Ini kesinambungan entry sebelum ini. Tentang Camimi lagi la, wajah kesayangan hamba tu. heheh.. Ok la, sebenarnya malas nak cerita tentang kisah sedih Camimi, tapi apakan daya. Perkara ini masih dok berlegar-legar di kepala otak saya ni.
Hari Rabu lepas Camimi kehilangan babysitter dia. Bukan pergi menyambut seruan Illahi tapi sebab berhenti kerja. Keesokannya (semalam, Khamis) hantar Camimi ke nursery tapi menangis2 tak mahu masuk. Bukan saja nangis-nangis tak mahu masuk tapi siap mengamuk-amuk sambil menghentak-hentakkan diri tak mahu masuk. Akibat daripada perbuatan Camimi tu, belakang tapak tangan dia lebam kemerah-merahan sebab Camimi menelentangkan diri sambil hentak-hentak tangan dia ke lantai.
Puas saya dan babysitter sementara tu pujuk, tapi Camimi tetap menangis dan mula peluk-peluk saya tak bagi saya pergi kerja. Bebudak yang lain semua pandang, ada yang buat kerja sendiri. Bila saya umpan Camimi dengan buku cerita, colour pencil, buku mewarna, toys semua la bagai tapi tak termakan dek Camimi. Dah la babysitter ni tak pandai handle. Dok aje diam kat tepi sambil tengok saya pujuk Camimi.
Saya rasa mahunye lebih setengah jam saya dok pujuk-pujuk Camimi untuk stay kat situ tapi akhirnya saya pon mengalah. Dalam fikiran, hari ni tak keje lagi la aku! Ok la, saya dah buat keputusan, oleh itu semalam memang saya tak jadi hantar Camimi ke school sebab dia tamau. So saya pulak tak pergi kerja la semalaman. Terus saya pimpin tangan dia menonong ke kereta. Suka betul Camimi bila dia tahu dia tak pergi school dan sedang menuju ke kereta. Siap cakap "kita jalan ye mommy..?"
Saya apa lagi?! Siap bagi jelingan yang baikkk punye pada Camimi. Padahal dalam hati rasa nak gelak aje sebab dia terus baik dari menangis dan tak mengamuk-amuk lagi. So, semalam adalah hari untuk Camimi berjalan-jalan dengan mommy and daddy dia. Pegi lunch sama-sama, pastuh petang2 pergi jalan-jalan kat SACC. Wah, hari berfoya-foya nampak..?!
Tapi hari ni nak tak nak terpaksa hantar Camimi. Sebenarnya semalam lagi sudah berbincang dengan si ibu yang menjaga Camimi kat nursery tu. Hasil perbincangan, ibu bersetuju nak jaga Camimi kat rumah dia. Dan kami laki bini sepakat nak hantar Camimi ke rumah ibu yang berhampiran dengan nursery. Cume kena cekalkan diri la sebab nak panjat rumah ibu smpai tingkat ke-5. Memang berpeluh jugak la ketiak, sah-sah pakai baju kurung hari ni. Huhuhu..
Tapi sebelum hantar rumah ibu, saya hantar dulu Camimi ke nursery. Saja nak test dia untuk hari ini. Tapi still sama, nangis-nangis tamau ditinggalkan. Siap tarik tudung saya, genggam erat betul smpai nak tercabut tudung saya. Kalau anak nangis-nangis gitu memang saya tak sampai hati nak tinggalkan dia. Lagipon babysitter dia tak pandai nak pujuk. Maklumla babysitter sementara. Minggu depan baru datang babysitter baru. So, saya dah nekad nah hantar juga ke rumah ibu. Sebab saya kene pergi kerja hari ni. Semalam dah cuti, takkan nak cuti lagi hari ni? Nanti bos bising!
Masa dalam kereta lagi Camimi dah excited bila saya cakap nak jumpa ibu dan Kakak Ayin. Bila saya cakap, "ok Camimi pergi school ok?" tapi dia kata "bukan school la..!" em, ok mommy salah! terus saya betulkan ayat. "ok kite pergi rumah ibu ok, main dengan Kakak Ayin tau!". Camimi bukan paham apa pon yg dia akan ditinggalkan kat situ kelak. Dia just ckp "ok"
Tapi bila nak tinggalkan Camimi kat rumah ibu, still sama. Menangis sakan. Nak tak nak saya terpaksa tinggalkan Camimi dengan perasaan yang kurang enak. Tapi saya tahu, ibu pandai pujuk. Jadi saya tak berapa risau la cume perasaan kurang enak tu masih menguasai.
Apa yang perlu saya buat, selang sejam kemudian, saya call ibu. Tanya Camimi bagaimana. Adakah still menangis atau tidak. So, ibu kata tadi Camimi nangis lama jugak, tapi sekarang dah ok. Lepas lunch tadi saya call ibu lagi tanya tentang Camimi, then ibu kata Camimi tengah tidur. Tadi main-main dengan Kakak Ayin dia dan makan pon sikit aje. Tapi dah tak nangis-nangis dah. Awal-awal aje Camimi nangis. Ok, lega sikit perasaan saya. So, hari ni saya cadang nak balik awal sebab nak amik Camimi dan bawak dia berjalan-jalan petang sambil pergi mencari menu kegemaran dia. "roti canai satu!" "milo satu!" hehehhe..
Saya menulis tentang ini supaya ianya menjadi memori dalam lipatan di kemudian hari. Esok-esok bila Camimi dah pandai membaca dan faham, biarla dia tahu betapa susahnya nak hantar dia ke school bilamana babysitter dia asyik bertukar ganti. Aleh-aleh mommy yang jadi mangsa sebab tak leh pergi kerja. Dan daddy jugak turut jadi mangsa ke-2 sebab kerja kene kacau dek isteri dan anak daranya! heheheh... (abg, ni baru sorang anak tau. u kata nak berapa org? i dah lupe. ha..esok lagi ramai lagi banyak ragamnye tau!)
Tapi saya rasa saya akan hantar Camimi hari ni aje kot ke rumah ibu. Next week masuk babysitter baru, saya hantar la ke school tu. Ada sebab-sebab tertentu yang menidakkan untuk saya berterusan hantar Camimi ke rumah ibu. Kemudian saya cerita ok sebab nanti buat hati saya tak tenteram memikirkan tentang itu. Ialah. naluri ibu sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anak-anaknya..
note: ini la natijahnya kalo org syik sayangkan duit. leh aje amik 2 org babysitter tapi nak save punye pasal, amik sorang aje. sudahnya syik berhenti sebab tak tahan penat jaga budak ramai. (anak aku ke yg buat perangai! ish..ish..ish...!)
1 comment:
ish ish ish.. pening juga pikir kalau jadi mcm ni..alamatnye, amik cuti je la aku..huhu
Post a Comment