Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

MELANGSAIKAN HUTANG

Ok, aku hutang kat ko kan Syikin. Sekarang aku nak langsaikan hutang aku pada ko. 0% interest kan? Ok, Aku bayar cash lagi kat ko. So, lepas ni no more hutang piutang ok? Tak best la hutang lama-lama dengan orang. Nanti orang ungkit syik nanya "bile nak bayar hutang..? bila nak bayar hutang?" Haih..rungsing aku kalo orang syik menanya! Hahhahaha... 

Bukan hutang duit la kawan-kawan. Tapi hutang tag mengetag ni. Ok, Kin. Aku jawab tag ko. Ha, dah jawab tak dapat apa-apa hadiah ker? Hehhee..

Tag " Isi perut dalam handbag"

Ini kiranya nak bagi tau seluruh dunia apa isi perut dalam handbag kite. Oh, malu la beb! Nasib baik takda bahan-bahan yang mencurigakan dalam handbag aku. Kang tak pasal-pasal timbul kontroversi terus glemer uuu..! auwww..!! Tak main la tipu-tipu kan? Ini betol-betol punye la. Tarak main sembunyi-sembunyi barang. Semua yang betol-betol aje!

 Purse
    • Purse ni beli kat Germany gune ebay. So, fight la dalam ebay nk letak berapa Euro punye. At last aku yang berjaya!!! Dan akhirnya laki aku yang membayarnya... Hehehe
    • Tengokla dah sendat sebab banyak sangat kad dalam tu. (ini kes belum cerita isi perut purse, kang ada yang pengsan tgk isi dalamnye. Ya Rabbi..!!) 

 Diari
    • Ini salah satu harta aku yang bermakna la. Tak leh hilang. Ada macam-macam khazanah dalam tu. Kalo hilang aku nangis! Ada voucher percutian yang tak guna lagi. ada resit-resit barang2 elektrik dan perabot yang aku dah beli (simpan utk warranty), name cards, infos, schedules, etc.
    • Juga ada tulis schedule aku kene buat apa dan perlu ke mana ~ aktiviti kerja. 
    • Juga menjadi bahan contengan Camimi time-time kami berjalan-jalan dan tetiba dia minta pen dan kertas untuk menulis. So, diari aku la selalu menyelamatkan keadaan. See..lihat la sendiri gambar di bawah.


    Alat tulis
      • Kalau dah ada kertas, kene la ada alat tulisnya. Kalau tak mana nak cari pen or pensil untuk menulis? Tambah lagi Camimi mahu menulis menggunakan pen, bukan pensil (kecuali pensil warna). 
      • Oleh itu dalam handbag kena ada ball pen dakwat kering untuk Camimi supaya tak comot. Tapi pen dakwat basah itu adalah untuk kegunaan saya. Manakala Laundry pen itu untuk menandakan pakaian. Lupa nak keluarkan dari hangbag.

       Tisu
        • Baru 2-3 hari yang lepas letak sebab selalu kalo pergi makan mana-mana orang restoran kedekut nak bagi tisu banyak-banyak. Aku dah la ada anak kecik. Makan plak comot-comot. Selalu nak kena bangun balik pergi ke kaunter minta tisu. Dah ada tisu dalam handbag senang sikit.
        • Even McD pon ada waitress dia kedekut nak bagi tisu banyak. Bile dah duduk nak makan baru perasan tisu dia bagi 2-3 helai aje. 


      Buku bank Tabung Haji
        • Simpan dalam handbag. Senang nak masukkan duit dalam account. Tapi sekarang dah leh masukkan duit gune ATM cash deposit mesin Bank Rakyat atau Bank Islam. Aku belum cuba lagi guna mesin, sebab selalu banyak masa aja nak ke Tabung Haji  masukkan duit.(konon, padahal takut nk cuba). Tapi kene charge RM1.00 kalo guna mesin.

      Kad Appointment UMSC
        • Ini kad temujanji Camimi dengan doktor mata dia kat UMSC. Next appointment adalah bulan 8 nanti. Nampak gayanya lunyai la kad tuh dalam beg aku nak tunggu bulan 8 nanti.
        • Semenjak kami complaint kat doktor mata Camimi pasal kelembapan service kat sana, the latest kami pergi adalah hujung bulan 3 hari tu. Service dah mantap! Gila bayar mahal kalau service lembap, memang nak kena maki nampaknya.

         Beg makeup
          • Makeup yang aku pakai tak banyak. Cukup sekadar seketul bedak compac, 2-3 colour lipstic, seketul lip gloss, 2 colour eyeliner, seketol blusher, seketul eye shadow. Yang lain aku letak kat rumah menganggur tunggu ditukar-tukar. Tak dan la aku nak bawak sebeban, nanti handbag aku berat macam batu!


        Cable wire
          • Sebab aku bawak camera ke mana sahaja, so harusla ada cable untuk output. Cable output handphone pon ada sekali supaya aku leh import gambar-gambar dari dalam hp.
          • Cable camera ni pon sekali dengan chargenya. So that kalau batery camera aku kong, aku leh charge kat mana-mana saja asalkan ada power point.

        Business card
          • Kan aku dalam sesi survey barang-barang perabot dalam rumah, so macam-macam kedai aku keluar masuk. Harusla diorang bagi kad kat aku kalau-kalau aku jadi beli barang diorang. Diorang pon boleh beri kata-kata manis, aku lagi manis mulut berbicara dengan diorang. Layan kan je janji-janji manis diorang sebab nak bagi diorang rajin layan kite. Hahhaha
          • Ada gak aku dah simpan dalam diari aku. Yang ini tak sempat nak kemas. Campak je masuk dalam handbag. Esok-esok kalau jadi beli perabot kat tempat diorang, pandaila aku cari mana kad-kad tuh.
         Kunci ofis
          • Biasanya aku separate kan dari kunci rumah dan kunci kereta. Sebab banyak sangat nanti berat nak bawak. Lagipon hari ni aku tak memandu ke ofis, suami aku yang hantar. So bagus sangat kalau kunci ofis diasingkan. Kalau tak dengan laki-laki aku sekali kunci tu pergi.

         Perfume
          • Beli yang kecik sebab senang dibawa. Satu set ada 4 perfume kecik-kecik gitu. Beli dalam flight semasa balik dari Germany ke Malaysia. Free Tax so terasa sangat murah.  Tambah lagi beli dalam Euro. Pejam mata je hulur duit.. (cit! berlagak betol aku ~ jangan, nanti ada orang tak suke)
        Duit
          • Tak sempat masuk dalam purse. Dah seperti mengikut laki sendiri. Duit semua seluk aje dalam poket. Tak masuk dalam wallet. Esok-esok aku nak basuh seluar dia, jenuh aku seluk poket sana sini nak keluarkan segala harta karun dia.. huhuhu
        Tapi ada jugak barang-barang yang biasa aku bawak dalam handbag takda hari ini seperti:

        1. Uwwaaa...aku tertinggal hp hari ni. Boleh pulak dah on da way to office tak perasan. Tak kuasa aku nak patah balik!  So, takde la gambar hp saya ok.. seb baik.. kalau tak satu dunia tahu rupa hp aku!
        2. Kunci kereta aku pon takde. Hari ini suami kesayangan pujaan hati hantar saya ke ofis. Oleh itu nasib menyebelahi saya sebab tak dapat nak tayangkan kunci kereta saya. Kalau tak lagi satu dunia tahu kereta baru saya. hahhaa
         Lagi satu, camera yang saya guna untuk amik gambar-gambar ni. Macam mana nak amik gambar camera ini sendiri? Ala, takpela.. takyah la tayang. Camera pink saya ni segan katanya.. huk..hukk..hukkkk...

        Semua isi perut bag saya ni bermastautin dalam handbag saya ni..

        >>




        >>





        >>






        Handbag ni saya beli kat Germany. Macam biasa la.. ebay jugak! (saya sebenarnya pemain ebay yang tegar!) Agak-agak takda duit baru stop! Jangan marah ye, itu upah sebab jadi tukang masak, babysitter, maid kt sana. heheh

        Ok, terlangsai sudah hutang saya. Sekiranya ada blogger nak buat, meh la buat. Nanti aku jejak blog korang ok. Babai.. nak pergi tido! (lunch hour daaaaa..)

        4 comments:

        Anonymous said...

        haku punye kasut beli kat Gombak jerr, ;-)

        salamm, nice blog

        Farra Rizal said...

        Jom join blog saye

        http://terataimewangi.blogspot.com
        http://putrifarisha-kesayangan.blogspot.com

        if u follow me…I follow u…

        Me, Mrs Taj said...

        budak2 pantang nmpk kertas dgn pen dlm handbag mesti nk menconteng jgk..heheh

        Erin Rashid said...

        thunbergia - salam.. jenguk lagi ok>!

        farra rizal - wellcome! nnt i jenguk blog u ok!

        ladybird - serupa la..

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...