Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

CARELESS MISTAKES

Salam Jumaat kawan-kawan,

Hari ni nak update blog lagi. Nak bercerita yang saya ni memang jenis suka buat kesalahan atas kecuaian diri sendiri.

Minggu lepas pergi jalan-jalan kat Subang Parade. Macam biasa parking kat basement. Kad parking memang selalu masuk dalam handbag. Tapi, masa tu pakai sling bag. So, just masuk kat dalam poket kecil sling bag tu sekali dengan handphone.

Jalan-jalan lah kat kedai elektrik ground floor Subang Parade. Kebetulan ada nak beli 2-3 barangan elektrik. Terpaksa melayan hobi si suami yang suka beli benda-benda yang saya rasa tak perlu beli pun tak apa kot. Tak berapa penting sangat. 

Bila sampai kat kaunter pembayaran, saya keluarkan handphone sebab nak calculate sendiri berapa jumlah harga keseluruhan nak bayar. Tambah lagi pemanjangan tempoh warranty yang perlu di bayar secara extra. Itu pilihan pelanggan, kalau tak mahu tambah tempoh warranty, just guna tempoh yang sediada tanpa kos sampingan.

Nasib baik juga saya kira sendiri guna handphone sebab rupa-rupanya cashier boleh salah kira pula? Terlebih beberapa ringgit. Boleh?! ~sigh..

Bila dah setel beli barangan elektrik, terus nak balik. Bila dah berada dalam kereta, baru tercari-cari mana kad parking yang saya simpan dalam sling bag tadi. Masing-masing melilau cari kad parking. Cari kat bawah seats, dalam armrest, atas carpet dalam kereta, dalam sling bag apatah lagi. Habis dikeluarkan segala khazanah dalam sling bag saya. Sudahnya memang tak jumpa!

Husband dah marah-marah sebab time-time macam ni baru nak perasan kad parking hilang. Masa tu saya terfikir, mungkin masa saya keluarkan handphone kat counter tadi kad itu sudah tertarik keluar agaknya. Mungkin terjatuh atas lantai kat kedai elektrik tersebut. Manalah saya perasan. Jadi, nak tak nak terpaksa bayar penalti RM20 sebab kad parking hilang.

Husband dah membebel sebab bayar benda yang tak patut bayar. Saya diam je kalau dia dah marah-marah macam tu. Terus saya keluarkan duit RM20 konon nak ganti balik duit yang dia dah gunakan untuk bayar penalti tadi. Yelah, salah saya. Jadi patut saya yang bayar, kan? Tapi lagi kena marah sebab husband kata bukan dia nak suruh saya ganti balik duit dia. Cuma dia tak suka saya jadi careless, letak kad kat mana. Kalau betul terjatuh pun kad tu, saya boleh tak perasan langsung! Lepas kejadian tu, husband langsung dah tak suruh saya simpan kad parking lagi. Sekarang, dia yang simpan sendiri sebab tak mahu kejadian yang sama berulang lagi.


Kejadian yang berikutnya berlaku baru-baru ini.

Saya pergi sarapan sama-sama dengan husband kat Restoran Azira, Seksyen 10. Kami memang selalu makan kat sana. Kiranya itu salah satu dapur kegemaran saya lah. Pekerja-pekerja kat situ pun dah kenal dengan kami anak beranak. 

Pergi sarapan saya bawa handbag sama-sama. Letak kat seat sebelah si suami, walhal saya duduk kat depan dia. Patut saya letak handbag kat sebelah saya jadi saya boleh nampak jika handbag saya tertinggal atau tidak.

Malang sekali, lepas makan saya pergi bungkuskan makanan untuk Camimi. Si husband terus bangun sebab nak pergi bayar. Tak perasan pula saya tak ambil semula handbag yang berada di seat sebelah husband. Si husband juga turut tak perasan saya letak handbag kat sebelah dia.

Nak dijadikan cerita, saya dah sampai kat ofis yang terletak di Seksyen 15 baru saya perasan handbag saya takda. Apa lagi, terus saya bagi tahu husband yang handbag tertinggal kat restoran tadi. Sepantas kilat saya melompat masuk semula ke dalam kereta. Husband pula terus memandu laju ke restoran tersebut. Dalam kereta husband dah marah-marah saya sebab still lagi careless. Tak sudah-sudah careless saya ni. Malah seolah-olah semakin teruk!

Mana tak husband marah. Dalam handbag saya ada ipad, iphone, wallet dan portable hard disk yang sarat dengan dokumen-dokumen penting! Perjalanan dari Seksyen 15 ke Seksyen 10 yang biasanya mengambil masa hampir 10 minit dengan kelajuan biasa, tapi husband drive dalam masa 3 minit saja. Bayangkanlah betapa lajunya! Saya asyik tutup mata je bila dia drive kereta macam tu.

Dalam masa 3 minit perjalanan tu, macam-macam tarbiah husband bagi. Dia belikan saya benda-benda tu semua bukan untuk dihilangkan begitu saja! Kena dengar juga lah husband yang kurang bercakap tu menjadi seorang yang kuat membebel. Dalam hati saya tak sudah-sudah berdoa semoga rezeki saya Allah tak tarik dalam sekelip mata begitu saja. Saya percaya, kalau dah memang Allah tetapkn iphone, ipad, wallet and portable hard disk itu saya yang punya, tiada siapa yang dapat menghalang ketetapanNya.

Bila sampai kat restoran tu, saya terus ke kaunter. Saya tanya cashier kat situ, ada nampak tak saya tertinggal handbag kat meja makan tadi? Tapi dia kata, dia tak nampak apa-apa pun. Saya dah cuak! Saya  melirik dan menghampiri ke meja makan tersebut, malang sekali memang handbag saya yang berwarna hitam itu dah tak ada. Bermacam-macam yang terlintas di fikiran saya. Mesti dah ada orang yang ambil. Mesti ada orang yang curi. Sedih sangat tau! Saya takut husband marah lagi kat saya.

Tiba-tiba datang salah seorang pelayan restoran tersebut yang memang saya kenal sangat. Dia adalah seorang pelayan restoran yang paling kecil dan comel! Kalau uols biasa makan kat sini, mesti uols tahu siapa pelayan comel tu. Dia yang tanya saya, tertinggal handbag kan? Bila dia tanya macam tu saja, wajah saya sudah kembali ceria sambil mengangguk laju-laju.

Pelayan kecil tu terus ke kaunter di mana dia ada menyimpankan handbag saya di dalam rak kaunter tersebut. Dia kata, dia simpankan dulu sebab dia tahu nanti saya akan datang balik ke situ juga. Dapat saja handbag tu kat tangan saya, terus saya cek kot ada terhilang apa-apa di dalamnya. Sukanya saya apabila dipastikan semua barang-barang saya itu tak terusik langsung. Sama seperti sediakala. Terasa nak peluk akak yang comel tu tapi segan dipandang orang. Saya cuma menepuk bahunya mesra sambil ucapkan terima kasih. Gembira sangat sampai saya terlupa nak hulur sedikit sebab dia dah selamatkan handbag saya dari sebarang kejadian yang tak diingini. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga barang-barang yang ada kat dalam hangbag tu, kan?

Sebenarnya, sebelum-sebelum ini pun saya pernah tertinggal handbag sekali. Tapi masa tu kat Restoran Keningau Seksyen 18.  Namun, tak seteruk di Restoran Azira sebab masa tu baru sampai kat kereta yang diparking kat depan kedai tu saya dah terperasan handbag saya tertinggal. So, still sempat nak kaut semula handbag yang diletakkan di atas kerusi meja makan tu.

Restoran Keningau tu pun dalam list dapur kegemaran saya. Biasa juga makan kat sana. Jadi pekerjanya dah biasa dengan kami. Kalau tertinggal handbag pun saya agak tentu pekerjanya akan tolong simpankan. Cuma kalau pekerjanya tak perasan, kot orang luar yang perasan, naya juga!

Kenapa saya susah-susah nak bawa barangan berharga dalam handbag sampai begitu sekali?

Sebenarnya tak selalu saya bawa ipad sekali. Kadang-kadang saya tinggalkan di ofis, atau di rumah. Kalau saya tahu dalam handbag saya tiada ipad, saya akan tinggalkan handbag dalam kereta. Saya sorokkan bawah bantal atau bawah seat. Iphone dan wallet saya bawa bersama. Itupun kalau saya hanya nak pergi makan kat restoran dekat-dekat dengan tempat parking kereta saja. Kalau pergi masuk shopping mall, tak pernah buat perangai bodoh begitu yang suka suki nak tinggalkan handbag dalam kereta bagai.

Jadi. kadang-kadang saya boleh jadi pelupa samada saya ada bawa handbag pergi makan sekali atau tidak. Sebab, kadang-kadang saya bawa, kadang-kadang tak. Macam kes baru-baru ni sebab ada ipad dan barang penting yang lain dalam handbag, maka nak tak nak saya kena usung handbag yang besar dan berat itu sekali. Bila dah habis makan, terlupa pula yang saya ada usung handbag itu tadi tambahan pula saya letak kat seat sebelah husband. Tak boleh nak salahkan husband kalau dia tak perasan handbag saya kat sebelahnya. Salahkan diri sendiri!

So, moral of the story. Agak-agak kalau ada barang penting walaupun hanya nak pergi makan kat restoran depan tempat letak kereta saja, bawa dan peluk la erat-erat handbag tu walaupun sambil makan, sambil ambil lauk, sambil layan anak makan, sambil nak tapau lauk dan sambil nak bayar makanan. Peluk je jangan lepas-lepas ibarat kita memeluk emas yang baru saja dilombong pagi tadi. Jangan letak kat seat sebelah sebab takut nanti terlupa lagi. :ppppp

Daaaa...

1 comment:

lily lotus said...

fuh seb baik ada pelayan yg baik hati tu. kalau tak bertahun u nak suh husband belikan semua2 tu balik hehe. next time careful kay ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...