Minggu ni dah start course saya. Hari Rabu hingga Khamis, company hantar saya untuk amibil course kat Singgahsana Hotel. Course start dari kol 9 pagi sampai 5 petang. Sehari suntuk gak la saya kena duduk kat sana.
Bagusla juga sebab saya diterap untuk belajar benda yang baru. Seperti yang kawan-kawan sedia maklum, 5 tahun saya belajar kat UiTM ambil field lain, tapi bila balik dari Germany saya dapat kerja field lain. Harap jangan la saya mengantuk layan ceramah pagi-pagi buta. Berbaloi jugak la harapnya company bayar mahal-mahal. Dah la makan cukup! Tea breaks, lunch, hi-tea bagai. Kang dah elok turun badan sikit, naik plak beberapa kilo untuk 2 hari ni. ~sigh~
So, nanti decide samada nak minta si suami hantarkan atau drive all alone!
Esok pepagi buta nak hantar kereta buat major service. Kat situ dah kopak dah dekat RM600 lebih. RM600 tu beli baju raya murah dan tudung raya murah boleh rembat sampai 2-3 pasang! Raya sakan aku gitu jadinya. Tapi nak buat macam mana. Adatla kalau dah pakai kereta. Semua cost tu kena bear in mind, kata orang...
Kalau macam tu pepagi buta nak kena hantar Camimi pergi school. Alamat esok saya kenala cari trick nak bagi Camimi bangun tidur cepat. Senang aje! Masa kejutkan Camimi tu, cakap yang hari ni dia nak pakai baju kurung tak? Believe it or not, sepantas kilat mata dia akan celik!
Yup! Camimi suka berbaju kurung. Suka bertudung. Kalau pakai skirt pendek-pendek, dia sure nak pakai seluar tight panjang kat dalamnya. Kadang-kadang gaun dah cukup labuh sampai betis pun mahu pakai seluar lagi. Kadang sampai bergaduh saya tak bagi dia pakai seluar kat bahagian dalam sebab khuatir dia akan kepanasan di school nanti. Tapi dia tetap mahu juga. (mungkin dia dah reti rasa segan dan malu..! ;p)
Jadi, kebiasaannya kalau nak kejutkan Camimi bangun tidur awal, saya akan janjikan dia untuk pakai pakaian yang dia suka, seperti baju kurung, seluar ada flowers, baju ada stars, etc. Kalau awal-awal cakap nak pakaikan dia gaun dan skirt, sumpah! Dia tak suka.. Puas kena pujuk dulu la baru dia nak pakai!
Minggu ni juga si suami dah janji nak carikan durian. Lebih sebulan yang lepas, si suami beli 2 biji durian makan berdua memang puas hati! Duriannya memang mantap! Pastu teringin lagi makan durian. Minggu lepas beli kat Giant Seksyen 18, beli yang dah bukak jual paket-paket tu. Bila dah balik dan nak makan, baru perasan duriannya dah busuk. Bau dah lain. Rasa apatah lagi! Uweekkk! Dukacita dimaklumkan ye kawan-kawan! Durian murah la katakan.. 3 peket RM10.
Semalam masuk kedai Ariani (tapi aku tengok-tengok je, tak beli pon!) ada orang jual durian dekat-dekat situ. Aim nak makan ujung minggu ni. Tunggu dapat gaji la maknanya. Padahal bukan nak beli banyak pon, setakat 2 orang nak makan je. Lagi banyak pilihan kat situ dan murah-murah. Dah tamau beli yang peket-peket. Tak berbaloi!
Semua yang saya cerita kat atas tu plan minggu ni. Hujung minggu pon selalunya ada plan tapi tak boleh nak cerita kat sini lagi. Sebab selalunya plan berubah-ubah. Tapi biasanya sebab dah duduk rumah sendiri, rasa tamau pergi ke mana-mana pun pada hujung minggu. Saya lebih gemar mengemas rumah, menonton tv dan memasak untuk seisi keluarga. :))))
Note: Dah lama gile tak lunch sama-sama dengan suami time weekdays. Sebab lunch hour saya sudah bertukar ke pukul 2pm to 3pm sebab nak nak mengadap tv tengok sinetron Alisa. Jangan mara aaaaa....