Dah besar dah anak mommy, daddy ni.. Kejap je dah nak masuk 3 tahun. Biasanya orang lain la akan menanya dulu "bila Camimi nak dapat adik? Dia dah besar dah ni..!" Em, senyum saja la kami. Nak cakap lebih-lebih pon macam mana kan..?
Em, kalau buat anak tu sesenang membakar muffin di dalam oven yang akan masak menggebu sekitar sejam sahaja, tentu kami tak habis-habis produce anak. Bahkan berderet-deret anak membontoti kami ke mana saja kami pergi. Tapi, bagi saya perlukan masa dan ruang untuk membesarkan anak satu demi satu.
Saya perlu tabik spring kepada ibu-ibu di luar sana yang melahirkan anak setahun sorang berderet-deret. Tambahan lagi, bukan mengharapkan anak yang sulung saja membantu keluarga, bahkan kesemua anak-anak mereka itu menjadi seorang yang berjaya. Bukan mudah mahu mendidik kesemua anak menjadi sempurna dan berjaya. Tuhan sahaja tahu perit jerih yang dilalui oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Oleh itu, sempena 'Mother's Day' yang baru lepas ni, saya sangatla mengkagumi ibu-ibu yang telah melunaskan tanggungjawab mereka dengan mendidik anak mereka sehingga berjaya. Sekaligus dapat mengubah corak kehidupan miskin ibu bapa mereka.
Oops, dah out of topic!
Pernah juga saya bertanyakan kepada Camimi.. "Camimi nak adik ker?" buntang aja mata dia memandang saya. Terus saya tukar kepada ayat lain.. "Camimi nak mommy ada baby baru tak? Camimi nk baby baru tak?" Terus aja bersinar-sinar mata dia seolah-olah bakal mendapat gula-gula lolipop. "Nak!! Camimi nak baby baru. Nak baby macam Batrisyia." Camimi merujuk kepada baby baru kepada abang saya yang dah lahir hampir 4 bulan yang lepas.
Lantas saya sambung lagi "ok, nanti kalau baby baru dah ada, Camimi kene be good girl. Tak boleh dokong-dokong, kene senyap kalau baby tidur. Tak boleh bising-bising...bla..bla..bla" seperti biasa saya berterus terang apa yang dia boleh lakukan dan tidak.
Pendek saja jawapan Camimi "Ok!" dengan muka tersenyum dan penuh harapan yang dia akan mendapat adik. Dalam hati, saya berbisik sendirian "InsyaAllah, Allah maha mengetahui bila masa terbaik untuk mendapat zuriat lagi. Kita usahakan sahaja"
Tapi sifat Camimi yang paling saya rasa kelakar apabila dia sangat cemburu bila daddy dia mendekati mommy dia. Mula la dia jelous tak tentu pasal. Kalau daddy dia peluk-peluk saya, mesti dia dah tak senang duduk. Dia datang nak menyempit di tengah-tengah sambil berkata "mommy, Camimi nak big hug! Daddy tepi la..."
Kalau daddy dia kiss mommy dia, mesti dia kata "Daddy tepi.. Camimi pulak nak kiss mommy." Belum lagi kes kalau daddy dia datang menggeletek-geletek mommy dia, dan saya pula terkekek-kekek ketawa. Mesti dia akan marah daddy dia konon buat mommy dia gitu sekali. Tak..tak la sayang. Mommy memang selalu kene 'buli' macam tu dengan daddy..
Pendek kata, dalam keadaan macam mana sekali pun, Camimi selalunya akan menangkan dan protect saya lebih daripada daddy dia. Kadang-kadang siap dengan jelingan lagi Camimi hadiahkan pada daddy dia. Kecik-kecik dah pandai jeling-jeling orang ye?! Ni mesti belajar dari mommy dia.. ish..ish..ish...!
Okla Camimi, mommy saja tunggu Camimi dah besar sikit. Nanti boleh bantu mommy buat kerja kalau adik dah ada nanti. Boleh tolong mommy jaga adik bila mommy masak kat dapur. Dah boleh diharap anak mommy sorang ni. Dah faham apa mommy dan daddy cakap. Jangan buat itu dan ini, tak baik. Kalau macam ni, sejuk sikit perut mommy mengandung tengok Camimi dah boleh diharapkan.
Bercerita pasal raya tahun ni. saya dah bagi tahu pada suami saya nak konsep warna putih untuk kami bertiga. Tapi si suami tak mahu la. Dia kata seriau la pakai putih-putih ni. Lain macam aje! Hehehe.. Tak lah wahai si suamiku. Saya tetiba mahukan warna putih yang mana saya tak suka sebelum ini. Putih itu kan nampak bersih dan suci. Sweet aje kan..?
DOB: 09 Nov 2007, Friday, 5.37pm
POB: Bethesda Krankenhaus (Rumah sakit Bethesda), Duisburg, Germany
It was a very cold winter season
Note: Saya dah habis ganti puasa la masa lunaskan puasa nam pada tahun lepas. So, takpela saya nak bercerita pasal raya sikit kan?! Hehehe