Salam,
Saya tak sempat nak update apa-apa cerita terbaru. Sebab saya sibuk melayan pelanggan-pelanggan yang berminat nak beli barang-barang MU. Terima kasih atas sokongan anda. Saya amat hargai..!
Kemudian nanti saya update tentang Family Day yang dianjurkan oleh pihak FKM, UiTM tempat punca rezeki suami saya. Nak bercerita panjang lebar sangat tak menyempat. Masa mencemburui. Hehehhe.. (bunyi macam poyo aje. u all jangan muntah sudah la..)
Cerita hari ini:
Macam biasa saya pergi swimming waktu lunch hour. Sangat terpegun melihatkan seorang budak lelaki bawah umur (dibenarkan swimming sekali pada waktu wanita sebab dia bawah umur) yang pandai sangat berenang pada umur semuda dia dalam pelbagai gaya.
Pandai buat terjunan, berani ke tempat dalam (tak macam haku!) dan gembira bersama adik dan mak dia. Rupa-rupanya dia ada athma, sebab sesekali dia akan naik untuk ambil alat penyedut athma dia. Kasihan dia..
Tapi ya, berenang adalah latihan paling baik untuk mengurangkan athma. Bukan kata saya, tapi adalah kata doktor.
Gigih si kecik muda ni... walaupun athma boleh menghalang dia daripada menjalankan apa-apa aktiviti sukan tapi saya tetap terpegun!
Semoga dia akan sembuh suatu hari nanti..
3 comments:
berenang mmg satu senaman yg sgt baikkan..wish cud go swimming mcm erin selalu
brg MU? ori ke?
lily - boleh je ly, tp kene curi2 menyelinap kuar la kot? heheh
beja - check ur inbox
Post a Comment