Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Friday

NO MORE DRYPERS

Yup, Camimi la.. siapa lagi yang pakai lampin pakai buang? Senang cerita, Camimi pun panggil 'pampers'. Walaupun bukan guna brand Pampers, tapi tetap panggil drypers sebagai 'Pampers'.

Kami target, sebelum umur dia mencecah 3 tahun bulan sebelas ni, make sure Camimi dah tak pakai pampers. So far, syukur. Camimi sekarang dah tak pakai pampers. Dok rumah tak pakai pampers, tidur siang tak pakai juga. Pergi jalan-jalan pun tak pakai juga. Cuma nak tidur malam dan time dia buat popo (buat projek) je kene pakai pampers. Lain-lain masa dia wee wee (kencing) dalam porty (WC) bilik air.

Kat school pun dah minta kat ibu untuk pantaukan kalau-kalau Camimi nak wee wee atau popo. Tak nafikan, pernah juga Camimi terbabas. Dah wee wee baru nak cakap yang dia mahu wee wee. So jenuhla ibu dia membasuh mana-mana kawasan yang dah berterabur. Kat rumah juga macam tu. Kadang dia ter-wee wee kat atas lantai. Kadang, kat dalam seluar je. Mujur tak pernah lagi ter-wee wee atas carpet, tilam atau sofa. Kalau tak, jenuh juga nak membersihkannya.

Bagi saya, nak training budak tak pakai pampers memang ada banyak dugaannya. Cuma kena selalu bersabar la sebab awal-awal training period memang budak akan selalu terkucil, tak sempat nak cakap. Tapi dah lama-lama dia akan terbiasa. So, memang kena take risk la.

Kena selalu bertanya kat anak kalau-kalau dia nak wee wee. Memang kena sentiasa si ibu ringankan mulut. Sebab kadang-kadang si anak terlalai tengok tv dan bermain. Tak sedar dah terkucil. Kadang tu, kena rajin pimpin tangan anak ke toilet dan suruh dia wee wee. Sebab selalunya si anak cakap tamau wee wee sebab dia dok seronok nak main toys atau leka tengok tv. Tapi bila suruh wee wee dalam porty, banyak juga hasilnya. So, kesimpulannya dia memang mahu wee wee tapi sanggup menahan!

Macam Camimi just baru start tak pakai pempers masa start cuti nak raya hari tu. Masing-masing kami laki bini cuti dan dok kat rumah, so time tu la masa yang paling baik nak train Camimi. Tambahan pula cousin dia yang tua 6 bulan tu dah tak pakai pampers lagi. Mama dan papa dia dah train awal-awal juga. So, Camimi pun dah terikut sama. Lagipun papa dia (my eldest brother) selalu ngusik Camimi bila pakai pampers. So, lama kelamaan Camimi sendiri segan dengan papa dia sebab disakat masih memakai pampers walaupun dah besar.

Awal-awal training period dulu, bila nak pergi mana-mana even ke rumah nenda dan tokanda dia, mesti dia tamau pakai pampers sebab takut papa dia nampak yang dia masih berpampers. Kalau nak popo dia akan suruh cepat-cepat pakaikan pampers, then suruh cepat-cepat cebuk kan. Takut papa dia nampak. Kecil-kecil lagi dia dah tahu makna segan bila papa dia dok usik dia masih pakai pampers lagi. 

So, kesimpulannya masing-masing kena mainkan peranan terhadap anak yang hendak dilatih untuk tidak memakai pampers.

Dulu sebelum stick to satu jenis pampers, macam-macam brand kami try. Drypers, Mamipoko, Pet-Pet, dan Huggies. Nak cari jenis mana yang sesuai dan selesa bagi anak memakai. Sudahnya pampers Huggies la yang terbaik buat Camimi. Paling suka stickers dia. Kalau dah pakai, then tanggal, then nak pakai balik, stickers dia tak kan mendatangkan sebarang masalah. Kemudian, getah pada pinggang dia. Tak pernah buat kulit Camimi kemerah-merahan. Tak de gatal-gatal, dan melecet. Huggies ultra pakai waktu tidur memang tak kan pernah bocor. Lapisan cotton dia tebal dan mampu menyerap bila kebasahan. Tapi, kalau nak buat stock untuk travelling, kami akan memilih dryper pants, atau mana-mana jenama yang pakai seperti pants. Senang sikit dan sesuai untuk memakainya. So, buat stock letak dalam kereta.

Sekarang Camimi dah tak pakai pampers, perbelanjaan untuk anak sudah semakin kurang. Tambahan pula, susu Anmum yang Camimi minum pun dah tak sekerap seperti dahulu. Cuma kena sediakan minuman alternatif dia la. Jadi, idak la dia nak cari susu je manjang! Bila dah minum banyak, wee wee pun kuat. Jadi masa awal-awal training dulu memang kena asyik menanya la samada dia nak wee wee atau tak. Cuma sekarang dia dah biasa, jadi kalau dia minum banyak, dia sendiri akan cari toilet nak wee wee. 

Cerita pasal minuman alternatif ni, lain hari kita cerita ok..?

Dah.. babai..!

Tuesday

BULAN STRUGGLE

Rasa-rasanya bulan November akan datang ini bakal menjadi bulan yang penuh struggle. Kalah bulan-bulan lain especially masa nak raya hari tu. Kenapa?

Aduh.. bulan November ni la kami laki bini nak renew road tax kereta, nak renew insurance kereta, nak buat service kereta dan paling penting nak celebrate birthday si pengarang jantung hati sekecil molek tu..!

Dan perkara-perkara ni bakal dilalui kami saban tahun. Uwaaa... nape dapat kereta dulu bulan November juga...? Nape bukan bulan lain? Bulan November juga bulan cuti sekolah. Time tu la nak pergi makan angin sana sini sinun. Sekali lagi uwaaaaaa...!

Tapi nasib baik bukan buat major service kereta. Kalau tak sekali lagi uwaaaaa...!!

Esok-esok Camimi dah masuk sekolah, bulan November la time nak pergi beli baju sekolah baru, buku sekolah baru, kasut sekolah baru dan segalanya yang baru. Meh kita uwaaaaaaa... lagi sekali!! Dan mungkin masa tu bukan Camimi seorang, tapi dah ada seorang dua adik dia. Uwaaaaa...!!

Takpela, kehadiran anak-anak dalam ikatan sesebuah keluarga kan mendatangkan rezeki yang diturunkan oleh Allah. Maka dengan itu, saya pasti tentu ada rezeki di mana-mana untuk hamba-hambaNya.. Amin..

Monday

BIRTHDAY BELOVED HUSBAND

Uwaaa... ini lagi entry sudah basi. Sudah lama tapi baru sekarang mahu update. Maap ye kalau sesiapa rasa boring sebab asyik-asyik lambat update. Benda dah lama baru nak update, baru nak cerita. Sorry.. naik lorry!

My husband's birthday actually on 15 September. So, dengan senang hati saya nak belanja the whole family makan malam sempena meraikan harijadi suami yang ke-29. Dah tua daaaah... Hehhe..

Biasanya macam inila rutin kami sekeluarga dalam setahun. Birthday siapa pada hari tertentu, maka dia dengan senang hati akan invite untuk pergi makan malam dan belanja semua orang. Ye, dia yang akan belanja :) Kiranya banyak kali la family gathering kami dalam setahun. Belum masuk time weekends. Biasanya kami akan berkumpul kat rumah parents or rumah saya sendiri untuk makan bersama-sama. Tak semestinya lauk pauk kene grand. Kadang-kadang makan lauk-lauk yang biasa pun dah seronok. Ok, itu lain cerita. Kali ni kita cerita dulu tentang makan malam sempena birthday husband. :)

Ruang makan konsep ala-ala arab di Sahara Tent, Shah Alam. ~ kami tak sempat book meja macam ni, kalau tak lagi merbeles!~


 Deco alatan muzik arab

Meja makan kat bawah khemah sana pun dah kena book!


 Birthday boy (what?! still a boy?!) and the daughter (people still confusing whether my daughter is a boy or girl? Sebab rambut dia macam budak lelaki, macam cendawan!)


Mandi Chicken

Arabic Salad

Sahara Chicken

Beriyani Chicken

Kebab


Tak semua gambar diambil sebab kebanyakan kami order 2-3 menu yang sama. Ate, dah tekak masing-masing sama je

My brother  datang paling lewat, tapi dia makan dulu! tak aciiii!!

Untuk birthday boy, my parents hadiahkan perfume. Tahun lepas, mereka hadiahkan jam tangan. Pakai lagi dan masih dijaga rapi sampai sekarang.. :) Hai, untungnye menantu Pak Rashid semua ye? Treat them just like your own kids.. :)

Terima kasih keluargaku bahagia..! :))))

Friday

BIRTHDAY PAPA

Salam u all..

Lama juga tak update blog ye? Awatla malas sangat ni? Biz online pun tak sempat nak jalan. Bukannya apa, kerja kat ofis ada je nak kena buat. Bagusla begitu. Saya lebih suka banyak kerja daripada memikirkan bila nak pergi shopping ye? tak pun bila nak pergi buat spa ye? Oh, salun rambut pun dah terskip-skip ni.. Perabih duit je keje ye?! Kalau simpanan duit setinggi gunung Everest takpe juga ye? Tarah pun takkan luak!

Lebih-lebih lagi dah dekat birthday Camimi. Masih tengah berfikir-fikir nak celebrate macam mana. Tempat pun tak decide lagi. Ahh.. apa-apa la labu oiiii..!

Kali ni nak update cerita tentang birthday my father masa bulan Ramadhan hari tu.. Ye, bulan Ramadhan. Sudah lama ditelan dek zaman.

Bertarikh 19 Ogos hari tu (tapi birthday my father is 20 Ogos), my father dah tempah satu meja kat SACC Convention Centre untuk berbuka puasa bersama. Unfortunately 2 tempat kosong terpaksa batal sebab my brother and his gf tak jadi datang. Jadi kami makan ber lima saja termasuk kakak ipar dan 2 orang anaknya. Suasana jadi kurang happening sebab tak cukup korum la.. :(
Tambah lagi tak happening sebab my elder brother and youngest brother pun takde. :((((

Bagaimanapun, buka puasa tetap diteruskan. Kami makan saja apa yang dihidangkan di meja buffet. Rugi tak rasa semua! :p

Camimi dah siap standby nak nyanyi lagu 'happy birthday toknda' 



 dan Qira la akan menjadi penyanyi utama nya ~ sebab dia yang ajak Camimi nyanyi sama-sama


 Batrisyia still small la.. tak leh nak nyanyi lagi ~ u... aa... uuu... aaa.... je la..!


uwaaa.. meja siapala ini? tak mau ngaku laaa!!


 kami dah siap ambil lauk banyak-banyak, dah jadi 'lauk hidang' basis!


 ambil apa saja beb! tak larat nak beratur. punyala ramai makhluk yang nak berbuka puasa sama-sama


 uwaaa..macma-macam ada! ada anak kecik memang tak done la nak pergi beratur amik lauk bagai. Diorang bukan nak makan sangat. Asal kita angkat montot, time tu la nak ikut. Kang kita sibuk nak tengok lauk apa yang nak dikaut, dia plak ntah merayau ke mana...


 ini memang kegemaran kami. makan buah mesti nak letak asam boi serbuk! marbeles!!!


 ha.. ini bukan nasi 2 jenis sepinggan untuk makan seorang. Ini untuk dikaut oleh sesiapa yang rasa nak makan nasi saja..


 tamau makan nasi, kita makan sate, ratah lauk atau makan makanan yang lain. Bagi saya (bagi saya la.. bukan orang lain) kalau pergi makan buffet, saya tamau ambil nasi. Sebab nanti cepat kenyang beb! Padahal lauk macam-macam terhidang. Rugi tak dapat rasa semua walaupun rasa sikit!




Kami memang sengaja tak beli kek birthday untuk my father. Kalau dah ada kek tu, rasa-rasanya korang nak makan kek ke kalau tengok macam-macam lauk yang ada sedia untuk disental?!

So, tahun ni no cake ye papa. Kami just bagi a little present just for u from Bonia, his favourite boutique!

Gambar SIL saya pun tak sempat nak ambil. Sebab masing-masing sibuk nak pergi kaut apa-apa lauk yang menjadi idaman hati. Gambar my beloved hubby pun tarak. Hehhe.. dia pergi beratur nak ambil kuey teow goreng kesukaan isterinya :p
Dan saya, gambar sendiri semestinya tak berapa suka nak snap. Sibuk nak jadi cameraman tak bertauliah, so kat atas tu aje la hasil-hasil tangkapan yang sempat dibuat.

Oh ye, gambar lokasi dan tempat berbuka sekeliling pun tak diambil. Tak teringat la beb sebab makanan semua dah ada depan mata.. hehhehe lupa semua!

note: so, happy birthday to my beloved father a.k.a. my boss! hehhehe...

MASAKAN TERBAIK DI DUNIA

Salam guys..

Ini adalah entry pertama untuk bulan Oktober. Saya masih belum berkemampuan untuk menanam azam satu hari satu entry. Masa itu sangat-sangat mencemburui saya. :)

Hari ni hari Jumaat. Saya bercuti. Jadi, saya jaga Camimi sepanjang hari. Dia tak perlu dihantar ke school. Padahal that little girl dah excited tunggu hari Jumaat sebab dia boleh pakai baju kurung dan bertudung sedondon. Dan hari ini juga secara tak langsung saya memegang title sebagai fully housewife..

Saya dah berpesan pada si suami untuk solat Jumaat di masjid yang berdekatan dengan rumah dan makan tenghari di sini juga. Sebab hari ni saya mahu masak!! yeayyy..

Tak da apa yang istimewa dengan masakan saya. Takde la lauk pauk yang pelbagai dan sedap-sedap sampai menjilat jari. Cukup sekadar sup ayam dan ikan bilis goreng. Tapi budak kecil yang bernama Camimi ni makan bertambah-tambah!

Habis saja masak dalam pukul 11 pagi lebih (menu mudah main campak-campak saja dah siap!) Camimi kata dia mahu makan. Daddy Camimi pulak pukul 12.30 tengahari nanti baru habis kelas, nak tunggu dia balik mungkin lambat sangat. Camimi dah lapar so baik biar saja Camimi makan dulu (padahal pagi tadi Camimi dah makan nasi lemak kosong)

Time tu saja, 2 kali Camimi makan bertambah. Hai sedap sangat la mommy dia masak ye? Kejap nak suap sendiri, kejap saya kena suapkan. Tak kesahla kan... asalkan dia mahu makan. Then bila daddy dia dah balik, kami laki bini pula makan bersama, Camimi still mahu makan juga. Menambah-nambah makannya. Tapi biasala budak kecil. Sekali makan bukan nya letak nasi banyak-banyak macam orang dewasa makan. Sukatan separuh senduk pun dah memadai. Kebetulan kalau sekali kami makan, just masak nasi 1 cawan je. Kadang-kadang nasinya berlebih. Kadang-kadang cukup-cukup aje! Sebab tu beras 5kg kami boleh tahan sampai separuh tahun :p

Ni belum lagi cerita kalau saya masak macaroni goreng or spagheti goreng or meehun goreng. Suka sungguh Camimi makan! Yelah, sekarang time dia nak membesar, makan pun rancak aja gayanya! Tambah lagi mommy Camimi yang tak pandai masak mana ni yang hidangkan. Tak sedap pun jadi sedap ye..?

Biasala... seorang ibu memasak dengan penuh kasih sayang untuk anak-anak dan suaminya. Sebab tu masakan si ibu adalah masakan yang terbaik di duniaaaaa...

note: bukan saja si anaknya makan bertambah-tambah, malah si bapaknya pun makan sambil menjilat-jilat jarinya. hehehheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...