Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

MASAKAN TERBAIK DI DUNIA

Salam guys..

Ini adalah entry pertama untuk bulan Oktober. Saya masih belum berkemampuan untuk menanam azam satu hari satu entry. Masa itu sangat-sangat mencemburui saya. :)

Hari ni hari Jumaat. Saya bercuti. Jadi, saya jaga Camimi sepanjang hari. Dia tak perlu dihantar ke school. Padahal that little girl dah excited tunggu hari Jumaat sebab dia boleh pakai baju kurung dan bertudung sedondon. Dan hari ini juga secara tak langsung saya memegang title sebagai fully housewife..

Saya dah berpesan pada si suami untuk solat Jumaat di masjid yang berdekatan dengan rumah dan makan tenghari di sini juga. Sebab hari ni saya mahu masak!! yeayyy..

Tak da apa yang istimewa dengan masakan saya. Takde la lauk pauk yang pelbagai dan sedap-sedap sampai menjilat jari. Cukup sekadar sup ayam dan ikan bilis goreng. Tapi budak kecil yang bernama Camimi ni makan bertambah-tambah!

Habis saja masak dalam pukul 11 pagi lebih (menu mudah main campak-campak saja dah siap!) Camimi kata dia mahu makan. Daddy Camimi pulak pukul 12.30 tengahari nanti baru habis kelas, nak tunggu dia balik mungkin lambat sangat. Camimi dah lapar so baik biar saja Camimi makan dulu (padahal pagi tadi Camimi dah makan nasi lemak kosong)

Time tu saja, 2 kali Camimi makan bertambah. Hai sedap sangat la mommy dia masak ye? Kejap nak suap sendiri, kejap saya kena suapkan. Tak kesahla kan... asalkan dia mahu makan. Then bila daddy dia dah balik, kami laki bini pula makan bersama, Camimi still mahu makan juga. Menambah-nambah makannya. Tapi biasala budak kecil. Sekali makan bukan nya letak nasi banyak-banyak macam orang dewasa makan. Sukatan separuh senduk pun dah memadai. Kebetulan kalau sekali kami makan, just masak nasi 1 cawan je. Kadang-kadang nasinya berlebih. Kadang-kadang cukup-cukup aje! Sebab tu beras 5kg kami boleh tahan sampai separuh tahun :p

Ni belum lagi cerita kalau saya masak macaroni goreng or spagheti goreng or meehun goreng. Suka sungguh Camimi makan! Yelah, sekarang time dia nak membesar, makan pun rancak aja gayanya! Tambah lagi mommy Camimi yang tak pandai masak mana ni yang hidangkan. Tak sedap pun jadi sedap ye..?

Biasala... seorang ibu memasak dengan penuh kasih sayang untuk anak-anak dan suaminya. Sebab tu masakan si ibu adalah masakan yang terbaik di duniaaaaa...

note: bukan saja si anaknya makan bertambah-tambah, malah si bapaknya pun makan sambil menjilat-jilat jarinya. hehehheh

1 comment:

lily lotus said...

dah lama rasanya tak masak lunch untuk husband dihari kerja. jeles ni..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...