masih berkisah tentang kematian, kali ini Tok iaitu nenek husband aku telah meninggal dunia...
kami terima panggilan pukul 12 mlm lbh hari Jumaat tntg Tok jatuh tergelincir dlm rumah. keesokannye baru kami bertolak ke Sitiawan sbb PIL tak bagi kami bertolak mlm tuh jugak. bahaya katanya..
pukul 11 pagi lbh kami tiba di hospital manjung. mmg tok sedang bertarung nyawa di atas katil dgn tiub2 bantuan sana sini. sblm tuh tok dah dihantar ke hospital ipoh tetapi kes nya ditolak semula ke hospital manjung sbb kata doktor, tok dah takde harapan.
pembuluh darah dlm kepala tok dah pecah. darah dah merebak ke seluruh kepala tok. doktor kata kalo darah hanya pada 1 tempat, operation masih boleh dijalankan utk membuang darah tersebut. alangkah sayangnya kes tok tidak sebegitu...
selama tok di hospital sana, angah ada cakap. (makcik husband aku no.2). tok ada tnjuk tanda2 positif. tok ada bukak mata sekejap dan matanya mengerling ke atas dan bawah. tapi tak lama. dan tok juga minum susu tambah smpai 3 kali. semua org gembira dgr berita tu. tapi doktor tetap kata, tok punya harapan yg tipis. apa pun kami tetap berdoa pd Yang Esa moga ada keajaiban berlaku depan mata...
hari ahad kami blk shah alam semula sbb tok masih di hospital dan suami akan start keje semula keesokan harinya. adik beradik suami yg lain pon blk jugak sbb masing2 punya tugas sdri. namun begitu, tengahari isnin tu suami blk umah dan ajak semula ke kampung. katanya, tok dah kuar hospital. tiub2 sume dah cabut. sbb tok takde harapan lagi dah.
kami terus berangkat blk ke Lekir, rumah tok. smpai sana waktu magrib. mmg ramai saudara mara dah smpai. tengok tok masih di pembaringan. tok diletakkan di atas tilam dan di tempatkan di ruang tamu bahagian atas rumah. orang ramai tak putus2 membacakan surah2 al-Quran dan Yasin..
tak berapa lama kami di sana, kami anak beranak blk ke rumah PIL di Kampung Koh sekejap sbb nak mandi dan tukar pakaian. belum sempat nk ke sana semula, adik husband call ckp tok dah takde. bergegas kami ke rumah tok dan lihat tok dah diselimuti hingga ke kepala. Innalillah...
semua org masih bersedih tok dah pergi. tak sangka tok jatuh tergelincir terus berkesudahan begini. husband aku mmg rapat sgt dgn tok. husband aku cucu pertama tok. masa nk ke german dulu, tok keras2 tak bagi pegi sbb tok takut tak sempat tunggu cucu kesayangannya blk. masa konvo husband kt uitm dlu pon, sakit2 lutut tok tuh pon pegi jugak.. malah masa husband kt german, selalu aje tok nk kirimkan bhn2 makanan pada husband spy kami kt sana tak kepingin nk merasa sesuatu mknan. em..kalo nk diceritakan tntg tok dgn cucu pertamanya ni mmg tak hbs 7 hari 7 mlm...
sblm hayat tok berakhir, sekurang2 nya tok sempat tunggu kami blk dan lihat sdri cicit pertama dia iaitu camimi. dan tok masih sempat menunggu cu (anak tok yg bongsu) melahirkan anak lelaki yg keempat dan sempat tok menjaga cu dlm kepantangan. cuma tok tak sempat nk ke tanah suci Mekah walaupon duit dah mencukupi. biasalah.. nk masuk toilet pon kene beratur kan...?!
raya tahun ni, raya kami semua slpt pulang dari german, tak dapat disambut dgn tok.. alangkah sedihnya tok dah takde lagi..