Salam,
Ok, nak cerita pasal Camimi yang dah start tidur bilik sendiri. Bukan cerita tentang aku laki bini tidur bilik berasingan. Oh, tidak mungkin jadi gitu. Orang kata, kalau laki bini gaduh pun jangan sampai tidur bilik berasingan, jangan duduk rumah berlainan. Nanti lagi susah nak berbaik semula.
Berkenaan Camimi, Camimi memang banyak mirip daddy dia. Cuma dia lebih rapat dengan aku. Tapi orang tua-tua kata, anak perempuan memang akan ikut mirip si bapaknya supaya hati masing-masing sejuk dan menjadi rapat. Begitu pula kalau anak lelaki mirip kepada ibunya. Tapi terserlah Camimi lebih rapat dengan aku berbanding daddy dia.
Nak dijadikan cerita, banyak kali keluar berdua dengan Camimi tanpa daddy dia. Aku tahula Camimi takda mirip aku langsung. Bila orang tegur Camimi mesti orang tu kata Camimi macam anak cina. Camimi dah lali dengar dialog tu sampai dah takda menanya aku lagi, "macam anak cina tu apa?"
Pastu orang tu siap tanya aku, aku kahwin dengan orang cina ke? Bila aku cakap tidak.... tak percaya pula yang menanya tu. Kalau kat Germany, terserempak orang-orang Malaysia yang tak pernah berjumpa atau baru sampai sana mesti diorang tanya aku kahwin dengan orang German ker? Sama juga jawapan aku, tidak.. tapi diorang tak percaya juga. Hai, takkan aku nak sorok status bangsa dan warganegara laki aku sendiri kan...?
Okla, panjang benar ceritanya. Menyimpang jauh sikit..
Sebenarnya dah lebih sebulan kot Camimi tidur berasingan dengan kami laki bini. Kalau dulu, angkut tilam dia masuk dalam bilik kami dan bentangkan sebelah katil kami. Setiap hari nak kena angkut dan kemas semula ke bilik dia. Letih tau! Kalau masing-masing nak cepat, masing-masing bertelagah siapa yang perlu kemas dan angkut ke bilik Camimi semula. Tapi lama kelamaan tugas angkut tilam foam setebal 4inch (idak la tebal mana tapi berat laaa..) menjadi tugas permanent si suami.. I lap U la!
Cuma azab sikit la sebab masa tu setiap malam nak kena bangun dari katil sendiri, dan tidur kat tilam Camimi kat bawah. Sebabnya, dia terjaga malam dan nak suruh aku tepuk dia semula. Tambah lagi kalau hujan tengah-tengah malam dan guruh berdentum-dentam, lagi la dia merengek-rengek suruh aku temankan dia tidur kat bawah. Pastu, bila dia dah tertidur, aku bangun pula sambung tidur kat atas katil aku semula. Kadang-kadang si suami yang kejutkan suruh naik atas katil semula.
Kalau Camimi bangun lagi, kena ke bawah semula aku. Kadang-kadang sampai 3-4 kali aku kena turun naik katil untuk tidur di tilam Camimi. Badan pun jadi sakit-sakit. Kadang-kadang leher dan tengkuk aku sakit-sakit bila bangun pagi. Nak teleng ke kiri atau kanan pun susah. Dah macam orang salah tidur daaa..

Tapi tak tahu keajaiban apa yang berlaku, satu hari aku 'slow talk' dengan Camimi. Aku cakap dengan dia, tak kasihan ke tengok mommy bangun turun naik turun naik dari katil ke tilam Camimi tengah-tengah malam buta. Sampai badan sakit-sakit, sengal-sengal, leher pun sakit-sakit susah nak toleh kiri dan kanan. Daddy dia siap tunjuk tengah urut-urut badan aku yang sakit. Aku pula siap buat muka yang terover sudah padahal memang sakit pun. Saja nak tunjuk kat dia.
Pastu aku cakap la yang Camimi dah big girl, patut dah kena tidur kat tilam sendiri, Esok-esok kalau dah ada adik, shame la dia tengok kakak dia masih nak tidur dalam bilik mommy and daddy dia. Lagipun siapa yang good girl memang dah pandai tidur bilik sendiri. Tak da nye nak susah kan mommy and daddy dia. Saja provoke dia sebenarnya hehehe..
Ada macam-macam lagi aku cakap pasal tidur berasingan termasukla nanti boleh bawa pergi jalan-jalan, beli toys, beli buku, beli stationery, makan aiskrim what ever la yang motivate-kan diri dia untuk buat sesuatu. Tapi peringatan untuk diri sendiri, aku kena keep the promise. Tak boleh la tabur janji sesuka hati kan...?
Malam tu juga, aku ajak dia tidur bilik sendiri, elok je dia menonong masuk. Kebetulan katil yang dibelikan untuk dia macam slide drawer gitu. Atas bawah ada tilam. Ala-ala double decker tapi bukan 2 tingkat yang kena naik tangga bagai tu. Tak sesuai untuk budak sebaya dia. So, dia tidur kat bahagian atas, aku tidur kat bahagian bawah. Kena la tepuk-tepuk sikit, elok je tidur.
Bangun pagi esoknya dia puji diri dia sendiri, "mommy, elok je Camimi tidur malam tadi kan..? Tidur kat bilik sendiri kan..? Nanti mommy bawa Camimi pergi jalan-jalan ye?"
Selama sebulan Camimi dah tidur berasingan ni, macam-macam pe'el yang ada. Selalu sebelum tidurkan dia, aku dah pesan suruh wee wee dulu. Nanti malam tak payah bangun nak pergi wee wee. Kadang-kadang dah wee wee sebelum tidur pun, dia akan terjaga malam sebab panty dia dah basar ter-wee wee dalam panty. Tapi aku check tilam dia nasib baik tak kena wee wee juga. Kiranya, dia dah terkucil sikit la kat panty dia, then terjaga terus kejutkan aku kat bilik sebelah sebab dia nak wee wee kat porty toilet.
Kadang-kadang dia terjaga sendiri malam-malam buta, dengar-dengar dia cakap kat dalam toilet, "mommy dah... mommy dah.." Rupanya dia dah pergi toilet sendiri nak wee wee, nak suruh aku cebokkan dengan nozzle. Mamai-mamai pun aku pergi gagahkan diri juga hulur nozzle kat dia.
Kadang-kadang kalau dia terjaga malam-malam dan dia rasa takut, dia akan panggil aku. Yelah, aku pun kadang-kadang tertidur tak sedarkan diri. Dengar-dengar dia dah menangis. Ha, kalau dia dah nangis tu aku tahu la maknanya dia dah lama panggil aku tapi aku tak dengar. Kelam-kabut aku bangun pergi tidurkan dia semula. Sekali dengan aku tertidur tak sedarkan diri kat bilik Camimi. Sedar-sedar si suami kejutkan aku suruh kembali ke bilik kami semula.

Pagi esoknya mesti Camimi akan memperkatakan tentang diri dia sendiri. Kalau dalam 1 malam tu dia takde panggil-panggil aku (maknanya straight tidur sampai ke pagi tak jaga-jaga langsung), dia akan kata dia good girl sebab takda panggil-panggil mommy. Tapi, kalau dalam 1 malam tu dia dok terpanggil-panggil aku 2-3 kali, esoknya dia akan ingat yang malam tu dia tak berapa nak jadi good girl la. Hahah gelak sakan je aku dengar. Tahu pun kan...?
Tapi, takpela aku lebih rela bangun turun katil pergi ke bilik dia untuk tidurkan dia semula berbanding sebelum ni. Badan pun takde pula sakit-sakit. Nak didik anak punya pasal, kenala berkorban apa saja.. hiks!
Malam-malam nak tidur aku tutup semua lampu kecuali 1 lampu malap yang perlu aku buka. Ini adalah memudahkan kalau Camimi bangun tengah malam nak kejutkan aku atau nak pergi toilet. Kang tak pasal-pasal ada budak benjol-benjol kepala terlanggar dinding la gamaknya.
Oh ye, malam-malam bila Camimi terjaga idak pula dia minta nak minum susu atau air. Cuma sekali bila dia bangun pagi pukul 6.30am or 7am dia akan minta aku bancuhkan susu untuk dia. Ye, masih minum dalam botol lagi. Ha, itu 1 kerja juga aku nak biasakan dia minum kat cawan tak pass-pass lagi. Walhal banyak aje tumbler yang colorful untuk dia aku dah belikan.
Walhal, sebelum tidurkan Camimi aku dah pesan. Tak perlu panggil-panggil mommy kecuali kalau nak wee wee, kalau dah haus, atau ada banyak nyamuk. Lain-lain perkara yang tak penting tak perlu nak panggil-panggil. Kalau terjaga malam-malam pun tidur semula elok-elok. Tak perlu nak suruh mommy datang tepuk-tepuk. Kadang-kadang dia makan apa yang aku cakap, kadang-kadang dia tak peduli. Tu yang pepagi tu dia imbas kembali, malam sebelum tu dia tidur elok je ke atau sibuk panggil-panggil aku. Hahaha
Ucapan-ucapan yang dah biasa dia buat sebelum dia melelapkan mata adalah..
Good night mommy,
Assalamualaikum,
Bismilla-hirrahma-nirrahim
I love u mommy,
then dia sendiri sebut,
"baca doa sebelum tidur, bismilla-hirrahma-nirrahim, bismikalla-hummaayya-wa'amut. Dengan namamu yaAllah, aku tidur dan aku mati" <---- siap translate kau!
pastuh kiss.. muah muah..
Heeee.....
Bila dia dah melelapkan mata, baru la aku boleh teruskan buat apa-apa kerja yang patut. Kadang-kadang kalau dah memang mengantuk terus tertidur kat bilik Camimi. Bila tersedar, terus menonong masuk bilik sendiri. Si suami pula, kadang-kadang dia berjaga malam sebab nak buat kerja dia dan study. Kadang-kadang dia la dok kejutkan aku untuk sama-sama masuk tidur.. Indahnya kan..? heheh
2 comments:
perasaan nak train anak tido asing ni exactly mcm nak train diorang diapers-free. a bit clumsy tapi dlm hati ada sinyum :)
bagusnya schamimi dah tido asing.. klu aku, aku plak yg risau camana la nak asingkan aqil tido, dah la kecik lagi, tido bilik lain plak tu.. klu katil asing, blh la kot. hehe.. tgu dia besar skit tgk cane..
Post a Comment