9. Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
  • Tamau la keluar selalu dengan kawan-kawan minum smpai lewat malam. Sian kat kami dok umah
  • Yang lain nanti saya bisik aje dengan dia sampai bulu roma dia meremang. Ha, masa tuh gerenti dia berubah punye! hahahha..
10. Tag 10 rakan anda yang lain.
  • Ramai sangat la.. Semua orang macam dah malas nak buat tag-tag ni. Sesiapa nak buat, buat la.. rajinkan diri.. Nanti bagi tau saya, saya terus datang melawat! Heheh..
Note: Ok, anda sudah baca? Ada masalah? Sila komen, kalo tak komen maknanya takde masalah. Jadi terima la kata-kata saya di atas. Sekian..! Babai.. ~ ada lagi 1 tag aku kene buat. nanti ek ikin.. aku cekal kan buat jugak! hehhe

2 comments:

lily lotus said...

sweetnya. tp ur hubby mmg nampak cool tau..insyaallah ada rezeki u utk 2nd baby nanti. when u dah betul2 ready..jgn takutlah dear. hehe

honey amour said...

pn plan nak ada 2nd baby tp....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...