Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

KESIAN KAT CAMIMI

Saya nak cerita pon sedih, camimi apatah lagi! Kesian kat dia...


Ini berkisah tentang school Camimi (nursery). Bagi sesiapa yang mengikuti kisah Camimi, sure tau pada awalnya babysitter yang jaga camimi adalah Kakak Nurul. Memang camimi semakin rapat dengan Kakak Nurul. Awal-awal dulu hantar camimi ke school syik nangis je. Tapi Kakak Nurul pandai handle. Lama kelamaan Camimi dah ok dengan Kakak Nurul. Belajar berkawan bagai. Takde masalah. Then, 6 bulan kemudian Kakak Nurul berhenti. Berhenti daripada kerja kat situ la. Sebenarnya Kakak Nurul masih menjaga budak tapi kat nursery lain. Mungkin dapat tawaran yang lebih lumayan. 

So, Camimi hilang Kakak Nurul dapat pengganti lain pulak. Dalam pada tu, Camimi syik nanya mana Kakak Nurul dia. Susah jugak nak buat dia paham. Tapi lama kelamaan bila dia sendiri tanya mana Kakak Nurul, dia sendiri jawab "Kakak Nurul dah berenti..." Ok anak Mommy dah paham. Good girl!

Next babysitter adalah seorang ibu yang menjaga anaknya juga di situ. Anak dia nama Erin. Camimi panggil Kakak Ayin. (pelat sikit!). Camimi panggil babysitter kali ni adalah 'Ibu' sebab terikut Kakak Ayin dia panggil dengan panggilan yang sama. Memula tu memang susah sikit Camimi nak adapt dengan babysitter yang baru. Nak suruh masuk pintu school siap berdrama sekejap kat luar. Tapi tgk Ibu pandai handle. Dia pujuk nya Camimi dengan colour pensil, dengan buku cerita, dengan toys masak-masaknya. Memang la Camimi laju aje masuk school. Selesai masalah! Camimi dah tak kerap tanya mana Kakak Nurul dia. Balik2 sebut  Ibu, sebut Kakak Ayin dia.

Kadang-kadang terpanggil Mommy dia dengan panggilan Ibu. Borak-borak kat rumah pon sibuk cerita Kakak Ayin dia dengan Ibu. Nampak sangat dia seronok dengan Ibu dan Kakak Ayin. Kalau Camimi seronok, saya turut seronok. Idak la lagi saya dengar dia menangis nak datang school atau liat nak bangun tidur nak pergi school. Maklumla, dulu memang saya je orang yang dia tengok seharian, dok jaga dia, dok main dengan dia, dok mandikan dia, dok bagi makan dia. Bila dah balik Malaysia, semua berubah. Mommy dia pon nak cari rezeki jugak. Terpaksa la hantar anak mintak orang jagakan.

Pagi tadi saya umpan Camimi untuk bangun awal sebab Mommy dia nak kena masuk kerja awal (sebab tengahari nak pergi swimming ~ nanti boss marah masuk lewat). So saya umpan dia dengan nama Kakak Ayin. Cakapla, "Kakak Ayin dah tunggu Camimi kat school ni. Jom bangun, mandi cepat. Nanti Kakak  Ayin tunggu lama." Lain hari, lain la modal umpanan saya untuk dia bangun awal. Tapi kadang-kadang terlewat juga hantar dia ke school sebab Camimi bangun lewat kol 9.30am. fuhhhh!!

So, untuk cerita hari ini, sepantas kilat Camimi ajak mandi. Buntang terus mata dia. Takde merengek, mengamuk dan nangis2 bangun tidur. Mudah kerja Mommy. Dah siap-siap nak hantar pergi school, dalam perjalanan Ibu hantar mesej:

                       Dear Camimi: Ibu dah xkerja dah. Take care ok..


Kalo you all umpan anak pagi-pagi begitu then dapat mesej begitu apa yang you all rasa? Sedih kan..? Berterus-terangla saya pada Camimi sebelum dia turun kereta pagi tadi. Saya cakap "Camimi, Kakak Ayin dengan Ibu dah takde kat school. Diorang dah berenti.." Camimi melopong sambil terkebil-kebil aje mata dia pandang pada saya. Terus dia tanya semula, "Kakak Ayin dengan Ibu dah berenti?"

Saya pimpin tangan dia macam biasa masuk ke pintu pagar school. Saya faham perasaan dia. Dia datang school nak main dengan Kakak Ayin dia, tapi takde pulak. Dia nak manja-manja dengan Ibu dia, tapi dah berhenti pulak. Diam membisu aje Camimi. Orang yang sambut Camimi depan pintu pon orang lain. Diam aje, nampak sangat muka sedih dia tak dapat main dengan kawan baik dia. Saya faham, sebab saya pon berkongsi kesedihan dengan dia. Sebab saya yang dok selalu umpan Kakak Ayin dan Ibu dia untuk datang ke school.

Jaga budak-budak ramai begini memang cepat meletihkan. Tambah lagi kalau sorang aje nak kene handle. Itu la yang dilalui oleh Kakak Nurul dan Ibu. Sebab itu diorang berhenti. Budak-budak 'Daycare' dalam 6-7 orang. Then ada budak-budak sekolah datang untuk transit lagi. Dah bertambah kat situ. Mungkin sebab itu babysitter tak tahan. Patutnya pihak Admin tambah la lagi sorang untuk bantu-membantu jaga budak-budak..

Em, apa pun, hari ni hati saya rasa kurang sedap. Saya tahu Camimi kat sana sure tertunggu-tunggu untuk sampai pukul 5 petang. Tertunggu-tunggu untuk saya datang menjemput dia. Tapi saya harap telahan saya tak tepat. Saya masih berharap dia seronok dengan babysitter sementara tu. Sebab minggu depan baru datang babysitter yang baru. Saya harap Camimi masih seronok main-main kat sana sampai terlupa yang pukul 5 petang tu masih lambat lagi. Dan saya berharap babysitter ni faham kehendak Camimi dan pandai melayan budak-budak kat sana.

Alahai..sian anak Mommy ni. Silih berganti babysitter dia...


3 comments:

lily lotus said...

sian camimi. baru nak kenal mesra dah bertukar lagi pengganti. ly takde experience camni sebab mak jaga the kids since kecik. tapi ly paham perasaan erin. mesti tak keruan buat kerja kat ofis. ishk2 anyway pandailah camimi..cepat paham keadaan. n bijak bercakap plak tu!

AshAnas said...

anas pun xseronok bl bertukar babysitter, sian camimi...

Izan said...

siannya camimi... izan baca entry ni pun terasa sedihnya.. huhuhuuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...