Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

INI SEMUA SALAH ENGKAUUUU


Ni entry semalam patutnya, tapi saya post kan ke hari ini. Layan je la...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam (Selasa) berdentum dentam jugak guruh berbunyi menandakan hujan lebat sedang turun. Kemudian internet connection ada interrupt. Sebab dah nak balik dah, saya tutup aje la computer tanpa mengambil kira yang line internet rupa-rupanya masih belum elok sehingga ke pagi ini (Rabu) apabila saya masuk kerja.

Dah banyak kali saya on off computer dan line internet, tapi semuanya seperti sia-sia. Wahai line internet. Mentang-mentang la aku tak boleh sebut nama kau di sini. Tapi, jangan kau salahkan aku ya kalau computer rosak dan suis kat dinding juga sebab aku sibuk on off computer.

Ni juga salah kau wahai line internet. Sebab kau la aku dah termakan berat untuk breakfast di pagi ini. Kalau kau ok tentu aku tak fikir pasal makan. Mesti aku sibuk buat kerja dan tak hiraukan perut aku berkeroncong sana sini. Ini semua sebab kau!! Tak pasal-pasal aku jadi tak tahan dengan bau masakan restoran Makcik Zan kat bawah ofis aku ni. Terus saja aku tapau meehun goreng+telur goreng+ayam goreng untuk dilahap di dalam bilik. Haihhh!!

Juga sebab kau wahai line internet aku tak dapat buat kerja aku. Banyak perkara tergendala. Itu tak boleh buat, kerja ni tak boleh buat. Kau nak suruh aku makan gaji buta ke apa? Jangan sampai aku ambil cuti lama-lama dengan bos aku. Tak pon, jangan bagi aku peluang curi tulang dengan merayau mengacau suami aku di sana. Jangan sampai aku tertengok wayang dengan suami aku di TGV berdekatan. Dah la sekarang tengah hot filem Iron Man 2 dan The Loser. Sigh…!

Duhai line internet. Kau sudah tenat ke haper? Aku nak buat kerja la. Aku nak jadi pekerja yang dedikasi. Tapi kalau kau tak boleh tolong aku, bagaimana aku mahu tolong diri aku sendiri? Sekarang ni aku hanya mampu menaip blog aku di sini, di Microsoft Words.

Makanan aku pon sudah habis, tapi sebenarnya tak habis pon sebab tetiba aku rasa menyesal makan berat di pagi hari. Macam itu la aku, biasanya perasaan menyesal akan datang kemudian bila hasrat sudah tercapai untuk melakukan perkara yang tak patut dilakukan. Sebab itu aku salahkan kau wahai line internet. Sebab kau la aku dah terjerumus melakukan perkara-perkara yang tak patut aku lakukan time waktu kerja. Ya, aku tetap mahu salahkan kau. Sebab sehingga ke perkataan terakhir ini line kau masih belum pulih. Terkedip-kedip aje lampu tu. Mahu minta belas kasihan kah pada aku? Tidak!!

Okla, nampak gayanya aku memang nak curi tulang hari ni. Nasib la.. siapa suruh line internet kau tergendala? Apa masalah kau? Jangan salahkan aku sebab tak repair kau. Aku sudah call centre kau tapi mereka kata line kau tu yang problem. Nape? Kau nak menopause ke ape?

Dah la, banyak cerita pon tak guna. Ok la, aku nak blah.. nak pergi merewang-rewang. Esok aku masuk ofis, make sure kau dah ok ya? Kalau tak, dengan rumah-rumah kau sekali aku humban keluar ofis ni!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rentetan daripada peristiwa tak ada internet kat ofis, saya mencari 'kaki' untuk menemani saya merewang-rewang. Si suami sibuk menghadiri interview FYP students dia. So confirm tak boleh kacau. Cari Kak Haza, minta teman ke Ikea, tapi dia ada discussion dengan team work dan tak tahu bile boleh habis. Nak cari Husna, dia terikat dengan waktu pejabat. Nak cari Niza pula, sangkakan dia sibuk, rupanya bila saya dah sampai rumah dan berehat-rehat baru la tau dia tak sibuk. Aduhh..

Sudahnya, saya balik rumah tengok tv dan tidoooo... zzzzzzzzzzzzzzzz

Note: Oh ya, saya dah dapat permisi dari bos ya. Jadi saya bukanla pergi mencuri tulang. Ni semua salah engkau wahai line internet!!!

1 comment:

lily lotus said...

wah! font u dah besar..hehe..tambah senang nak baca. tapi itulah kan i tabik spring sama mereka yg boleh buat kerja tanpa line tenet..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...