Salam kawan-kawan,
First at all, nak wish happy new year. Detik countdown new year tepat pukul 12 malam tempoh hari aku sedang lena dibuai mimpi. Tak sedar apa-apa langsung. Tak dengar bunyi mercun, tak nampak bunga api. Asalnya nak tidurkan Camimi saje, sekali dengan aku-aku sekali tertidur daaaaa..
Daddy Camimi pula tertidur kat sofa mengadap tv. Serius, masing-masing terlena. Kecewa sikit la sebab biasanya kami akan menonton pertunjukan bunga api dari ICT atau mana-mana tempat sekali pun di tingkap rumah kami saja. Sebab rumah tinggi, boleh la nengok secara free. Hihihi
Semalam (Khamis), Camimi dah start dengan Genius Aulad School. Camimi ambil sesi pagi iaitu 8.30am - 11.30am. Tapi semalam dan hari ini adalah hari orientasi. Jadi, school habis pukul 10.30am saja. Lepas tu daddy dia ambil dan hantar pergi transit kat school lamanya di UiTM. Tapi semalam, aku yang ambil dan hantar. Hari ni saja nak suruh daddy dia pula yang ambil dan hantar.
Kat TTAUiTM pula, dia akan lunch pukul 12 tengahari. Kemudian, tidur. Pukul 2 lebih bangun dan mandi. Lepas tu masuk kelas Iqra (tak tahu berapa kali seminggu atau tiap-tiap hari ke, lupa nak tanya). Kemudian continue aktiviti dengan bebudak kelas tadika 5 tahun yang lain.
Masa dia umur 4 tahun (tahun lepas), takde pun kelas mengaji di TTAUiTM sebab tu cari tempat mengaji dekat-dekat dengan rumah. Sekarang dah tak ngaji kat situ dah sebab kelas 5 Tahun kt TTAUiTM dah provide kelas mengaji. Yang tak bestnya tahun lepas, rush sikit nak ambil Camimi kt TTAUiTM dan terus kena hantar ngaji. Kalau keluar ofis selewat pukul 5.30pm dah terpaksa ponteng kelas ngaji dia. Sebab masa tuh jalan dah sesak. Sampai kat tempat ngaji dia dah dekat pukul 7 pm. Padahal area Shah Alam je pon. Sesi mengaji malam pun ada tapi lebih prefer mengaji waktu petang. Waktu malam, aku sibuk nak uruskan hal rumahtangga. Nak basuh kain, jemur kain, nak lipat kain mana yang belum terlipat. Kalau kena masak, nak memasak lagi. Lagipun Camimi tidur awal, so memang tak done la nak pergi ngaji waktu malam.
Macam manapun, satu je alasannya, Camimi nak mommy dia yang menghantar dan ambil. Kalau minta daddy dia yang buat tu semua, tak mahu punye. Itu je..
4 tahun aku bergelut dengan Camimi kalau hantar dia pergi school (sebenarnya tolak 2 tahun dok kat Germany). Ada kala menangis, ada kala tak menangis. Masa tu school kat TTAUiTM la. Tengok la siapa cikgu yang sambut dia kat kelas. Kalau dapat cikgu yang garang, yang buat derk jer (kita si mak bapak ni yang kena sua anak ke dia baru dia sambut, apa daaaaa) memang tak mahunya dia nak masuk kelas tu. Lambat-lambat aje nak masuk, siap tarik tangan aku tak kasi aku keluar. Pastu nak salam, kiss and hug siap bercucuran air mata lagi. Aku pulak yang sedih tau. Tapi, kalau dapat cikgu yang baik, friendly, yang senyuman tak kurang walau sedikit pun, haaa.. laju je dia masuk kelas tu. Pandang aku pun idak. Aku yang kena tanya, tak mahu salam, kiss and hug ke?
Dah masuk tahun ke-5 ni ragam dia dah lain. Masuk sekolah GA, aku tak perlu hantar sampai ke kelas dia lagi dah. Aku hantar sampai kat tangga tingkat bawah je. Ada 2-3 orang teacher dia sambut bebudak yang datang and dia sendiri naik tangga dan terus masuk ke dalam kelas. Dah tak pandang-pandang aku yang dok perhatikan dia aje. Ingatkan dah sampai tangga teratas, dia akan pandang aku kat bawah. Rupanya, menonong terus masuk kelas dia. Lega sikit sebab zaman menangis, tarik-tarik baju dan tudung aku dah berakhir. Zaman tak mahu dengan cikgu yang tak best pun dah berakhir. Sekarang zaman dia kena terima semuanya. Berhadapan apa saja sama ada dia suka atau tidak.
Tapi nampak sangat dia memang seronok dengan GA. Balik rumah asyik cerita pasal GA. Teacher baru, kawan-kawan baru. Balik bawa plaster cine dok pegang je manjang. Aku memang nak dia sekolah kat GA sebab teaching mode dia in English and Islamic. Aku nak dia ada medium lain untuk belajar English selain daripada cartoon program dia kat tv. Kerap juga aku ajar beberapa vocab in English, esoknya dia balik cakap Melayu. Sebab kat TTAUiTM tak tekan kan sangat. Fikirkan la, bila lagi dia nak belajar English. Takut-takut esok ada rezeki terbang semula ke negara kelahirannya sampai ke sudah English dia di takuk yang lama.
Aku tak pernah lagi ajar dia bahasa German. Mana yang dia tahu, itu aje la. Contohnya, die Sonne scheint. Sampai ke sudah, kalau dia terasa panas membahang, berpeluh-peluh je dia cakap "die Sonne scheint." Kalau masuk kereta, matahari terik memanah mata, dia sebut "mommy, die Sonne scheint la" Pening kepala sebab panas pun dia cakap perkataan yang sama.
Ada a few perkataan lain yang dia masih sebut dalam bahasa German. Aku ajar dia sebut English. Bahasa Melayu apatah lagi, tak perlu nak ajar. Dah hari-hari dok sebut kan? Bukan nak perlekehkan, cuma kalau kat TTAUiTM dia selalu berbahasa Melayu, perlu la dia ada surrounding area yang cakap English pula. Samalah macam kalau aku belajar bahasa German. Kalau aku belajar kat Malaysia sampai ke sudah tak reti nak cakap. Sebab balik rumah cakap melayu, pergi kedai cakap melayu, jumpa kawan pun cakap melayu. Tapi, kalau belajar bahasa German kat negara dia sendiri, pergi mana-mana MEMANG kena cakap bahasa dia. Sebab tu lekas pandai. (Pandai la sangat...??)
So, so far sekarang ni selalu bercakap dengan husband je. Macam biasa, kalau tak mahu orang tahu apa yang kita cakap mulala keluar bahasa rahsia tu. Orang kata bahasa jawa. Jawa pun jawa la.. Kalau keluar ramai-ramai, nak tanya berapa bayar harga makanan semua. Kenala cakap bahasa jawa tu. Kalau pergi shopping, promoter dok ikut je kita, kenalah cakap bahasa jawa tu juga kalau tak mahu promoter tu tahu apa yang kita bualkan. Memang tak rugi pun tahu bahasa lain selain daripada bahasa melayu and English. Lagi satu, aku memang teringin gak belajar bahasa Mandarin atau Kantonis. Kalau pergi kedai cina seperti kedai tayar ke, kedai perabot ke, nak tahu juga apa yang bos cakap kat anak buahnya kalau kita minta harga kurang kan? At least, nak kena tipu pun dah boleh tahu. So, sesiapa yang tahu bahasa cina dan praktikan bahasa itu di Malaysia sangatlah saya salute okeh..
Oklah, dah panjang sangat. Gambar Camimi pakai uniform baru tak terambil-ambil. Tangan tak cukup nak pegang camera kat hp ni. Next time baru la aku tepek ye? Lagipun sekarang dah pindah ofis baru, banyak sangat kerja nak kena buat. Kerja kat ofis baru ni macam tak cukup-cukup masa je rasa. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan, amin.
Jumpa lagi..
Note: oh ye, aku sekarang stop sekejap baca novel. Ada 4 lagi novel masih tak terbuka lagi plastiknya. Relax... relax.. sibuk nak tulis novel sendiri kononnya. Tengokla, kalau ada rezeki teringin juga jadi penulis. Phewwwwiiitttt!! Ntah haper haper ntah!
1 comment:
nape tak cari skol yang dari pagi sampai petang?
Post a Comment