Sekarang, kalau baca novel pun sempat hari Sabtu dan Ahad saja. Masa tersebut je yang terluang. Kadang-kadang sisuami bawa pergi jalan-jalan pun saya akan usung novel sekali. Yelah, nak habiskan dalam masa 2 hari juga. Kalau dah masuk Isnin alamat tak siap pula kerja saya kat office tu kan? Sebab nak ngadap novel, tak sabar-sabar nak tahu kisah selanjutnya.
Saya ni kalau baca novel, anak kat sebelah menjerit-jerit pun saya tak dengar. Bising-bising kat depan saya pun saya boleh fokus pada novel. Khusyuk punya pasal kan?
Sekarang tengah tunggu husband vacum rumah. Oh, dia sangat ringan tulang membantu saya. Tambahan pula, dia memang sangat pembersih! Hahaha..
Teringat topik kat radio Hot Fm tentang nak cari calon pasangan hidup. Melalui rupa fizikal or perilaku nya? Jawapan saya, kedua-duanya sekali!
Lelaki yang pembersih boleh dilihat dari fizikalnya. Kukunya, rambutnya, wanginya atau tidak, kekerapan mandi, pakaiannya. Manakala dari segi perilakunya, tengok samada dia suka buang sampah merata-rata tak? Ada tak dia memandu sambil buang sampah keluar dari tingkap kereta seperti tisu, aiskrim, plastik gula-gula. Mesti ada punya lelaki yang tak buat perangai buruk begitu kan? Contoh terdekat, suami saya! Ok, bukan suami saya aja. Mesti ramai suami-suami kt luar sana yang reti bertanggungjawab kan?
Oklah, dah panjang sangat. Saya nak tepek gambar terbaru saya. Ha, mesti ada yang terindu-rindu kat saya kan? Hhahha, saya perasan je lebih! Oklah jumpa lagi!!
Well, gambar siapa lagi yang nak tunjuk kalau bukan empunya blog sendiri? Jangan marah aaaaaa....
Daaaaaa...!
Note: nampak gayanya, memang takde rezeki la nak tepek gambar terbaru saya. Hehehe.. kita tengok frame gambar hitam kat atas je la ye :)
No comments:
Post a Comment