Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

LE TOUR DE LANGKAWI 2011

Salam hari Isnin uols,

Mesti ramai yang dah start cuti untuk CNY kan..? Hari ni masuk UiTM sebab nak hantar Camimi ke school, jalan sangat lengang. Bebudak dah start cuti semester. Kalau tak, kat dalam UiTM pon jem teruk. Masing-masing bawa kereta. Dengan staff UiTM, dengan Lecturernya, dengan students nya, semua pakat bawa kereta. Tak masa kita dolo-dolo dak? Semua naik bas je. Tak ramai yang memandu ke kelas. Sekarang ni, mak bapak mampu ke idak, bebudak memang nak bawak kereta masing-masing ke kelas. Yang penting "senang nak ke kelas. Tamau naik bas berasak-rasak tu.." Bebudak sekarang la katakan... Sebab tu parking kereta yang UiTM sediakan masih tidak pernah mencukupi.

Asalkan anak-anak senang nak ke hulu ke hilir kat dalam UiTM ni, mak bapak kat kampung susah tak berkereta pun takpe. Kesian... Boleh ke guna 'biar papa, asalkan bergaya???'

Ok, back to the story. Hari ni aku dah nampak banyak papan tanda LTDL 2011 terpampang kat beberapa laluan di UiTM ni. Oh, baru aku tau LTDL 2011 akan melalui UiTM. Timbul rasa bangga di hati kejap apabila UiTM menjadi salah satu laluan untuk mamat-mamat dari seluruh dunia yang ada mengambil bahagian dalam cabaran berbasikal. Yelah, faham-faham la. UiTM mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau. Mungkin ianya menjadi  salah satu kriteria untuk LTDL 2011 memilih UiTM sebagai laluan berbasikal. Cuma aku tatau bila mereka akan start menggunakan laluan kat dalam UiTM ni. Mungkin hari ni, mungkin esok, lusa atau tulat?

Tapi apa yang pasti, time student dah balik kampung, time tengah lengang ni la mereka akan menggunakan laluan yang ada untuk berbasikal dalam cabaran LTDL 2011. Tapi rugi la, student sendiri tak dapat menyaksikan secara 'Live' pelumba-pelumba berbasikal melalui jalan-jalan di UiTM ni.

Ok, sempena CNY ni, aku mungkin akan start cuti hari Rabu. Tertakluk samada kerja banyak atau idak. Kalau kerja banyak, hari Khamis baru aku start cuti. Shopping? No shopping for this CNY. Duit yang ada kami simpan buat pelaburan di masa akan datang. Eceh..eceh...!

Yelah, sekarang dah tamau fikir shopping..shopping.. sebab keperluan dah terlaksana. Cuma kehendak yang perlu dipertimbangkan. Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah lebih kepada simpanan. Simpan di sini, di situ, dan di sinun. (kononnye la...) Kemudian, baru boleh fikirkan untuk pelaburan membeli aset., bukan liability. (eh tak reti la nak cakap pasal benda-benda ni..) Tak macam uols, sure dah bergunung ganang kan simpanan? Kami ni je baru takat tanah rata. Hiks!


Update: aku difahamkan, UiTM kampus Shah Alam dijadualkan sebagai Stage ke-10 iaitu stage terakhir dalam perlumbaan basikal yang akan berlangsung pada hari Selasa, 1 Februari 2011 sebelum pelumbaan ini akan ditamatkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur nanti.

Jadi, akan banyak aktiviti dianjurkan oleh pihak UiTM especially University's Sport Centre seperti senaman aerobik. Selain daripada itu terdapat juga nanti pertunjukan muzik tradisional seperti dikir barat, gamelan, kompang dan rebana ubi. Gerai-gerai juga akan didirikan bertujuan menjual makanan, minuman dan juga tujuan pameran. 

Jadi, sesiapa sahaja termasuk penduduk Shah Alam, dijemput memeriahkan aktiviti yang dianjurkan..

Sekian, berita disampaikan oleh Hilma Rashid (nama glamour i euwwww... hiks!)

Friday

AFTER 28TH DAY

Salam Jumaat uols,

Indah aje pagi ni kan.. sejuk, berkabus, mendung, tapi tuh la macam muram aje cuaca. Macam manapun aku memang suka cuaca gini. Nyaman je. Rushing-rushing pergi hantar anak pun takda berpeluh sangat. Kadang-kadang aku bangun pagi dan melihat ke jendela rumah, aku confius. Ni kabus ke jerebu? Pemandangan ke arah bandaraya Shah Alam memang seperti nampak tak nampak. Penuh dengan kepulan putih. Aku harap memang kabus yang menyelimuti pemandangan, dan bukanlah jerebu. (ada kawasan hutan kat Indonesia yang terbakar tak? Tak dengar berita pun kan...?)

So, hari ni hari Jumaat. Setiap hari Jumaat aku akan pakai baju kurung. Camimi juga begitu. Mana boleh kalau aku pakai baju kurung, dia tak pakai? Mau meraung dia suruh buka baju yang sedia dipakai tu dan mahu disarungkan baju kurung.

Jadi, kalau hari dia berbaju kurung, dia akan bersemangat untuk pergi school. Semangat tuh memang semangat, tapi seperti minggu-minggu sebelum ni, dia tetap menangis bila dah sampai kat classroom dia. Walaubagaimanapun, yang seronoknya hari ni dia tak nangis langsung. Fuhhhh... kurang sikit stress aku!

Aku dah siap pesan kat rumah lagi, kalau dah pakai baju kurung cantik-cantik ni jangan nangis pula. Shame-shame la. Malu dengan kawan-kawan yang tak nangis. Untuk sekian lama dia tak cakap, kali ni dia cakap macam ni "ok, tak nangis". Sebab selalu kalau aku pesan jangan nangis kat school, dia akan cakap "nak nangis juga, nak mommy"

Dalam kereta pun aku berpesan benda yang sama, dan dia cakap lagi "ok.. tak nangis la.." Em, harap-harap betul la dia tak nangis. Kang aku dah tinggalkan, nangis pula nanti. Stress la anak nangis pergi school. Sebab hati kita tak senang tengok anak macam tu. Kan lebih senang kalau anak masuk je classroom, terus dia cakap "babai mommy...!!"

Tapi, untuk hari ke-28 permulaan baru di tahun ini, Camimi tak nangis pun. Sambil memeluk badak (as usual...) dia masuk classroom dan terus join bebudak lain yang sedang mewarna. Tapi yang kelakarnya, Cik Jah paling dekat dengan pintu masuk dia buat tatau je. Menonong terus pergi kat Cikgu Ain. Kan dia punye peberet teacher is Cikgu Ain.. kih kih kih..

Kalau kawan-kawan nak tahu, Camimi ni kalau bukan aku yang jemput dia balik dari school nanti, mesti dia nangis tau walaupon daddy dia sendiri yang datang menjemput. Tengah seronok-seronok main playground waktu petang, bila nampak daddy dia yang datang jemput, dia dah start cebik nak nangis. Start la tanya "mana mommy? nak mommy... nak mommy"

Yelah, kekadang tu aku tak sempat nak ambil dia, terkandas dek kerja yang banyak kat ofis. Maklumla, dah akhir bulan. Macam-macam kerja la aku kena buat kan.. Jadi, nak memudahkan kerja, daddy Camimi yang paling dekat pun, tolong la jemput Camimi dari school. Tapi, gitu la jadinya. Dia tetap mahu mommy dia yang hantar dan ambil dia dari school. Bukan orang lain!

Note: Dan aku pasti, a mother is the best medicine for a growing child like Camimi.. Hehehhe jangan marah ye bapak-bapak...

Wednesday

WAJAH-WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Aku tatau nak buat entry pasal apa lagi. Padahal banyak je gambar-gambar yang aku ambil dan bebila masa leh masuk dalam fb ataupun blog dan bikin cerita. Tapi aku ni kira malas sikit nak story bebanyak pasal gambar. Tengok saja sudah la ye kawan-kawan...

So, kat bawah ni semua gambar-gambar pengubat duka lara aku. Tengok sendiri bisa membuatkan aku tersenyum. Hai, dikaula pengarang jantung hatiku wahai wajah-wajah kesayangan mommy..













 



  









Macam mana tak terketap-ketap gigi mommy kalau jumpa bebudak 3 orang ni? Grrrrrr...!

Ok dah boleh sambung buat kerja semula... :)

Tuesday

JUAL CEKODOK PON NAK TIPU



Credit to Google

Salah satu peberet kuih yang ada kat Malaysia ni adalah kuih cekodok pisang. Kadang-kadang waktu balik dari kerja tatau nak makan apa benda sebab perut masih kenyang walaupun tak makan nasi tengahari tadi. Tapi aku kena cari makanan juga sebab malam nanti lepas 8pm kalau lapar dah tak sesuai lagi untuk 'membaham' apa-apa makanan dah..

Petua pemakanan yang sihat, makan kena ikut time makan. Jangan skip or escape. Aku rasa ini basic je dan semua orang tau tentang perkara ni.

So, lepas balik kerja hari tu, aku pergi cari cekodok pisang. Dah lama tak makan sebenarnya. Dan kalau korang nak tahu, walaupon aku memang dari dulu suka makan cekodok pisang, tapi aku tatau macam mana nak buat cekodok pisang.

Aku rasa since 1 tahun yang lepas kot baru aku ada usaha sendiri nak ambil tahu macam mana caranya nak buat cekodok pisang. Dahsatttt kan aku ni?! Suka makan cekodok pisang tapi tak reti nak buat. Bila dah tahu camner nak buat, terasa "alahai.. senangnye nak buat cekodok pisang"

Sama la seperti kalau tengok mak aku masak daging kicap pedas manis. Makan punye la berselera. Tengok mak aku masak pun nampak senang je. Tapi bila time aku nak masak sendiri, tu ha... seribu satu soalan terbit kat fikiran.

Tapi kisah yang nak aku cakap kat sini pasal orang yang jual cekodok pisang tu. Tak done la aku nak balik rumah buat cekodok kat rumah. Balik rumah dah pukul berapa? Nak 'seng-seng' baju lengan untuk bersilat kat dapur plak dah makan masa. Sudahnya aku beli je la cekodok pisang kat Giant Stadium.

Yang tak bestnya, nak jual cekodok pisang pon ada hati nak menipu. Oh, yelah tak sengaja nak menipu kot. Kiranya 'ter-menipu' la tu kot..

Jual cekodok pisang 7 ketul = RM1. Aku tatau la kat tempat lain berapa. Tapi nampak lumayan la 7 ketul seringgit je?! Haih, leh order sepuluh ringgit ni. Tapi gile bapak nak makan 70 ketul apsal? Kata diet...? Ok, nak beli dua ringgit je. So leh dapat 14 ketul share-share dengan Camimi dan daddy dia.

Nampak mudah je si penjual kira seketul-seketul dia letak dalam plastik. 1, 2, 3, .....10, 11, 12. At the same time aku pon kirakan sekali dalam hati la.. Tak yah kira kuat-kuat buat apa kan? Tapi yang peliknya, aku kira sampai 12 dia dah serahkan plastik tu kat aku. Oh, mungkin aku tersalah kira kot. Bila transaksi dah dibuat, aku pon blah la. Dah tak sabar nak makan cekodok pisang ni. Haihhh..sedapnye!

Tapi, tetiba terasa nak kira berapa cekodok kat dalam plastik tu. Kira sekali ada 12 ketul. Kira kali ke-2 pon ada 12 ketul juga. Eh, rasa nak bersila atas lantai nak kira la berapa cekodok tu tadi. Kira kali ke-3 pon masih ada 12. Sah, mata aku tak juling atau rosak. Aku patah balik, cakap kat si penjual tu yang cekodok pisang ni tak cukup.

"Eh, tak cukup kak?" 

Then aku cakap "tak cukup la dik, kirala balik"

"Eh..eh.. tak cukup la kak. Hehhehe"

(_ _!)

Aku tatau nak cakap apa kat budak penjual tu. Takkan pasal cekodok pisang pun nak gaduh kat depan rezeki. So, kiranya aku dah pangkah la gerai tu. Tamau beli kat dia lagi. 

Mudah aje bagi aku, kalau sesuatu restoran atau gerai tu, ada buat 'tahi' gerenti aku dah tak datang lagi. Banyak lagi restoran yang baik, elok dan perihatin tentang pelanggan dia.

Note: teringat zaman aku kat teknik dulu. Bebudak lelaki yang aku dan kawan-kawan rapat aku minat dalam diam, kami gelarkan dengan nama buah-buahan atau sayur-sayuran. Pisang la, terung la, boncis la.. entah aku pon lupa apa lagi. Kenapa namakan macam tu? Jawapannya, entah! Saja suka-suka. Tapi bila dah besar, dah kawen ni, jangan la namakan macam tu. Bahayaaaaa...!

Monday

PEBERET TEACHER


Kali ni nak bercerita pasal Camimi lagi..


Kalau kita-kita kat sekolah dulu, mesti ada je cikgu yang baik-baik jadi cikgu peberet dak? Kalau cikgu yang garang-garang mesti tak suka. Malah nak anti cikgu tu dak? Ish.. kadang-kadang ada guru garang bertempat. Ada yang tak bertempat. Tapi kita still patut respect cikgu tu sebab dia menjalankan amanah semua orang untuk mendidik anak bangsa sendiri.

Camimi pun ada peberet cikgu. Kalau kat school lama, peberet cikgu dia adalah ibu. Kat school baru ni peberet cikgu dia ialah Cikgu Ain. Pandai kau pilih orang ye Camimi. Nak yang lawa-lawa dan masih belum kawin lagi ye.. Ibu Camimi kat school lama pun lawa. Kecik molek je orang nya. Tapi of course dah kawen. Masakan tidak si Erin kawan baik dia tu ada.

Masalah juga pada Camimi ni. Dalam satu kelas ada 2 cikgu. Cikgu Ain dan Cikgu Jah. Kalau Cikgu Ain takda, Cikgu Jah yang sambut Camimi masa datang pagi-pagi. Tapi Camimi tak suka Cikgu Jah. Garang katanya. Memang aku nengok pon garang cikgu tu. Kadang-kadang aku hantar Camimi pagi-pagi, Cikgu Jah bagi isyarat kat Cikgu Ain soh sambut Camimi. Ait, pelik la pula aku. Apsal eh macam tu? Sebab dia tahu Camimi tak suka dia atau dia memang malas nak layan budak yang suka nangis-nangis bila kena hantar dengan mak bapak diorang?




Tapi aku nengok Cikgu Jah layan budak ok je. Memang la dia garang. Kalau semua cikgu baik macam Cikgu Ain, takut ada yang tak makan saman nanti. Memang suara Cikgu Jah nyaring dan kuat. Badan pun boleh tahan gempal. Mungkin sebab tu Camimi takutkan Cikgu Jah. 

Tapi jadi masalah juga kat aku kalau Cikgu Ain bercuti ka, berhenti ka, jaga kelas lain ka. Cikgu Jah la yang kena sambut. Alamat nangis lambat berhentila Camimi nanti. Sampai hempas-hempas badan kalau Camimi disambut oleh Cikgu Jah. Tapi kalau Cikgu Ain yang sambut, nangis tu nangis juga. Tapi kejap je. Pastuh aku ngintai dah tak nangis dah. Ilmu apa Cikgu Ain ni pakai sampaikan tak sempat cukup sebulan Camimi dah suka pada dia.

Pagi-pagi nak pergi sekolah mesti Camimi tanya, Cikgu Ain ada tak? Siap cakap tamau Cikgu Jah, Garang! Tapi dia cakap kat aku je la. Kadang tu mana aku tau Cikgu Ain takda. Bila sampai kat sana, memang sah Cikgu Ain takda. Pergi klinik. Sudahnya Camimi meraung-raung hempas badan tamau Cikgu Jah. Dari jauh aku dengar Cikgu Jah pujuk-pujuk Camimi kata ada ulat dalam mulut kalau orang nangis-nangis ni. Tapi tangisan si Camimi tak berhenti-henti. Aduh...



Aku tahu memang susah nak jaga anak orang. Kadang tu aku tengok air muka diorang ni idaklah happy dan idakla ceria. Stress kot jaga anak orang ramai-ramai ni. Tapi kalau mereka ada idea dan cara yang sesuai dalam menjaga dan mendidik budak-budak kecil ni, mesti yang susah jadi senang. Yang penting kena ada strategi dan teknik mengambil hati budak sekaligus budak pasti akan suka kat mereka.

Note: Tiru macam saya.. sebab tu anak-anak buah dan anak sendiri suka dan rapat dengan aku. Hehhehe.. angkut bakul sendiri la weh...!

Friday

KEMBALI BERBLOGGING

I'm back!!

Kembali la aku berblogging setelah sekian lama menyepikan diri. Rasanya, dalam bulan Januari tahun baru ni, ini entry yang ke-2 kot. Entah, aku pon lupe tengok column kanan blog sendiri. Sedih plak, aku memulakan tahun baru dengan entry yang agak kurang. Kalau tiba mood nak menulis, macam-macam cerita aku update. Marathon sekali gus. Then aku buat auto-published. Idak la aku banyak masa nak tulis entry setiap hari.. :) Macam takde kerja pulak nanti orang tengok aku ni. Dok nak tulis entry kat blog je manjang..

Sebenarnya, aku baru kebah dari demam yang sangat menyeksakan. Tapi takpela, orang kata sakit sikit-sikit ni menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku harap dosa-dosa kecil aku terampun oleh Yang Maha Esa.

Aku start tak berapa nak sihat since 11/1 hari tu. Balik je dari kerja, aku dah rasa pening-pening ya amat. Husband pula balik lewat sebab dia ada kelas sampai ke malam. Tapi aku buat tak heran je sakit pening ni. Aku letak je minyak kapak keliling kepala, belakang telinga dan tengkuk then terus baring-baring atas katil. Cuma tak larat nak layan Camimi yang kerap bercakap dan minta itu dan ini.

Hari ni sakit-sakit kepala, esok terus demam. Tuhan je tahu rasa demam aku ni yang lain macam je. Tak larat ya amat! Badan memang weak terus. Tambah lagi aku memang takde selera nak makan. Bau-bau masakan dah start memualkan tekak aku. Hari ke-3 demam baru aku terasa nak pergi klinik. Walhal suami dah berkeras nak bawak pergi klinik since malam yang aku pening-pening tu lagi. Tapi sebab aku ni jenis kalau setakat pening-pening tu takyah la nak susah-susah pergi klinik. Membazirkan duit UiTM je. Sebab nanti sure doktor bagi aku sebakul ubat-ubatan. 

Itupon sebab aku dah start muntah-muntah dan cirit-birit. Opsss, ada yang tengah makan sambil baca blog aku ni ker? Ampun... jangan korang termuntah udah la ye..!

Kiranya pakej lengkap la demam aku ni. Dengan panas satu badan, pening, batuk, selesema, muntah dan cirit. Ha, jangan jeles! u all ada?!

Demam-demam macam ni pon aku terpaksa jaga Camimi yang tak ke school. Yelah, kalau pergi hantar Camimi ke school jangan harapla dia nak daddy dia je yang hantar. Bertuah! Mesti aku sekali kena ada. Dan aku la yang nanti kena hantar dia masuk ke classroom dia. So, kalau dah aku demam bagai macam tu, camner plak aku nak hantar dia kan? So, aku decided biarlah dia dok kat rumah je. Aku yang jaga.

Tapi memang tak larat sungguh orang demam ni jaga budak kecil macam Camimi tu yang tengah nak membesar. Fuihhh... rasa nak nangis je. Aku tengah sedap-sedap menepek atas katil dan dengan berkali-kali keluar bilik air sebab muntah dan cirit, Camimi pula syok nak minta itu dan ini pula. Mata aku pon tak larat nak buka dek penangan ubat-ubatan tapi Camimi still nak minta aku beri perhatian pada dia. Apa nak buat. Aku telan je la semua tu. Tapi kesal juga, orang lain demam, aku ada. Tapi aku demam, aku sendiri yang jaga. (teringat masa aku berpantang sorang-sorang kat sana dulu, sendiri masak, sendiri jaga anak, sendiri kemas rumah)

Dah hari Jumaat, demam dah kebah. Tapi muntah-muntah, cirit dan batuk masih ada. Si suami pula terpaksa tinggalkan kami berdua sebab dia kena ke Terengganu sampai hujung minggu. Memang rasa nak menangis je. Sedangkan kena tinggal sehari suntuk dengan Camimi time badan masih dalam keadaan lemah pun tak sanggup, inikan pula nak kena tinggalkan selama 3 hari. Tapi, yelah. Takkan nak abaikan tugas yang diamanahkan dak? Nasib baik rumah parents aku dekat. So, harapkan bantuan mak bapak aku je la.

Malam pertama ditinggalkan suami kerana tugas, aku bermalam saja kat rumah sendiri. Entah, aku ni jenis cerewet sikit. Aku rasa tilam rumah sendiri ni la tilam yang terbaik di seluruh dunia. Aku lebih selesa dan senang tidur kalau kat rumah sendiri. Macam tak biasa pula kat rumah mak bapak sendiri dak? Entah, cuma aku dah selesa tinggal kat rumah sendiri, jadi tidur pon aku mesti nak naik atas tilam sendiri.

Tapi malam ke-2, aku tidur kat rumah parents aku. Sebab malam pertama sebelum tu aku terkalih channel hantu. So, terus aku tutup tv dan masuk tidur. Lagipun parents aku dah berkeras suruh tidur sana memandangkan sakit demam aku masih belum pulih. Tidur malam kat rumah parents sendiri rasa tak berapa nak selesa walaupun itulah rumah yang telah aku huni selama 21 tahun. Mungkin sebab aku pon tak berapa sihat dan kepala pening-pening lalat lagi. (oh, teringat  kampung pening lalat)

Sekarang, sakit demam dah takde. Tinggal batuk-batuk je. Kalau korang nak dengar suara rock ni meh la rajinkan diri call aku. Untung-untung boleh dengar suara seksi aku. Kalau tak, dengar aku berbisik-bisik je la. Sebab suara aku malu-malu nak keluar lagi ni. Sampaikan Batrisyia (anak buah aku) yang suka kat aku tu pon sekarang dah tamau kat aku. Dia dengar suara mommy dia berbeza dari biasa, dia jadi takut dengan aku. Dengar aku tegur dia dengan suara serak ni, dia dah cebik ketakutan. Huhuhu...

Mesti korang rasa aku ni pregnant kan dengan termuntah-muntah bagai. Eh, taklah.. aku rasa tak kot. Sebab mana der 'buatan orang' sampai kena cirit-birit. Aku pon segan nak minta doktor cek urine aku masa pergi jumpa doktor hari tu. Jadi, doktor simpulkan sendiri yang aku ni terkena bakteria yang dah effect pada usus aku. Bakteria yang mungkin datang dari air yang aku minum atau makanan yang kotor. Entah, tak mungkin apa yang aku makan itu jadi sampai aku demam sekali. Sebab sebelum tu elok je aku makan dan minum benda yang sama. Takde apa-apa pun..

Mak aku pula tak habis-habis kata "ha.. ni nak melekat la tu.. nak melekat la tu.." Mak aku dah tak sabar nak timang cucu lagi. Yelah, Camimi tu dah besar sangat. Dah patut ada adik lagi. Tambah lagi, aku baru je lepas berurut 2 kali. Betulkan peranakan aku yang dah ternaik tinggi dan senget ke kiri. Amboi, mentang-mentang husband aku kidal, kau pon ikut ke kiri sekali ker? ;p Tapi, korang jangan tanya aku macam mana benda tu boleh ternaik. Sebab biasanya ada orang yang peranakannya jatuh ke bawah dan perlu dinaikkan.. Tapi aku punye ternaik sangat dan senget tak duduk tempat asalnya..

Tapi aku tak nafikan, lepas bersalinkan Camimi dulu mana der aku berpantang elok-elok. Takde orang jaga aku. Berurut dan bertungku apatah lagi. Aku siap pergi meluncur salji dan jatuh-jatuh atas snow bagai. Mesti korang geleng kepala kan? Tapi apa nak buat. Itulah pengorbanan yang terpaksa aku buat. Tapi aku tak pernah serik dan menyesal. Pasti ada hikmah dan habuan untuk orang-orang seperti aku ni..


Note: Lepas raya cina nanti aku kena tinggal lagi, dan kemudian lagi dan lagi. Bulan enam nanti lagila 2 minggu kena tinggalkan. Macam ni ada hati ke aku nak let go husband buat PhD sorang diri kat luar sana tanpa aku? Oh, tidakkkkkk!!

Wednesday

CAMIMI'S NEW SCHOOL

Salam u all..

newyearfireworks5667.gif

Oh sebelum terlupa, aku memang nak ucapkan HAPPY NEW YEAR to all my followers, silent readers and others too. Tak sempat aku nak buat entry new year sebab sangat sibuk dengan aktiviti kekeluargaan masa new year tempoh hari :) By the way, semoga azam u all semua yang tak sempat nak buat tahun lepas, boleh la carry forward ke tahun ni. Azam aku pulak? Next time aku cerita ok...?

Tahun 2011 ni, Camimi dah masuk school baru. Dah takde school kat ibu dia lagi dah. Sedih juga nak tinggalkan school lama Camimi. Aku yang feeling terlebih sudah.. Ibu memang sangat berbakti kepada kami laki bini sebab ada dia lah Camimi seronok nak pergi school. Ibu juga telah menjaga makan dan minum Camimi dengan baik sekali selama Camimi di sana. Semoga Allah hanya dapat membalas budi baik ibu sekeluarga. 

Hari terakhir Camimi kat sana, aku order mini muffin untuk bebudak makan. Nasib baik mini muffin sempat sampai hari Khamis petang. Kalau tak, berasap mini muffin tu sebab hari Jumaat dah dapat cuti sempena Malaysia menang AFF Piala Suzuki menentang Indonesia. Nak tak nak, aku memang kena hantar mini muffin kasi bebudak makan hari Khamis juga walaupun cadangnya hari Jumaat nak jamu bebudak tu semua. Dah rezeki mereka katakan... :)

Credit to Myminimuffin :)
Aku order 200 pcs. 100 pcs untuk bebudak kat nursery, while another 100 pcs untuk jamuan makan-makan sambut new year kat rumah cousin aku :)

So, Isnin adalah hari pertama Camimi masuk school baru. Aku tempatkan dia kat Taman Asuhan Taska dan Tadika di UiTM. Kalau korang ikuti perkembangan cerita aku, korang pasti ingat yang setahun lepas lagi aku dan buat permohonan untuk kemasukan Camimi ke Tadika tu. Tapi dah full! Sudahnya, masuk waiting list. Tahun 2011 baru dapat masuk ke situ.




Sudah tentu 2-3 minggu sebelum Camimi ke school baru, aku dah war-war kan kepada dia yang dia bakal memasuki school baru. No more ibu, no more Hanif (kawan gaduh dia), and no more Erin (kawan baik dia). Aku describe school baru dia macam mana. Supaya dia dapat gambaran tentang school baru dan secara tak langsung dia akan excited nak masuk school baru. Aku selalu menggunakan prinsip berterus terang kepada anak tentang apa yang akan dia alami dan lalui menjelang ke school baru.




Hari pertama Camimi ke school baru kelmarin, dia memang excited giler. Tengok kelengkapan dan kemudahan yang ada pada school baru seperti playground, swimming pool, toys and books. Juga ada new friends and new teachers. Tapi bila nak tinggalkan dia dengan kawan-kawan baru dan cikgu dia, menangis pula... Tapi biasalah, menangisnya kejap je. Bila cikgu dia dah pujuk, dah ok. 

Bila Camimi dah ok, aku laki bini nyorok-nyorok pergi. Memang terasa berat je hati nak tinggalkan Camimi kat tempat baru. Sayu pula aku rasa. Aku pulak feeling terlebih sudahhh.. Macam nak nangis pula sebab biasanya dia ada ibu, tapi kali ni takda. So, kalau dengan ibu tu aku dah percaya sangat. Tak payah nak pot pet pot pet. Ibu sendiri dah faham nak buat apa kalau Camimi jadi macam itu dan ini. Dengan cikgu baru ni aku tak confident lagi. Aku takut cikgu tu tatau nak buat apa kalau Camimi nangis. Takpun kalau Camimi lapar, tau ke yang aku dah bekalkan biskut dalam beg dia. Ke nak kena tunggu waktu makan baru leh makan? Risau..risau.. Gundah gulana aku dibuatnya.

Meanwhile, aku memang nak usha Camimi lagi. Tapi aku bagi masa. Aku pergi lepak kejap kat bilik ofis si suami. Teman dia punch card dan buat kerja sikit kat dalam ofis dia. Lagipun hari pertama students UiTM masuk belajar. Lecturer dah terpacak depan kelas tepat waktunya, tapi yang datang 2-3 kerat je. Sudahnya, kelas cancel. Postpone minggu depan. Dah selang sejam lebih, aku ajak si suami pergi tengok Camimi lagi. Hai, dah dekat dah. Dalam satu UiTM. Harusla bebila masa saja boleh usha Camimi buat apa kat school dia.

By the time aku datang, aku tengok Camimi tengah main toys. Aku pun nyorok-nyorok la di balik pintu dan dinding supaya kelibat aku tak terlihat oleh Camimi. Aku tengok dia tengah main seorang diri. Bebudak lain pun sama. Ada juga budak yang maknya masih teman kat dalam classroom tu. Ada juga yang sedang menangis. Tapi Camimi tengah main toys. Ini sudah bagus, dia dah tak nangis lagi macam tadi. Lega juga hati aku ni tengok anak happy, boleh main toys dan tak nangis. Sambil tu aku usha classroom lain. Ada classroom untuk 1 tahun, 2 tahun dan 3 tahun. Untuk baby juga ada. Suasana jadi agak kecoh dan bising dengan bunyi tangisan anak dan ada juga jeritan bebudak yang happy dapat bermain. Tapi masing-masing ada ruang yang tersendiri, jadi pencemaran bunyi itu dapat dikawal.

Kemudian aku berbalik semula ke kelas Camimi, kelas 4 tahun. Aku tengok dia dah ada kat tepi tingkap sambil kesat-kesat air mata. While cikgu kat sebelah dia sedang memujuk-mujuk dia. Ait...? Kenapa tetiba nangis pula? Camimi tengah menangis sambil jari dia menunjuk-nunjuk ke arah tingkap. Aku lihat apa yang dia tunjuk. Oh, rupanya dia sedang memerhatikan kereta yang suami aku parking kat area tu. Adoi, kantoi sudah. Dia nampak kelibat kereta kami rupanya. Walhal suamiku masih sedang menunggu aku kat dalam kereta tu. 

Tak sanggup la aku nak tengok anak nangis-nangis begitu. Terus aja aku kuak pintu bilik dan menunggu untuk Camimi menoleh ke arah aku. Bila saja Camimi pandang ke arah aku, terus aku depakan kedua-dua tangan untuk memeluk dia. Lari-lari dia ke arah aku sambil menangis-nangis. Alahaiii... tak sanggup la aku nak kasi orang lain jaga dia. Macam nak lari pergi kat ibu suruh sambung jaga Camimi pula. Tapi, sampai bila nak harapkan ibu kan...?

Camimi kata, dia tamau school kat situ. Katanya tak best! Buruk! Nak pergi school ibu katanya. Berbelah bahagi perasaan aku. Nak turutkan apa yang Camimi nak, atau nak turutkan apa kehendak sebenar kami? Aku sempat menyarungkan kaki Camimi dengan stoking dan pakaikan baju sejuk since aku sendiri terasa sejuknya berada dalam classroom tu. Aku dokong Camimi sambil pujuk-pujuk dia dan jalan-jalan sekitar kawasan itu sambil menjenguk-jenguk ke classroom yang lain. Tunjuk kat Camimi baby-baby yang baik tak nangis. Tunjuk juga pada Camimi abang-abang dan kakak-kakak yang sedang seronok bermain. Tunjuk kan juga kawan-kawan dia yang seronok menyanyi. Pastu aku bawa Camimi pergi kat daddy dia. Suruh pula daddy dia pujuk. Daddy Camimi dukung dan perlahan-lahan jalan ke classroom Camimi semula.



Sampai kat classroom, cikgu Camimi ambil alih pula. Dia datang nak dokong Cammi sambil memujuk-mujuk yang mereka akan ke playground selepas ini. Terus saja Camimi berhenti menangis. Cikgu tu bawa Camimi tengok classroom sebelah yang terdapat bebudak 3 tahun sedang bermain. Perlahan-lahan kami menyusup keluar dan pergi. Nak ikutkan memang berat hati betul aku nak lepas kan Camimi pergi. Aku rasa daddy Camimi tak rasa apa yang aku rasa. Sebab muka dia relax aje. Siap ajak aku pergi breakfast pula.

Sebelum aku bertolak untuk breakfast, aku mengintai Camimi di balik tingkap luar tadika. Camimi masih didokong oleh cikgu yang tadi, sambil melihat-lihat classroom 3 tahun di sebelah. Aku lihat dia sudah tak nangis lagi. Malah tidak pula tercari-cari kelibat aku. Aku lega sedikit... sikit je la.. tapi hati masih gundah gulana :(

Oh, balik dari breakfast aku memang nak usha Camimi lagi. Kali ni aku datang, dia sedang main playground dengan classmates dan diperhatikan oleh 2-3 orang cikgu. Masih memakai baju sejuk? Nak aja aku pergi tolong buka kan baju sejuk dia. Buat apa berlari-lari dan main di playground sambil pakai baju sejuk? Kang kalau aku pergi, kantoi sudah. Nanti nangis lagi dia bila nampak kelibat aku dan kereta. Tapi aku rasa mesti Camimi yang tamau buka jacket sejuk tu. Dia memang suka pakai baju sejuk. Macam mommy dia juga. Keluar rumah pakai baju berlapis-lapis.. :)

Bila aku tengok dia berlari-lari dan berkejar-kejaran dengan kawan-kawan dia yang lain aku jadi lega. Aku rasa boleh tarik nafas yang amat dalam. Aku rasa mungkin Camimi dah boleh serasi dengan environment baru. Aku harap begitu la. Kalau tak macam mana aku nak pergi kerja kalau hati tak senang? Ayik nak fikirkan anak je? Itulah sifat seorang ibu. Aku rasa daddy Camimi idaklah rasa apa yang aku rasa. Dia relax aje. Sebab tu la Camimi tu lebih rapat dengan aku :p

Isnin lepas memang aku cadang nak ambil cuti sehari. But since Camimi ok kat school, aku langsung tak jadi ambil cuti. Aku terus juga ke ofis lepas usha Camimi kat playground tadi. Aku tau banyak kerja terbengkalai kalau aku tak masuk ofis. Account nak kena update. Payment nak kena buat. Hutang nak kena kutip. Invoice nak kena buat. Job banyak yang nak masuk, perlu buka file baru. Kena contact orang ini dan itu. But everything aku dah setel by the time of 1 tengahari. Since bos pon kasi kelonggaran pada aku, aku cadang nak ambil Camimi awal sikit dari biasa. 

Lepas lunch dengan husband, aku terus ke school Camimi. Oh, bebudak baru lepas mandi. Aku tengok dia tengah betul-betulkan baju yang dipakainya. Kemudian, nak sarungkan seluar pula. Mereka dilatih untuk memakai baju dan seluar dengan sendiri. Camimi takda masalah rasanya. Sebab biasanya pun dia memang boleh pakai baju dan seluar dengan sendiri. Cuma aku nak kena control la samada depan atau belakang baju dan seluar nya.


Aku masih menyorok di balik pintu dan dinding. Lepas dia complete pakai baju dan seluar, cikgu sikatkan rambut dan bedakkan muka dia. Kemudian, dia sendiri pergi ambil biskut tiger yang aku bekalkan dalam beg dia. Makan sambil duduk dan memerhatikan kawan-kawan dia yang lain terkial-kial pakai baju. Camimi ni jenis yang makan sedikit tapi kerap. Kang sekejap-sekejap dia akan minta biskut la, coco crunch la, bun kaya la. Tapi bila time makan nasi, dia kureng sikit. Ikut mood la. Kadang makan nasi banyak, kadang sikit. (ikut perangai aku masa pregnant kan dia. Sampai ke besar la Camimi gini ker?)


Tak lama lepas tu, aku tunjukkan diri aku pada Camimi. Aku kuak pintu dan tunggu untuk Camimi pandang ke arah aku. Wah.. bercahaya betul muka Camimi! Hahhaha.. sungguh happy tengok mommy dia ada. Apa lagi? Sepantas kilat dia tau aku datang nak ambil dia. Terus aje dia capai beg sorong dan backpack dia kasi kat aku. Kelam kabut juga cikgu-cikgu dia kemaskan beg dia untuk dibawa balik. Aku bawa balik dia awal dari biasa. Hari tu aje la. Hari-hari lain aku akan ambil seperti biasa.


Dalam kereta, Camimi tak habis-habis cerita itu dan ini. Lagipun aku memang nak tahu apa yang dia buat kat school, dan apa cikgu buat pada dia kat sana. Paling aku kesian bilamasa dia kata time dia tidur. Tetiba hujan dengan guruh sekali. Camimi nangis sorang-sorangi tanpa cikgu memujuk dia. Oh, Camimi memang takutkan guruh. Kebiasaannya aku akan peluk dia dan cool kan dia. Tapi, bila aku dengar dia nangis sorang-sorang while cikgu takda buat apa-apa pada dia, aku rasa kesiaaaannn sangat kat anak sendiri. Masakan dia nangis cikgu tak buat apa-apa?


Tak seperti ibu, ibu tahu jalankan peranan dia dalam situasi begitu :(


Itula, kebiasaanya kalau ada yang baru, pasti teringat pada yang lama. Mula la membeza-bezakan antara satu sama lain dan sendiri membuat penilaian. Tapi tak adil la kan, kat tempat baru, hanya beberapa hari saja. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan sendiri. Kita tunggu dan lihat saja la dulu. Harap-harap Camimi dapat serasikan diri dalam masa setahun ni. Kalau tak ok, aku sekolahkan dia satu tempat dengan cousin dia, Qira tahun depan. Just kat depan rumah abang aku tu je. Senang laaaa sangat! :)


Note: Panjang berjelar cerita aku kali ni. Buat kenang-kenangan supaya one day Camimi sendiri boleh baca dan tahu bagaimana pengorbanan dan perasaan seorang ibu dalam menyekolahkan anak dia.. T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...