Selamat Pagi uols,
Assalamualaikum,
Lamanya aku tak update blog. Semakin sepi blog ni terasa. Kadang-kadang terasa nak tutup je blog, tapi banyak betul kenangan yang pernah tercipta disimpan rapi dalam blog yang sederhana ni.
Sebenarnya ada benda lain nak bagitahu. Nak dijadikan cerita, dah berhari-hari aku cari kunci rumah tapi tak jumpa-jumpa. Penat aku cari. Kat dalam bakul kain kotor, dalam bakul kain bersih, celah tilam, bawah bantal. dalam handbag, dalam kereta, belakang kerusi dan banyak tempat lain lagi. Sampai kan terasa entah-entah kunci rumah tu jatuh dalam tong sampah. Bungkus-bungkus dan buang! Tak pun, tersangkut kat grill pintu depan. Dah berejam, sekali ada orang lain rembat buat simpanan.
Macam-macam perkara buruk aku bayangkan. Sampaikan nak keluar rumah pun rasa tak sedap hati. Takut rumah kena pecah masuk. Maklum la, kawasan rumah aku tu dah banyak kali rumah kena pecah masuk. Cuma akhir-akhir ni dah kurang. Sebab kawalan keselamatan dah diperketatkan. Mana tidaknya, laki aku jadi AJK Keselamatan. hihihihi...
Selalunya, kalau aku buntu untuk mendapat sesuatu jawapan aku akan berdoa dan jawapan datang dalam mimpi. Tapi dah berhari-hari takde mimpi datang temui aku nak bagitahu kunci tu jatuh kat mana. Lagi la aku tak sedap hati. Suami aku yang tak banyak membebel tu siap dah berbakul-bakul bebelan dia bagi kat aku. Terkulat-kulat aje aku dibuatnya. Then, everything bila nk keluar rumah semua barang berharga kami bawa. Terpaksa ambil risiko lain pula kalau rumah betul-betul kena ambush! Nauzubillahiminzalik!
Sebagai langkah keselamatan juga, suami aku pergi cari kunci solek yang baru. Kunci spare pintu dan grill yang sedia ada pada kunci kereta pun cadangnya nak bikin pendua yang baru. Tapi oleh kerana CNY, banyak kedai duplicate kunci tutup. Kecewa betul bila round-round seksyen yang berdekatan semuanya tutup juga.
Cuma pagi tadi bila sama-sama nak melangkah keluar pergi kerja, si suami buka box tempat letak kunci yang digantung di dinding. Dia belek setiap kunci yang ada dalam box tu. Dengan selamba dia hulur kunci tu kat aku. Kami gelarkan kunci tu 'kunci mickey' sebab ada keychain mickey mouse dan kunci tu selalu aku yang pegang. Kami masing-masing ada kunci rumah dan kunci grill dan masing-masing akan bawa kunci masing-masing bila keluar walaupun keluar bersama.
Dia tanya aku, ni bukan kunci mickey ke?
Terkejut aku! Tak sangka pula kunci yang selama ni aku cari merata-rata dalam rumah rupanya elok je dok dalam box kunci tu.
Aku tanya balik, macam mana aku tak perasan langsung kunci mickey tu ada dalam box? As before this aku dah cari tak jumpa juga.
Pastu dia cakap kat aku, macam mana nak jumpa. Muka mickey tu mengadap ke belakang. So, maybe aku ingat itu seberkas kunci spare bilik-bilik.
Memang betul pun aku ingat itu semua kunci bilik-bilik yang ada kat dalam rumah ni. Sebab muka mickey tak nampak.
Patut la takde mimpi datang singgah beri jawapan rupanya kunci tu tak hilang pon. Elok je keluar rumah then balik ke rumah kami gantung kunci kereta dalam box tu tapi tak perasan kunci mickey yang hilang memang dah ada kat dalam tu. Lain kata, apa yang dicari rupanya ada depan mata daaaaa...
No comments:
Post a Comment