I'm back!!
Kembali la aku berblogging setelah sekian lama menyepikan diri. Rasanya, dalam bulan Januari tahun baru ni, ini entry yang ke-2 kot. Entah, aku pon lupe tengok column kanan blog sendiri. Sedih plak, aku memulakan tahun baru dengan entry yang agak kurang. Kalau tiba mood nak menulis, macam-macam cerita aku update. Marathon sekali gus. Then aku buat auto-published. Idak la aku banyak masa nak tulis entry setiap hari.. :) Macam takde kerja pulak nanti orang tengok aku ni. Dok nak tulis entry kat blog je manjang..
Sebenarnya, aku baru kebah dari demam yang sangat menyeksakan. Tapi takpela, orang kata sakit sikit-sikit ni menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku harap dosa-dosa kecil aku terampun oleh Yang Maha Esa.
Aku start tak berapa nak sihat since 11/1 hari tu. Balik je dari kerja, aku dah rasa pening-pening ya amat. Husband pula balik lewat sebab dia ada kelas sampai ke malam. Tapi aku buat tak heran je sakit pening ni. Aku letak je minyak kapak keliling kepala, belakang telinga dan tengkuk then terus baring-baring atas katil. Cuma tak larat nak layan Camimi yang kerap bercakap dan minta itu dan ini.
Hari ni sakit-sakit kepala, esok terus demam. Tuhan je tahu rasa demam aku ni yang lain macam je. Tak larat ya amat! Badan memang weak terus. Tambah lagi aku memang takde selera nak makan. Bau-bau masakan dah start memualkan tekak aku. Hari ke-3 demam baru aku terasa nak pergi klinik. Walhal suami dah berkeras nak bawak pergi klinik since malam yang aku pening-pening tu lagi. Tapi sebab aku ni jenis kalau setakat pening-pening tu takyah la nak susah-susah pergi klinik. Membazirkan duit UiTM je. Sebab nanti sure doktor bagi aku sebakul ubat-ubatan.
Itupon sebab aku dah start muntah-muntah dan cirit-birit. Opsss, ada yang tengah makan sambil baca blog aku ni ker? Ampun... jangan korang termuntah udah la ye..!
Kiranya pakej lengkap la demam aku ni. Dengan panas satu badan, pening, batuk, selesema, muntah dan cirit. Ha, jangan jeles! u all ada?!
Demam-demam macam ni pon aku terpaksa jaga Camimi yang tak ke school. Yelah, kalau pergi hantar Camimi ke school jangan harapla dia nak daddy dia je yang hantar. Bertuah! Mesti aku sekali kena ada. Dan aku la yang nanti kena hantar dia masuk ke classroom dia. So, kalau dah aku demam bagai macam tu, camner plak aku nak hantar dia kan? So, aku decided biarlah dia dok kat rumah je. Aku yang jaga.
Tapi memang tak larat sungguh orang demam ni jaga budak kecil macam Camimi tu yang tengah nak membesar. Fuihhh... rasa nak nangis je. Aku tengah sedap-sedap menepek atas katil dan dengan berkali-kali keluar bilik air sebab muntah dan cirit, Camimi pula syok nak minta itu dan ini pula. Mata aku pon tak larat nak buka dek penangan ubat-ubatan tapi Camimi still nak minta aku beri perhatian pada dia. Apa nak buat. Aku telan je la semua tu. Tapi kesal juga, orang lain demam, aku ada. Tapi aku demam, aku sendiri yang jaga. (teringat masa aku berpantang sorang-sorang kat sana dulu, sendiri masak, sendiri jaga anak, sendiri kemas rumah)
Dah hari Jumaat, demam dah kebah. Tapi muntah-muntah, cirit dan batuk masih ada. Si suami pula terpaksa tinggalkan kami berdua sebab dia kena ke Terengganu sampai hujung minggu. Memang rasa nak menangis je. Sedangkan kena tinggal sehari suntuk dengan Camimi time badan masih dalam keadaan lemah pun tak sanggup, inikan pula nak kena tinggalkan selama 3 hari. Tapi, yelah. Takkan nak abaikan tugas yang diamanahkan dak? Nasib baik rumah parents aku dekat. So, harapkan bantuan mak bapak aku je la.
Malam pertama ditinggalkan suami kerana tugas, aku bermalam saja kat rumah sendiri. Entah, aku ni jenis cerewet sikit. Aku rasa tilam rumah sendiri ni la tilam yang terbaik di seluruh dunia. Aku lebih selesa dan senang tidur kalau kat rumah sendiri. Macam tak biasa pula kat rumah mak bapak sendiri dak? Entah, cuma aku dah selesa tinggal kat rumah sendiri, jadi tidur pon aku mesti nak naik atas tilam sendiri.
Tapi malam ke-2, aku tidur kat rumah parents aku. Sebab malam pertama sebelum tu aku terkalih channel hantu. So, terus aku tutup tv dan masuk tidur. Lagipun parents aku dah berkeras suruh tidur sana memandangkan sakit demam aku masih belum pulih. Tidur malam kat rumah parents sendiri rasa tak berapa nak selesa walaupun itulah rumah yang telah aku huni selama 21 tahun. Mungkin sebab aku pon tak berapa sihat dan kepala pening-pening lalat lagi. (oh, teringat kampung pening lalat)
Sekarang, sakit demam dah takde. Tinggal batuk-batuk je. Kalau korang nak dengar suara rock ni meh la rajinkan diri call aku. Untung-untung boleh dengar suara seksi aku. Kalau tak, dengar aku berbisik-bisik je la. Sebab suara aku malu-malu nak keluar lagi ni. Sampaikan Batrisyia (anak buah aku) yang suka kat aku tu pon sekarang dah tamau kat aku. Dia dengar suara mommy dia berbeza dari biasa, dia jadi takut dengan aku. Dengar aku tegur dia dengan suara serak ni, dia dah cebik ketakutan. Huhuhu...
Mesti korang rasa aku ni pregnant kan dengan termuntah-muntah bagai. Eh, taklah.. aku rasa tak kot. Sebab mana der 'buatan orang' sampai kena cirit-birit. Aku pon segan nak minta doktor cek urine aku masa pergi jumpa doktor hari tu. Jadi, doktor simpulkan sendiri yang aku ni terkena bakteria yang dah effect pada usus aku. Bakteria yang mungkin datang dari air yang aku minum atau makanan yang kotor. Entah, tak mungkin apa yang aku makan itu jadi sampai aku demam sekali. Sebab sebelum tu elok je aku makan dan minum benda yang sama. Takde apa-apa pun..
Mak aku pula tak habis-habis kata "ha.. ni nak melekat la tu.. nak melekat la tu.." Mak aku dah tak sabar nak timang cucu lagi. Yelah, Camimi tu dah besar sangat. Dah patut ada adik lagi. Tambah lagi, aku baru je lepas berurut 2 kali. Betulkan peranakan aku yang dah ternaik tinggi dan senget ke kiri. Amboi, mentang-mentang husband aku kidal, kau pon ikut ke kiri sekali ker? ;p Tapi, korang jangan tanya aku macam mana benda tu boleh ternaik. Sebab biasanya ada orang yang peranakannya jatuh ke bawah dan perlu dinaikkan.. Tapi aku punye ternaik sangat dan senget tak duduk tempat asalnya..
Tapi aku tak nafikan, lepas bersalinkan Camimi dulu mana der aku berpantang elok-elok. Takde orang jaga aku. Berurut dan bertungku apatah lagi. Aku siap pergi meluncur salji dan jatuh-jatuh atas snow bagai. Mesti korang geleng kepala kan? Tapi apa nak buat. Itulah pengorbanan yang terpaksa aku buat. Tapi aku tak pernah serik dan menyesal. Pasti ada hikmah dan habuan untuk orang-orang seperti aku ni..
Note: Lepas raya cina nanti aku kena tinggal lagi, dan kemudian lagi dan lagi. Bulan enam nanti lagila 2 minggu kena tinggalkan. Macam ni ada hati ke aku nak let go husband buat PhD sorang diri kat luar sana tanpa aku? Oh, tidakkkkkk!!
Note: Lepas raya cina nanti aku kena tinggal lagi, dan kemudian lagi dan lagi. Bulan enam nanti lagila 2 minggu kena tinggalkan. Macam ni ada hati ke aku nak let go husband buat PhD sorang diri kat luar sana tanpa aku? Oh, tidakkkkkk!!
No comments:
Post a Comment