Yup, Camimi la.. siapa lagi yang pakai lampin pakai buang? Senang cerita, Camimi pun panggil 'pampers'. Walaupun bukan guna brand Pampers, tapi tetap panggil drypers sebagai 'Pampers'.
Kami target, sebelum umur dia mencecah 3 tahun bulan sebelas ni, make sure Camimi dah tak pakai pampers. So far, syukur. Camimi sekarang dah tak pakai pampers. Dok rumah tak pakai pampers, tidur siang tak pakai juga. Pergi jalan-jalan pun tak pakai juga. Cuma nak tidur malam dan time dia buat popo (buat projek) je kene pakai pampers. Lain-lain masa dia wee wee (kencing) dalam porty (WC) bilik air.
Kat school pun dah minta kat ibu untuk pantaukan kalau-kalau Camimi nak wee wee atau popo. Tak nafikan, pernah juga Camimi terbabas. Dah wee wee baru nak cakap yang dia mahu wee wee. So jenuhla ibu dia membasuh mana-mana kawasan yang dah berterabur. Kat rumah juga macam tu. Kadang dia ter-wee wee kat atas lantai. Kadang, kat dalam seluar je. Mujur tak pernah lagi ter-wee wee atas carpet, tilam atau sofa. Kalau tak, jenuh juga nak membersihkannya.
Bagi saya, nak training budak tak pakai pampers memang ada banyak dugaannya. Cuma kena selalu bersabar la sebab awal-awal training period memang budak akan selalu terkucil, tak sempat nak cakap. Tapi dah lama-lama dia akan terbiasa. So, memang kena take risk la.
Kena selalu bertanya kat anak kalau-kalau dia nak wee wee. Memang kena sentiasa si ibu ringankan mulut. Sebab kadang-kadang si anak terlalai tengok tv dan bermain. Tak sedar dah terkucil. Kadang tu, kena rajin pimpin tangan anak ke toilet dan suruh dia wee wee. Sebab selalunya si anak cakap tamau wee wee sebab dia dok seronok nak main toys atau leka tengok tv. Tapi bila suruh wee wee dalam porty, banyak juga hasilnya. So, kesimpulannya dia memang mahu wee wee tapi sanggup menahan!
Macam Camimi just baru start tak pakai pempers masa start cuti nak raya hari tu. Masing-masing kami laki bini cuti dan dok kat rumah, so time tu la masa yang paling baik nak train Camimi. Tambahan pula cousin dia yang tua 6 bulan tu dah tak pakai pampers lagi. Mama dan papa dia dah train awal-awal juga. So, Camimi pun dah terikut sama. Lagipun papa dia (my eldest brother) selalu ngusik Camimi bila pakai pampers. So, lama kelamaan Camimi sendiri segan dengan papa dia sebab disakat masih memakai pampers walaupun dah besar.
Awal-awal training period dulu, bila nak pergi mana-mana even ke rumah nenda dan tokanda dia, mesti dia tamau pakai pampers sebab takut papa dia nampak yang dia masih berpampers. Kalau nak popo dia akan suruh cepat-cepat pakaikan pampers, then suruh cepat-cepat cebuk kan. Takut papa dia nampak. Kecil-kecil lagi dia dah tahu makna segan bila papa dia dok usik dia masih pakai pampers lagi.
So, kesimpulannya masing-masing kena mainkan peranan terhadap anak yang hendak dilatih untuk tidak memakai pampers.
Dulu sebelum stick to satu jenis pampers, macam-macam brand kami try. Drypers, Mamipoko, Pet-Pet, dan Huggies. Nak cari jenis mana yang sesuai dan selesa bagi anak memakai. Sudahnya pampers Huggies la yang terbaik buat Camimi. Paling suka stickers dia. Kalau dah pakai, then tanggal, then nak pakai balik, stickers dia tak kan mendatangkan sebarang masalah. Kemudian, getah pada pinggang dia. Tak pernah buat kulit Camimi kemerah-merahan. Tak de gatal-gatal, dan melecet. Huggies ultra pakai waktu tidur memang tak kan pernah bocor. Lapisan cotton dia tebal dan mampu menyerap bila kebasahan. Tapi, kalau nak buat stock untuk travelling, kami akan memilih dryper pants, atau mana-mana jenama yang pakai seperti pants. Senang sikit dan sesuai untuk memakainya. So, buat stock letak dalam kereta.
Sekarang Camimi dah tak pakai pampers, perbelanjaan untuk anak sudah semakin kurang. Tambahan pula, susu Anmum yang Camimi minum pun dah tak sekerap seperti dahulu. Cuma kena sediakan minuman alternatif dia la. Jadi, idak la dia nak cari susu je manjang! Bila dah minum banyak, wee wee pun kuat. Jadi masa awal-awal training dulu memang kena asyik menanya la samada dia nak wee wee atau tak. Cuma sekarang dia dah biasa, jadi kalau dia minum banyak, dia sendiri akan cari toilet nak wee wee.
Cerita pasal minuman alternatif ni, lain hari kita cerita ok..?
Dah.. babai..!
1 comment:
tahniah camimi :-) jimat duit mama kan.. hehe
Post a Comment