Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

APSAL EK

Lepas ni aku nak cakap dekat bos aku sendiri. Aku tak mahu pergi collect cheque pada client lagi. Tapi client sorang ni aja la. Yang lain aku rasa ok. Sebab apa? Sebab aku rasa hina betul bila collect cheque kat client sorang ni. Hina sangat ke?

Dah la dengan aku tak mahu pernah senyum. Cakap kasar aja. Pandang pon sebelah mata. Woi, aku bukan kerja sebagai minah despatch la. Kadang-kadang bila aku lalu tempat tu, bos suruh aku collect cheque kat kau. Apa la.. dasar memandang pada rupa dan darjat!

Ini la kalau dah kerja jadi kuli batak @$#^%^. Pandang sesama melayu pon boleh jadi gitu. Padahal sama-sama bekerja makan gaji. Kau kerja dengan orang, aku pon kerja dengan orang. Oleh itu jangan nak sombong dan berlagak angkuh dengan aku la weii.. Lain la kalau itu company bapak kauuuu. Dan engkau itu pewaris tetap company tu. At least kalau kau sombong dengan aku pon, aku tau dah sebab musabab nya.

Kekadang aku rasa aku ni menjadi tempat orang untuk bermasam muka, bergaduh, cari pasal dengan aku, cari salah aku. Aku dah rasa macam jadi punching bag. Hina sangat ke aku ni wei? Apa yang aku lebih dan kau kurang yang boleh menyebabkan kau tak suka kat aku? Atau kau tengok aku ni serba kekurangan berbanding kau, jadi kau boleh sewenang-wenangnya benci kat aku? Aku tak faham la.. aku pelik! 


inilah rupa aku bila terasa macam punching bag

Kita ni sesama melayu, sesama perempuan, sesama ibu. Apa yang kau benci sangat dengan aku weiii??!!

4 comments:

Suliana said...

sian erin, biasala, konon dia klien, tgk org macam apa jek. cuba sound skit.huhu..

Izan said...

sabar erin sabar..
tu mesti dia tensen bila erin dtg kutip utang. hahahaha
tp apesal lak dia nak lebih2 bukan dia yang bayar pun kan. bukan company dia pun. teruk tol la org tu...

Ummi said...

erin..hang x senyum kat die kot??tak pon datang bulan??hii

lily lotus said...

sindromlah pompuan tu. mesti kerja asyik kena marah dengan bos

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...