Fuh.. tarik nafas.. keluar.. tarik.. keluar..
Tergempar berita semalam. Kejadian dipercayai berlaku pukul 5.30 pm petang semalam (31/10/11) bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
Tanker yang membawa 27,000 liter minyak sedang menuju ke stesyen Shell, melintas landasan keretapi tetapi kemudiannya telah dilanggar oleh keretapi. Keretapi tersebut membawa seramai 200 penumpang. Ada berita sahih yang mengatakan setakat ini 18 orang dikhuatiri maut manakala ramai yang cedera termasuk pemandu tanker tersebut dan pemandu keratapi itu sendiri.
Akibat rempuhan yang kuat, beberapa letupan telah kedengaran di tempat kejadian. Api menjulang tinggi dan telah menyebabkan asap tebal naik setinggi 30 meter. Kemalangan tersebut juga mengakibatkan tanker dan keretapi berkenaan melekat dan masih berada di tempat kejadian.
Referring sites:
www.nescafeais.com
No comments:
Post a Comment