Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

JALAN-JALAN

Takda benda nak cerita kononnya. Hari lain pon jalan-jalan juga, cuma apa yang nak diceritakan di sini ialah jalan-jalan ke tempat yang dah lama kami tak kunjungi.

Cadangnya lepas pergi kenduri kahwin kawan kami (kawan si suami yang sama-sama belajar di Germany dulu) yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang, si suami nak ajak pergi Zoo Negara. Rasanya dalam seminggu ada 5-6 kali si suami melahirkan hasrat nak bawa Camimi ke zoo, tapi tak kesampaian aje. Pastuh masuk minggu depannya, si suami masih lagi melahirkan hasrat yang sama, nak bawa Camimi ke Zoo Negara. Rasanya si bapak Camimi nih kot yang terlebih-lebih nak mengunjungi zoo, bukan Camimi!



2 minggu yang lepas pun dah pergi juga kami ke zoo tapi faham-faham ajala masa tu kan tengah cuti sekolah. Ada 'upin dan ipin' mengunjungi zoo, kami cari parking aja dah hampir sejam. Mereka semua parking sampai belakang-belakang zoo dan ada jugak yang terlalu jauh dari pintu masuk zoo. Nak buat macam mana, batal hasrat kami nak masuk zoo.

Okla, since dah dekat dengan Ampang, kami cuba panjangkanla lagi kaki ke sana. Kononnya dalam beg dah standby T-shirt and jeans, tak kan nak pergi zoo cantik molek pakai baju kurung moden dak? Haih.. segan eh! Sah-sah orang tahu kita baru balik dari kenduri!

Nak dipendekkan cerita, hasrat si suami masih tak kesampaian juga nak bawa Camimi masuk ke Zoo Negara atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Lagipon saya memang 50-50 je tambahan pula waktu dah singkat, dah beranjak ke 3pm. Kasut yang sesuai pula tertinggal kat rumah, yang ada cuma high heel yang mana sudah tentu saya kepenatan untuk pusing satu zoo nanti.

Nanti aja ye suamiku sayang. Next time kita pergi awal-awal sikit.

Cadangnya lepas keluar zoo nanti, si suami nak bawak pergi makan nasi lemak kampung baru, ala-ala nasi lemak antarabangsa gitu. Oleh kerana tak jadi masuk zoo, kami penuhi masa kami dengan mengunjungi Menara Kuala Lumpur pula. Memang dah lama juga nak pergi, tapi baru la ni berkesempatan.

Kebetulan saya ialah member of KL Tower Lifestyle Card, so saya boleh masuk dengan percuma la! Si suami pula ada discount 20% while Camimi masih free sebab dia belum melangkaui 4 tahun. Tapi, Camimi tidur sepanjang masa berada di menara. Dah nak turun, baru dia terjaga dari tidur.

Penat anak mommy ni ye? Pergi kenduri kahwin, pastuh pergi zoo, tak jadi masuk pula. Lastly ke Menara KL. Tertidur terus dalam kereta..


 Masa ni saya dah tukar baju. Segan siut nak pakai ayu-ayu naik Menara KL. Hehhe

Memang ramai yang ada kt atas sana, dengan rombongan budak sekolah nya, dengan rombongan pelancong nya, macam-macam bau ada.. ;p

 Scenery yang biasa diambil kalau berada nun tinggi di atas menara ~ saya lebih suka nak ambil gambar bangunan yang ada swimming pool. :)

Guna teropong, memang nampak clear la orang tengah mandi kat swimming pool. Tertunggu-tunggu jugak kot-kot ada orang nak suicide terjun bagunan.. ;p

Selain daripada itu, dapat tiket Ponny Ride, melawat Animal ZOne dan pameran F1 secara percuma. Tapi, ponny ride tu musti maksimum 50kg je. Haih, faham-faham ajalah mummy and daddy Camimi ni berapa beratnya. So, at last Camimi ajela yang naik kuda padi tuh ye? :D

Padahal Camimi baru je bangun tidur. Macam mamai just angguk je bila saya tanya nak naik horse tak? 

Seb baik Camimi nak naik, merasa juga dia ponny ride.

Ok, dah sampai. 2 round kecik je orang tu bawak. Dah tu laju bangat sampai saya nak ambil gambar pun  terkejar-kejar. Apa daaa..


Kemudian kami melawat Animal Zone, tapi cuma suami dan Camimi aje yang masuk. While saya dah segera mencari toilet. Faham-faham la kalau dah pergi kenduri tu, sure ada yang perlu dibuang. Demi keselesaan perut. tetttt!! ;p

Kemudian, saya keluar toilet tengok-tengok mereka berdua pon dah keluar dari Animal Zone. Rupanya Camimi tak senang mommy dia takde. Camimi memang gitu, hilang mommy dia memang cepat aje dia dah 'kepanasan' tapi kalau hilang daddy dia takpe lagi. Tanya sekejap aje, pastu lupa terus daddy dia! Ini dah kene panggil 'anak mak' bukan 'anak bapak'. (Hehehe.. jangan marah ye abang..!)

Kemudian, suami langsung ke pameran F1 seorang diri, Camimi dah bising minta susu which is ada dalam kereta. So, kami pula lepak-lepak aja dalam kereta untuk sejukkan diri dengan udara air-cond yang nyaman, sambil Camimi nyot-nyot minum susu. Boleh pulak dia cakap "sedap la susu mommy buat ni..!" Ha, iyelah, awk tu dah haus, susu pun sedap ye?!

Ok, jam pun dah beranjak ke pukul 6 lebih. Terus je kami ke medan selera yang dirancangkan. Saya sampai sekarang tak ingat apa nama restoran nasi lemak panas tu. Cuma yang saya tahu, ianya berdekatan dengan Kampung Baru Medical Centre. Tempat lepak kami masa bercinta dulu la konon. Suami sendiri yang perkenalkan restoran ni pada saya. Meronggeng dari Shah Alam ke situ semata-mata nak pekena nasi lemak kampung baru. Haihh.. memang sedap beb! 2 tahun dok Germany, tambah selang setahun semenjak balik dari Germany, baru sekarang dapat merasa nasi lemak kampung baru. Punya la lama tak merasa! Kempunan beb!!

Macam biasala, makanan dah depan mata, mana ingat nak ambil gambar bagai. Dah telan sebungkus nasi lemak (sebungkus 60 sen ajo ~ nasi lemak kecik la katakan) baru teringat kamera. :)

 
owh, sedapnye la hai.. menu pilihan suami ~ ayam goreng sambal, sotong kering sambal. Nampak pedas berasap je kan? Tapi idakla sampai mengalir air mata pon.. Heheh


 
Air minuman standby 3 glasses. Takut pedas, sebab dah lama tak makan kat sini.

 
Ok, Camimi ambil nasi lemak yang takde sambal ye? Memang la peberet dia makan nasi lemak. Tengok badan la... :)


 
Wah, suamiku tak nampak dah aku kat depan mata dia. Meratah 2 bungkus nasi lemak 60 sen seorang! Best sangat!!

Bibir je merah berminyak-minyak kepedasan. Nasib baik telinga tak berasap :D

Ok, lepas ni selang 2-3 minggu boleh la pekena semula nasi lemak kampung baru ni ye abang? Tak done la nak makan setiap minggu. Bila nak kurus oiii?!!

Note: Walau bagaimanapun, enjoy sangat weekend ni sebab dapat pergi tempat yang dah lama tak pergi. Mengimbas nostalgia bercinta dulu, tapi kali ni hadir bersama orang ke-3 iaitu Camimi..! Terima kasih abang...

Tuesday

APA BERITA?

Salam kawan-kawan,

Amboi lamanya saya tak update blog ye? Blog kawan-kawan pon saya tak sempat jengah. Macam biasala, alasan yang sama diberikan. SIBUK.

Idak la sibuk mana pon, cuma saya tak berkesempatan nak masuk dalam blog sendiri dan klik blog list kawan-kawan yang ada. Saya lebih sibuk klik website-website yang perlu saya lawat setiap hari yang ada kena mengena dengan kerja yang saya buat dan yang saya kejarkan. ;p plus minus facebook dan online news. Hehhe.. jangan marah..

Okla, demi mengubat kerinduan kawan-kawan kepada saya (aceehhcehhh.. korang rindu saya ke? baik ngaku, kalo tak idak la korang lawat blog saya kan? heheheh) saya nak cerita pasal Camimi la hari ni.. :D

Camimi dah grows up la! Memang penat layan keletah dia lebih-lebih lagi sekarang dia dah pandai sangat bercakap. So, kami as her parents kena lebih berhati-hati kalau bertutur antara satu sama lain. Masa dulu, kami risau jugak takut2 Camimi lambat bercakap sebab orang kata kalau anak cepat berjalan dan cepat tumbuh gigi, dia akan lambat bercakap. Dah terbukti, Camimi bukan tergolong dalam kes sebegitu. Alhamdulillah. 

Mungkin juga sebab cara dia bergaul. Dia di hantar ke nursery yang mana memang dia cepat sangat belajar bercakap. Dia juga bergaul dengan Qira, cousin dia yang mana budak sorang ni lagi pandai bercakap (sampaikan saya pun suprise kalau dia keluar ayat-ayat orang dewasa.. aduhh!) Ada lagi satu sebab, mommy Camimi pon banyak cakap. So hari-hari Camimi kene 'leter', jadi dia pon ikut jadi banyak cakap. ;p

Okla, jom kita layan gambar-gambar Camimi kat bawah ni ;)


A'aah rajin betul tolong mommy dia lipat kain. Habis kain yang saya dah lipat sikit, dia 'tolong' lipatkan semula. Dia kata "mommy lipat tak cantik la..."


Yelah, betul-betul nak tolong lipat kain sebakul ye? Yang atas lantai pon ada lagi. Kalau macam ni, esok pagi pon tak habis lipat kain. Sudahnya, bapaknya bawa Camimi pergi kedai sebab nak pergi beli barang sikit. Then, Camimi sempat berpesan kat saya sebelum keluar pintu "mommy, be good girl ye? jangan nakal-nakal.. lipat kain tau!" eeeeeee....!! terbeliak bijik mata saya bukan sebab marah! tapi sebab cara dia bercakap tu seolah-olah kita ni si anak kecil! Aduhaiii...!!

Asalnya itu ayat-ayat saya berikan kepada Camimi sebaik nak melangkah ke school. Biasanya saya akan bagi tahu supaya dia tak nakal kat school, dengar cakap ibu, makan banyak-banyak, tidur awal, main baik-baik, semualah!! And now, dia repeat the same things kat mommy dia pulak! 

Bila dah siap lipat kain, dah masuk ke dalam almari masing-masing, dah kemas-kemas, dah baring-baring tengok tv then baru saya terperasan sesuatu:

 Teddy bear Camimi ni dia pakaikan helmet pulak..??


Baru saya teringat yang awalnya tu sebelum kacau saya lipat kain, dia marah-marah sebab tak dapat pakaikan teddy bear dia dengan helmet pemberian papa dia (brother i).

Dia marah sebab teddy bear tu tak leh duduk tegak-tegak, asyik nak jatuh je. So, dia susah nak pakaikan helmet tu. Saya tak tahu apa jadi seterusnya sebab saya sibuk nak angkat kain untuk dilipat. Mungkin dia berjaya kot atas pertolongan daddy dia.

Sudahnya, itulah jadinya.. teddy bear dengan helmet... :D


Note: Dalam kehidupan apa yang penting? Kerjasama..

Monday

TABIAT SEMASA MENGANDUNG

Worldcup dah start dah..tentu u all yang kaki bola teruja menyaksikan perlawanan pertama malam ni. Ada yang lepak kat mamak ker? Kat rumah pon leh jadi 'kedai mamak' asalkan terhidang teh tarik depan mata pon dah ok kan?

Hai, selama piala dunia ni apala yang saya nak buat ye? Tv sure dah kene book dengan si suami. Dah la saya ni tak minat bola pon. Kalau setakat nak tengok gitu-gitu aje, boleh la. Nak hafal dan cam nama-nama pemain, huh! kirim salam.. (tapi aku dok jual jersey Manchester United kat korang, apa daaa...!)

Okla, sekarang ni nak cerita tentang tabiat saya yang suka menonton rancangan sukan semasa mengandungkan Camimi. Usia seawal 4 bulan saya mengandungkan Camimi masih berada di Malaysia. Berikutnya saya sudah terbang meninggalkan Malaysia demi suami tercinta yang sudah berada di Germany lebih sebulan awal daripada saya. Cerita tentang mabuk teruk dan mengidam, saya dah tamau cerita. Sebab pernah bukak cerita tentang itu dulu. Nanti you all boring! ;p

Saya start layan channel 'Eurosport' semasa saya mengandungkan Camimi di sana. Takde channel lain yang saya boleh layan sebab totally semua dalam bahasa Jerman. Apa yang you expect utk faham kan? Dah la saya sedikit pon takde basic dalam bahasa itu apabila sampai di sana. So, kalau layan Eurosport host tv tak banyak cakap. Jadi idakla pening kepala dengar orang cakap itik, kita cakap ayam.

So, start tu la sayan layan program snooker, tennis, ski, games sukan musim sejuk, dan beberapa sport lain yang saya dah lupa sekarang. Sampaikan saya dah boleh hafal nama-nama pemain dan cam muka mereka.  Saya juga tahu negara asal mereka dan negara mana mereka wakili. Saya siap boleh ambil tahu dan hafal ranking dunia mereka. Saya browse website sport tersebut sebab nak tahu points dan current rank mereka.

O'Sullivan - Carian En. Google
 (i like him sbb kalau tengok dia main, suka sangat buat mimik muka macam-macam. Dah la ada iras-iras Mr. Bean - adik beradik tiri kot. huahuahua)

Bukan itu sahaja, saya juga tahu rules dan cara permainan sukan tersebut. Bagaimana boleh terbatal dan sebagainya. Sungguh ajaib la bagi saya yang mana sebelum ini saya tak minat langsung kesemua sukan yang saya dok tonton di sana. Entah bagaimana pulak boleh melekat dan minat dengan sukan-sukan tersebut. Salah satu sebab nya yang pasti adalah suami saya memang kaki sukan. Dan dia asal boleh bukak channel sukan sentiasa sampai la sekarang!

Lagipun, suami memang pandai main snooker. Pernah juga masa awal-awal kahwin dulu ikut dia main snooker dengan kaki-kaki dia dan balik pagi-pagi buta. Tapi masa tu, saya just ikut aja, minat idak pon lagi.  Dok sana ternguap-nguap tak tahu apa yang saya tengok. Tapi since balik dari Germany ni, saya yang ajak dia pergi main snooker sebab nak tengok dia perform dengan kawan-kawan dia. Haihhh!

Dulu kalau adik-adik saya bukak channel tennis kat rumah (before saya terbang ke Germany) mesti saya mengeluh. Apa la yang best sangat korang tengok orang main tennis ni? Kalau badminton ok la lagi kot.. ni tennis...?! Ke adik-adik saya suka tengok orang tuh pakai skirt pendek dan bila smash bola tennis terangkat skirt pendek dia dan nampak tight yang dia pakai? Heheh.. tak..tak.. adik-adik saya baik la. Diorang tak macam tu. Tapi dah pemain tu tunjuk, diorang tengok je la kan..? Hahhaha.. ;p

Justine Henin - Kredit to En. Google
(muka cool giler kalau tengah perform. tak kesah la kalah atau tidak)

But now, saya still layan sukan tennis. Dari sebelum Henin quit and now Henin dah start main semula pon saya ambil tahu. Ranking diorang pon saya ambil tahu. Current match kat mana and next match kt mana pon saya ambil tahu. Saya simpan website yang menunjukkan schedule tournament diorang. Setiap player WTA dan ATP saya tahu dan hafal nama mereka. Profile mereka pon saya baca. Ranking turun naik mereka pon saya ambil tahu. Tapi masa tu saya tak suka Maria Sharapova sebab muka kerek giler dan bila perform sure akan keluar bunyi-bunyi yang agak kelucahan. Hahha (siapa tahu, sendiri faham okeh..!)

 Maria Sharapova - Tq En. Google
(bunyi-bunyian dia "arghh...urghhhh..argh..." rimas jugak mendengarnya)

Ada juga benda lain yang saya layan. Kang saya cerita korang tak percaya. Tapi percayala, selain daripada channel sport, saya juga layan cartoon Dragan Ball. Hehehhe.. (korang gelak ker?)

Sebabkan si suamiku ini minat giler dragon ball dan mempunyai koleksi komik dragon ball, then bila sampai kat Germany dia dok download cerita dragon ball beratus-ratus episod. Faham-faham aja la kelajuan mendownload kat sana, minimum 4 mbps dan boleh mencecah hingga 16 mbps. Sebab tu dia tak pernah boring buat kerja-kerja download. Dragon Ball Z,  Dragon Ball GT, Dragon Ball Movie dan apa entah lagi yang sekarang ni saya dah lupa. Setiap hari la kami dok melayan cerita Dragon Ball dan berselang-seli dengan Eurosport. Yelah, channel lain saya tengok tak faham, baik layan dragon ball sebab ada dalam bahasa inggeris.

Super..Super Saiya..

Tambah lagi si suami subsrcibe Rapidshare (program berbayar untuk download apa saja movies, books, magazines, tv shows, etc), dia dah boleh kumpul cd untuk burn cerita- cerita dragon ball.

Bila si suami pergi ke kelas, cerita-cerita itulah yang saya layan. Habis tengok dragon ball, saya bukak Eurosport. Takde match kat Eurosport, saya tengok lagi dragon ball. Dah la time tu sedang mengandung. Nak masak, jarang sangat nak makan. Masa tu berkongsi dapur dengan bebudak lain bangsa dan agama. Kadang-kadang, kalau mereka masak babi, saya terpaksa tunggu lama sebab diorang nak kemas dan bersihkan dulu. Nak masak sama-sama? Kang ada yang tertukar babi dengan ayam saya pulak. Siapa nak jawab?!

So, si suami memang akan download banyak cerita-cerita itu untuk kemudahan saya semasa dia ke kelas atau dia menghadiri apa-apa aktiviti di uni. Dia ketinggalan episod-episod dragon ball takpa, sebab dia dah pernah baca komik dragon ball, cuma  ianya menjadi hobi dia untuk mendownload cerita dragon ball dan bagi saya tonton untuk hilang rasa bosan. Selain daripada itu, sebagai koleksi dia sebagai peminat Dragon Ball.

Teringat saya semasa kami di sana, bila keluar ke mana-mana tentu kami akan balik dengan tergopoh gapahnya sebab nak catch tennis tournament. Sebab masing-masing dah tahu tournament schedule, dan masing-masing layan sukan tennis. Jadi, channel Eurosport itu dah menjadi channel kesukaan kami.

Setahun duduk kat sana, baru saya berkesempatan belajar bahasa Jerman. Yelah, setahun tanpa bahasa Jerman sangat susah untuk survive di sana. Pergi kedai kena cakap Jerman, beli baju kena cakap Jerman, naik bas kene cakap Jerman. Pendek kata segalanya memang kena cakap bahasa Jerman. Bila Camimi dah lahir dan schedule belajar suami sudah tidak padat lagi, baru saya mampu nak ke kelas bahasa. Kami akan bergilir-gilir menjaga Camimi dan masing-masing untuk ke kelas.

Dalam dua semester belajar bahasa, saya didedahkan dengan pelbagai pelajaran dan situasi. Itu yang mempercepatkan pembelajaran bahasa Jerman saya. Bila dah tahu bahasa Jerman ni, nak cakap dengan orang pon tak susah. Nak naik bus dah boleh greeting dan minta ticket untuk ke mana. Idak lagi saya hafal skrip yang ditulis oleh suami untuk bercakap dengan orang Jerman. Sampai kene gelak sendiri dengan orang Malaysia sendiri, ok... (orang Jerman sendiri tak gelakkan aku!)

Masa ni, nak tengok channel lain selain daripada Eurosport pon dah ok. Walaupon tak faham 100%, at least apa yg diorang borakkan, kita dah boleh tangkap. Semenjak masuk kelas, saya memang suka betul menonton channel masak-memasak (Das Perfecte Dinner), channel renovate rumah, channel doktor haiwan (Tiere & Doktoren) dan beberapa channel lain yang menghiburkan.

Semua yang saya cerita di atas menjadi memori dan kenangan indah saya selama merantau ke negara orang, membawa perut mengembara menemui cinta hati saya di sana. Sampai sekarang, kalau tengok TV bersama Camimi, dia akan layan channel sports yang si bapaknya buka selain channel-channel lain seperti CSI, Movies dan Documentaries. Tapi channel cartoon seperti Tom & Jerry, Spongebob, Bob the Builder, tarak!!! Bertuah la dia nak tonton.. Mungkin nak kena cuba Dragon Ball pulak ni. Muahahaha...

Wednesday

HASRAT YANG TERKUBUR

Hasrat siapa yang terkubur? Hasrat apa? 

Hasrat sayala kawan-kawan. Hasrat saya lepas balik dari Germany ingat nak sambung belajar bahasa German, tapi aleh-aleh terkubur begitu sahaja. Itula, kita mampu nk merancang, tapi Tuhan yang menentukan.. (cit, ayat biasa je ni..)

Sebenarnya sebelum balik dari Germany lagi saya dah usha tempat nk belajar bahasa ni. Yang ada cuma di KL. Kat Shah Alam totally takde. Tapi saya tak tahula kot-kot memang ada tapi saya yang tak tahu menahu. So kawan-kawan, kalau u all tau mana-mana tempat boleh belajar bahasa german area Shah Alam, let me know ok. 

Tapi, bukan kat UiTM Shah Alam ye. Sebab suami dah check, apa yang saya belajar selama setahun kat sana dah melebihi apa yang bebudak UiTM belajar di sini. Oleh itu suami tak mahu saya back to 1st step as i am few steps away from them. (aduh.. berlagak pulak. tak baik..tak baikk.!)

But, seriously! Sebab suami sendiri belajar bahasa german sebagai bahasa ketiga semasa menuntut di UiTM dulu. Terlalu basic belajar di UiTM selama 3 semester jika nak dibandingkan dengan belajar di sekolah bahasa di sana. Yelah, nak belajar dalam-dalam kt sini pon nanti nak praktikkan pada siapa dak? Balik rumah cakap melayu, jumpa kawan kat luar pon cakap melayu, bergayut dengan pakwe makwe pon cakap melayu. Paling nak 'Grand' pon cakap English!

Okla, tengok la buku-buku yang saya dah beli siap-siap kot-kot saya diizinkan sambung belajar bahasa german di sini.


Buku-buku teks, buku-buku latihan, kamus bahasa semua dah lengkap la tinggal nak menimba ilmu dari seseorang yang bergelar cikgu aja. Memang hajat di hati nak menuntut lagi kalau kena masa dan bayarannya tapi yelah, buat masa ni tak terlarat la nk memandu ke KL sana mengharungi suka dan duka traffic jam. Fuihhhh...! bercinta!!

Tapi, kami laki bini masih lagi mengamalkan pertuturan bahasa german di rumah mahupun di mana saja especially kalau nak bergossip tapi tak mahu orang lain faham. Hehhehe.. bahasa rahsia! Yelah, kalau nak cakap barang ni tak cantik tapi mahal aje lebih, walhal promoternya dok ngikut kita ke ceruk-ceruk kedainya, lain tak bukan kenala cakap bahasa rahsia. 

"Akak orang mana?" tanya si promoter kedai tu. "Akak orang sini la.." jawab saya. "Habis tu akak cakap bahasa apa tuh?" tanya dia lagi. "Bahasa rahsia! Hehehe..." Ate, dah ko membontoti aku je dari tadi sampai takde space aku nak bercakap dengan laki sendiri samada nak beli ke idak. Sebab tu terkeluar 'bahasa jawa' kami berdua.

Bukan nak berlagak, tapi inilah realitinya. Korang suka ke nak pilih-pilih barang tapi promoternya dok ngikut je korang g mana. Kang kita terus terang cakap, "nak tengok-tengok aje" tak pon cakap "mahalnye baju yang ko jual ni" atau pon "takde la lawa mana pon tapi apsal harga dia mahal bebenor?" korang rasa tak ke nanti si promoter tu buat muka kat korang tak pon hati si promoter tu terguris sebab korang tak jadi beli. dan sebagainya. Kesian dia.. kalau cakap bahasa rahsia dengan laki sendiri kan bagus. Dia tak faham pun. Kalau jadi nak beli baru cakap betul-betul pada si promoter tu.

Saya juga pernah terjumpa dengan sepasang warga emas yang saling berkomunikasi dalam bahasa rahsia mereka. Nak tahu bahasa apa? Mereka bercakap sambil mengeja perkataan tersebut dalam jawi. So faham-faham la kalau sebut "mahal", mereka akan mengeja 'mim-alif-ha-lam' dan seterusnya menjadi satu ayat yang lengkap. Hahhaa..bijak..bijak.... Kalau bangsa lain dengar mestila tak faham. Tapi yang sebangsa dengan kita tentu faham melainkan kalau dia buta jawi. Huhuhuh..

Okla kawan-kawan, panjang pula saya membebel ni. Nanti ada orang tak suka pula nak baca lama-lama. Nak tengok gambar suka la ye?

Teringat gambar, ramai pulak request untuk saya tepek gambar rumah baru. Ala, bukan tamau tepek, tapi rumah masih kosong nak tengok apa je u all ni? Tidur pon ada lantai je. Sedih, sob..sob..sob.. (dah buat nada sedih ni ada sesiapa nak hadiahkan apa-apa tak? set kitchen kabinet ke? set living hall ke, set dining room ke..? apa la sangat kan? korang kan kerja hebat-hebat, gaji pon tentu masyuuukkkk...! Hehhehe)

Tuesday

I-CITY VERSION MALAYSIA DAN GERMANY

Memula pertama kali Camimi pergi adalah bersama Tokanda, Nenda dan Qira, sepupu rapat dia. Kemudian, kali ke-2 Camimi dah gatal kaki nak pergi dengan kami mommy dan daddy dia pulak. Kemudian kami bertiga pergi lagi bersama sepupu sepapat dan ipar duai. Biasanya kalau kami dah promise sesuatu dengan Camimi, kami akan tunaikan janji. Kami biasakan dengan perkara 'menepati janji'. Ianya penting supaya anak tidak berasa kecewa dan terasa diri ditipu.

I-City hanya memainkan peranan pada waktu malam sahaja, kerana ianya sarat didekorasikan dengan lampu-lampu yang berwarna warni yang menyerupai bermacam-macam bentuk flora dan fauna. Itulah yang dapat menarik minat pelbagai peringkat umur. Tak kurang juga menjadi tempat favourite muda mudi untuk berjumpa di situ.

Melangkah ke I-City mengingatkan saya kehidupan di bandar bumi Duisburg, Germany. I-City seolah-olah menggambarkan pasar krismas di sana atau dalam bahasa German di sebut sebagai 'Weihnachstmarkt'. Masa ini lah terasa happeningnya bumi Duisburg. Seperti kita orang Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

 I-City

Cuma, apa yang membezakan kedua-dua ini adalah I-City bukan pasar untuk menjual-jual, tetapi lebih kepada untuk menarik minat orang ramai datang melawat dan merakamkan memori bersama keluarga di sana. Akan tetapi, 'Weihnachstmarkt' adalah lebih kepada keraian dalam menyambut perayaan krismas.

 Bumi Duisburg

Fun Fair pon ada

 
Believe me, nampak macam dah malam kan? tapi baru pukul 4 ptg lbh..

 
Sebab, musim sejuk di sana adalah malam lebih panjang daripada siang

 

Okla, nak bercerita lebih tentang I-City sudah tentu ramai yang dah berkunjung ke sana kan? Kalau yang belum berkunjung ke sana, biarla ianya menjadi suprise supaya u all tertanya-tanya apakah gambaran sebenar tempat bernama I-City.

Mari saya bercerita lebih sedikit tentang 'Weihnachstmarkt' iaitu Pasar Krismas. 

Ianya adalah pasar yang sangat happening yang diadakan sebulan awal sebelum hari krismas di sana. Dan sudah tentu ianya adalah pada musim sejuk!! Faham-faham la kalau musim sejuk kat sana sangat la cerewet. Satu badan kena balut dengan baju yang tebal-tebal dari hujung rambut hingga hujung kaki. Nak ambil gambar pon tak sanggup sebab biasanya saya terpaksa menanggalkan glove tangan supaya dapat menekan butang untuk merakamkan pemandangan yang ada. Aduhai... terasa kebas aje tangan. Boleh terjatuh kamera yang dipegang.




Pasar krismas juga adalah untuk menjual-jual segala jenis produk makanan mereka tak kiralah halal untuk kita makan mahupun haram. (yang haram tu faham-faham la ye..?) Terdapat juga orang menjual souvenir, handcraft, Steelcraft, Ratancraft, etc. 

 
gerai jual minuman keras pun ada - Wein = wain

 
Gerai minuman 'panas' mereka yang berkonsepkan pirates

  
Homemade Cakes pon ada
 
Pasar Krismas sebelum menjelang malam

Okla, sampai sini aje la saya bercerita tentang Pasar Krismas. Nanti lebih membuatkan saya rindu untuk kembali ke sana.

Note: Tapi saya masih berpegang kepada "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baikla duduk kat negeri sendiri ye? kerana bumi mana yang dipijak, langit itu lah yang akan dijunjung." Sekian terima kasihhh!!


SAYA SUDAH BERPINDAH

Salam guys..!!

Wah bersemangat gitu! Yelah, dah pindah rumah baru tentulah bersemangat. Rumah baru, jadi mood pon mestilah baru. Sempena hari Wesak baru-baru ni, kami mengambil kesempatan untuk buat kerja-kerja perpindahan ke rumah baru. Tambah lagi Sabtu dan Ahad cuti, lagi la bersemangat nak pindah. Penat memang tak leh cakap la, tapi seronok! Yelah, siapa tak seronok dapat duduk dan tinggal dalam rumah sendiri kan?

Tapi, barang-barang masih belum habis diangkut lagi. Sebab kami guna kereta aje nak angkut barang-barang, tu yang masih belum habis keseluruhannya. Apa la sangat, takde perabot pon kami usung keluar dari rumah parents ke rumah baru. Rumah baru, semua kami kena beli baru. Sebab tu lambat aja nak pindah. Kene kira bajet sendiri la. Yang penting, kami dah boleh tidur, mandi dan makan kat sana. Sebab pakaian dan keperluan harian dah ada. Cuma ada lagi sedikit pakaian, buku-buku, fail-fail, dan lain-lain barang di rumah parents saya. Ala, takpela. Nanti-nanti la kami angkut ye? Lagipon, rumah takde almari banyak lagi. So, tak leh nak sumbat dalam almari banyak-banyak.

Memang rumah belum complete lagi. Tapi cukupla boleh nak tengok tv, mandi dan tidur. Dapur pon tak boleh nak berasap sangat. Setakat asap kecil-kecil boleh la. Heheheh.. Nak buat hauswarming pon tak boleh lagi. Lain la kalau nak guna catering. (Wah, jangan membazir.. Tuhan marah!). Tapi si suami suka la. Sebab dah boleh nak layan world cup. Amboi..amboi..! Saya plak, boring..! Asal  si suami buka tv aje, sure nak sport channel. Dah berebut pulak dengan saya.

I-City Seksyen 7, Shah Alam.

Perkara yang paling saya suka, Camimi dah pandai tidur sendiri. Walaupun tak tidur di bilik dia which is lebih complete dari bilik we all, but at least dia tak tidur lagi sekatil dengan kami. Kami la kena angkut tilam portable dia bawa ke bilik kami dan diletakkan bersebelahan dengan katil kami. Pandaila dia landing dan tidur sendiri. Dah tak payah nak tepuk-tepuk untuk menidurkan dia. Ini semua permintaan dia. Nak tunjuk la tu yang dia dah big girl.

Memula, kami fikirkan tentu susah untuk memisahkan tempat tidur dia dengan kami. Yelah, dari kecil sampai umur dia sekarang. Dari duduk kat Germany sampai la dah balik Malaysia, tidur memang sekatil dengan kami. Berlunjur-lunjur kaki kami laki bini sebab nak cukupkan 3 orang tidur atas satu katil queen. Tapi Tuhan permudahkan urusan kami bile masuk ke rumah baru. Automatik dia jadi teruja dengan kelengkapan bilik tidur dia. Tambah lagi bed sheet set dia yang saya pilih adalah dari cartoon kegemaran dia.

Camimi suka tengok bila saya menyediakan roti bakar untuk dia dan si suami. Mesti dia dok menepek sebelah saya sambil tengok saya membakar roti dalam toaster. Yelah, sebelum ni dia selalu aja makan roti bakar tanpa mengetahui cara-cara menyediakannya. Tapi bila dia tengok cara saya masukkan roti, tekan tuil, dan kemudian roti melompat keluar, itu yang mengujakannya! Then, dia tengok saya sapu roti dengan butter, kemudian dengan kaya atau tuna mayo. Cepat aja dia belajar, sebab lepas tu dia nak sapu roti tu sendiri. Lepas tu dia cakap kat daddy dia.. "Daddy, siap!!" Dah macam kat kedai mamak daaaaa...

 Kali pertama kami pergi, tapi kali ke-2 Camimi pergi. Tak Aciii

Duduk rumah tinggi-tinggi ni, rasa-rasa tak payah pasang air-cond pon jimat kot. Buka aja tingkap luas-luas tambah lagi putaran kipas di siling, terasa sangat la sejuk. Especially time-time nak hujan. angin sangat la kuat. Langsir yang diikat pun boleh terlepas dan mengerbang-ngerbang jadinya. Seram pula kadang-kadang angin yang bertiup tu mengeluarkan bunyi.. 'uuuuuu..... uuuuuu......'. Kalau malam-malam saya seorang kat rumah dengan Camimi, mesti saya dah cabut lari pergi rumah parents or rumah abang saya. Oleh itu, si suamiku sayang. Tak payah la tinggalkan isterimu ni sorang-sorang selalu. Sibuk sangat la hai nak pergi minum dengan kawan-kawan la, main badminton sampai lewat malam la, nak main futsal terlajak smpai lewat la.. aduh.. tabah aje la aku ni..!

So, Camimi lebih expert kat tempat ni daripada kami sebab dia dah pergi dengan Tokanda dan Nenda dia

Oh ya, kebanyakan kelengkapan dapur memang kami tak perlu beli lagi. Sebab kami baru nak guna hadiah-hadiah yang kawan-kawan bagi semasa hadir ke majlis perkahwinan kami. Biasala, orang kahwin sure yang bagi set pinggan mangkuk, set tea, set pinggan mangkuk lagi, set tea lagi, set sudu garfu, cerek elektrik, dll. Yang paling best, ada orang bagi microwave+oven pada kami. Mantap! Tapi saya dah sedekahkan pada mak mertua sebelum pergi Germany 3 tahun yang lepas. Banyak juga hadiah-hadiah perkahwinan yang kami dapat kami berikan kepada keluarga terdekat, especially barangan elektrik. Yelah, kang kami tak guna 2 tahun, rugi la. Kalau ada kerosakan, siapa nak claim warranty? Oleh itu, memberi lebih baik daripada menerima. Cewahh..! (jangan marah ye kawan-kawan)


 sebahagian kad-kad hadiah yang kawan-kawan berikan masih dalam simpanan saya..

Lain-lain barang seperti periuk, dapur elektrik dan ada juga set pinggan mangkuk, set pisau dan set cutlery yang saya beli dari Germany khas untuk digunakan di rumah baru kelak. Tak mahal dan dan tak banyak pon. Biasa-biasa aja yang mengikut kemampuan diri di sana. Biasala beli dari ebay. Dah ketagih main ebay, semua benda nak borong! Tak percaya tanya Kak Ja, Duisburg! (Hehhe.. amacam kak? Tengah tunggu closing time?)

Ada jugak a few barang elektrik kami dapat semasa di Malaysia. Saya redeem bonuslink, dapat la cerek elektrik. Jimat.. Kemudian Therma pot elektrik saya menang lucky draw semasa Family Day yang dianjurkan oleh fakulti tempat suami saya bekerja. Jimat lagi.. Macam tau tau aja saya ada anak kecil yang perlukan air panas setiap kali nak bancuh susu. Patut la lambat-lambat aja duit nak keluar dari poket saya untuk beli therma pot tu. Rupa-rupanya ada orang nak bagi free. Bread toaster pon saya redeem dari credit card points. Jimat lagi dan lagi.. Huhuuh... lumayan jugak benda-benda yang dapat secara percuma ni. Syukur, tak payah poket terkoyak lagi.

Tapi, nak masuk rumah baru ni sesungguhnya banyak betul duit nak digunakan. Yalah, sebelum ni duduk rumah parents. Segalanya parents dah sediakan kat rumah tu. Cuma kita nak menokok tambah aja. Bila masuk rumah baru, semua nak kena ada. Tapi tengok bajet jugak la. Kalau tak cukup bajet, tak leh la beli semua. Kena ikut Q. Harap ada pihak memahami kami la ye yang sangat memerlukan duit untuk melengkapkan kehidupan baru kami di sini. Jangan ada yang berkecil hati ya kalau-kalau ada bulan kami tak dapat nak hulur lebih-lebih. Kesian la kat kami baru nak duduk sendiri. Huhuhuh...

 Jom nak balik da.. Camimi dah nguap!

Sedar tak sedar rupa-rupanya kami dah setahun balik Malaysia. 9 May  2009, kami menaiki flight MAS selama 13 jam tanpa henti terus ke Malaysia. Cukup setahun duduk kat rumah parents, kami berpindah ke rumah baru. Yelah, takkan nak sampai beranak pinak masih duduk rumah parents kan? Mereka pon mahukan privacy.

Apapun, inilah rumah terbaru kami yang mampu kami miliki buat masa ni. Nak beli rumah besar-besar kat Shah Alam ni faham-faham la. Rumah kecil, harga dah macam rumah Semi-D kat kawasan Rawang dan Sri Iskandar. Tambah lagi laki bini baru nak mula bekerja, berapa banyak aja account ke-2 EPF masing-masing. Oleh itu, kami sangatlah bersyukur kerana rezeki sentiasa ada untuk orang-orang seperti kami.

Note: Oppsss.. Tuhan marah tau kita sekat rezeki orang lain. Tak baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...