Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

CAMIMI WAS WARDED

Hari isnin lepas camimi dimasukkan ke wad DEMC sec 9, shah alam. apa kes..?


Asalnya camimi ada batuk dan selesema dan kahaknya tidak boleh dikeluarkan. oleh itu camimi selalu meragam akibat tidak keselesaan utk bernafas dan batuk2 teruk.

Pagi isnin tuh aku bawak camimi g Darul Ehsan Medical Centre utk buat rawatan. doc soh dok wad sbb utk memudahkan camimi mendapat rawatan susulan iaitu nebulizer. ataupon alternatifnye berulang ke DEMC utk buat rawatan.

so, camimi half day je warded then kami decided utk berulang dari rumah ke DEMC utk buat nebulizer. seb baik la aku tak keje lagi..

sbbnye bilik fulled with patients. camimi cuma dpt bilik 3 bedded. bilik 1 bedded totally full. nk tak nk kene masuk waiting list.

half day je larat tggu dlm waiting list utk dptkan bilik 1 bed. kemudian, check out...



nama je masuk wad, tapi tak mcm org sakit pon. camimi masuk wad tapi tak reti nak dok diam. lari sana sini dlm wad, kaco org tuh, org ni. seb baik takde org yg marah. kang aku plak yg pengsan terus masuk wad!


seb baik umah dekat je dgn DEMC. so, tak ralat utk berulang selama 2 hari lagi.. 1 hari kene buat nebulizer 4x. waktu2 nye telah ditentukan oleh doktor. seb baik tak tggu kt wad. i asked the PIC yg ward 1 bed still full.. wah.. ramai betul yg sakit ek..!

note: camimi masuk wad ni b4 dia demam sama2 dgn daddy dia iaitu selang 2 hari slpsnya..

Monday

NO MORE PACIFIER



skrg camimi tgh melalui proses berjauhan dgn pacifier. kirenya dah seminggu jugak camimi dah tak hisap pacifier.

asalnye pacifier camimi hilang. si bapaknya bawak dia g jln2 dan mungkin tercicir kt mana2.. ada extra pacifier yg lain tapi turut hilang kt sini jugak. ntah mana plak jatuhnye..

kdg2 camimi teringat kt pacifier, dia akan sebut2 utk mtk.. kdg2 dia tak ingt lgsg. bagi pacifier yg lain dia geli. tamau! dia gelak2 dan terus buang. tau pon malu hisap pacifier. and now, lgsg tak payah hisap pacifier.

bgus jugak pacifier tuh hilang, kalo tak.. tatau bile si mummy dia ni nk train

Friday

DEMAM

semalam start my hubby and the little one demam. kesian diorg. 2-2 panas 39 deg.cel. kalo kt german, selagi tak smpai 40 deg.cel. masih tak dianggap demam. huh..! terukkan? syukur alhamdulillah aku tak turut demam dan bolehlah jaga diorg

my hubby dpt mc 2 hari. even smlm dia ngajar pagi, tengahari dah tak larat dan terus g jmpa doc. kelas petangnya terpaksa dibatalkan. hari ni totally dia takde kelas. seb baikkk... kalo tak terpaksa ganti kelas yg bnyk..

my little one, even demam tapi nakal tetap nakal! ntah ape yg nk dia pandai lagi tuh..


hik..hik.. kelakar tgk gmbr 2 beranak ni tgh demam kt german..


CUTI CUTI MALAYSIA LAGI

Minggu lepas kami sekeluarga (termasuk parents aku dan adik bongsu aku) mkn angin kt Bukit Merah Laketown Resorts, Taiping, Perak. pegi hari jumaat, blk hari ahad. che abe aku dan mak aku half day hari jumaat so that leh bertolak ke sana pas solat jumaat. lg pon, students uitm cuti seminggu berikutan kes H1N1. so che abe aku tak punye jadual yg padat. father aku lak keje sdri, so dia boleh pegi dan blk ikut suka dia.


asalnye aku nk g kenduri kawen kawan baik aku masa kt SMTI iaitu beja. umah pengantin perempuan kt parit buntar. sambil tuh mmg nk menginap kt bkt merah. and at the same time. parents aku nk holiday jugak. tapi mereka nk ke PD, nak cari pantai. malang skali dah clash dgn plan kami suami isteri. aleh2 kami ajak parents aku dan adik bongsu aku cuti2 aje kt bkt merah. hbs citer! kenduri boleh pegi, holidays pon boleh rasai..


sampai bkt merah dah kol 7 lbh, dkt2 magrib. pas solat, kami ramai2 kebulur dan segera cari restoran yg ada. kt bkt merah, hanya ada food court, hotel cafe, dan beberapa restoran lain yg baru bukak. berbeza dgn 3 thn yg lepas masa aku dan che abe aku pegi. camimi takde lagi.. (belum buat.. heheh). nk mkn tuh restoran terhad. cume yg seronok ada beberapa restoran seafood yg terletak di bawah kaki bukit merah laketown resorts. so, mcm dulu jugak, kt situ la tmpt kami mkn selama 2 mlm di sana. mcm2 ada berkonsepkan seafood. malah sate jugak ada dijual.


breakfast inclusive dgn bilik hotel. so mkn kt cafe hotel aje. pon mcm2 ada. smpai hilang diet aku. hari pertama breakfast aku mkn ringan2 je. telan air liur je tgk org lain mkn sdp2 tapi hari ke-2 breakfast aku balun nasi lemak. selama 3 bln blk dari german, ini nasi lemak ke 3 aku mkn. punye la nikmat mkn nasi lemak kan...? betapa nikmatnye makanan2 di msia ni ek...!




dlm kol 12 tengahari lbh, baru kami berangkat ke rumah pengantin perempuan. parents aku mmg kenal dgn beja. masa aku kawen dulu pon dia dtg umah aku nolong buat persiapan kawen. tapi masa aku kawen dia tak dpt dtg sbb dia kene lapor diri dgn JPS.


mmg tak lama sgt kt umah beja sbb org ramai pon dtg dan tempat mkn menjadi rebutan. pas kami mkn, terus angkat bontot kasi org lain makan jugak. aku sempat g snap gmbr beja, bilik pengantin dan pelamin sblm aku beransur pulang. dah la masa tuh hari mendung2 aje. aku tak sempat tgk beja berarak dan bersanding. malah pengantin laki pon aku tak sempat usha.



petang sabtu hujan lebat selebatnya. nk main water theme park pon pk 2-3 x. takut tak berbaloi. dah la masa tuh kol 4pm tapi hujan tetap lebat. aleh2 demi tidak menghampakan adik bongsu aku dan camimi yg sudah siap pakei bikini dan pelampung nyer skali, kami pegi la jugak. parents aku plak decided utk jln2 kt area situ je. tamau mandi.



masa main2 kt dlm water theme park, kami tak amik gmbr pon. sorg pon tak bwk camera atau pon camera hp. ianya adalah atas faktor keselamatan. lgpon, wat pe nak gmbr time mandi. sape nk amik gmbr..? sape plak nk mandi...? sume org nk mandi dan bermain, takde org yg willing jaga camera. huhuuh...

apa yg penting, camimi gembira. seronok bile dia terkekek2 kesejukan masa mandi. dah la hujan masih renyai. hentam je la labuuu...

esoknye, parents i bwk adik bongsu i ke org utan island. kami tak pegi sbb dh pernah pegi 3 thn yg lepas. benda nye sama je so malas nk pegi utk kali ke2. so, kami decided utk mandi kt hotel pool je. sbb camimi seronok mandi dlm pool, tuh yg kami seronok gak nk bwk dia. (sbnrnye aku nk bakar lemak balun nasi lemak tadi. tuh yg kene berkuak2 dlm air)



dlm kol 12 tengahari kami check out dan terus blk. mmg cdg nk mkn mee udang banjir spt heboh diperkatakan dlm majalah 3. sbb tatau jln, kami terus menuju ke R&R kuala kangsar. lunch kt sana dan terus pulang. dlm 3 jam smpai umah. fuihh... lega kembali ke rumah dan paling penting, kembali landing atas katil kesayangan. huhuhu...

Thursday

CAMIMI MELANGKAH KE NURSERY

Ramai org tnya, nape aku tak kerja tapi aku hantar camimi ke nursery. sng je nk jawab. tapi jenuh gak la mulut nih bg tau nape.. sbb2nye adalah kerana:

  1. kalo esok2 aku dah dpt kerja, kang melilau cari nursery utk camimi. kan dah nyusahkan diri sdri namanye tu..
  2. aku nk camimi bersosial, ada kawan, dan berkawan
  3. aku nak camimi cpt bercakap. sbb camimi cpt berjalan, jadi dia lmbt skit berckp. so, skrg so far camimi dah leh cakap..
  4. aku nk camimi bljr membaca cpt dan bljr tentang agama, solat dan sewaktu dgnnya.. tapi tamau bljr dan masuk sekolah agama tapi agama fail! perangai buruk!
  5. bile aku hantar camimi ke nursery, aku punya bnyk masa utk diri sdri. boleh g spa, facial, swimming. kwang..kwang..kwang... kemas rumah jugak..
  6. penting skali, aku punya bnyk masa utk berdating dgn che abe tersayang! sempat lagi g tgk transformers.. jgn tatau! (lbh 2 thn tak jejak kaki ke cinema)
  7. aku gak ada masa utk lunch date dgn che abe.. dan kami leh focus tntg apa yg kami buat
  8. bnyk benda aku leh uruskan selama ketiadaan camimi. aku leh g buat appointment dgn doktor, jmpa org tuh, org ni.. dll
  9. yg penting, aku leh kerja! tambah pendapatan kami walaupon gaji dia mampu tanggung kami anak beranak
kalo dah mcm ni jadinya, baru lah boleh pk utk anak seterusnya.. kurang stress sbb kalo tak smua benda kene uruskan sdri. tapi nak uruskan sdri tak susah asalkan ada org take care pasal camimi sekejap.

ada org tnya, nape pilih nursery..? yg ni pon sng jugak nk jawab.. sbbnye:
  1. dari aku blk ke msia smpai skrg aku masih memohon pembantu rumah. tapi memandangkan kerajaan msia tgh block buruh asing dari indon utk jd pembantu rumah, jadi permohonan aku tergendala la. tapi tgk la kalo november ni dapat jugak seorg..
  2. kalo aku tak hantar nursery, pembantu rumah plak tak dapat, takkan nak soh mak aku jaga atau MIL aku jaga..? kesian mereka. dah tua dah.. they deserve to rest and not being troubled with cries and wat so ever..
  3. lgpon mak aku masih bekerja dan pencen pon lmbt lagi. kalo dia dah pencen pon, aku tak smpai hati nk kasi camimi susah kan mak aku. cukupla hanya ptg2 mak aku tgk2 kan camimi lps aku amik dia dari nursery.
  4. MIL aku plak jauh kt sitiawan sana. dia pon jaga anak buah dia kat sana. takkan aku nk import MIL aku bawak ke sini? hanya kerana camimi seorg, habis 4 anak buahnye kt sana tadak org nak jaga.. lagipon the same reason, aku tamau susahkan org tua..
so, aku harap penjelasan aku clear la ek..?

Monday

BIO AURA NANO TECHNOLOGY


Salam u all..


Ni aku nak iklankan tentang filter air masa kini yg terkenal dgn teknologi tingginya iaitu Bio Aura Nano Technology. aku mmg galakkan u all pakai filter ini utk kegunaan di rumah, ofis mahupun di lokasi perniagaan u all smua.


biasanya iklan2 lain kt tv kurang dipercayai kerana terkenal utk melariskan sesuatu produk. akan tetapi, aku sdri sudah mengalami satu perubahan apabile menggunakan filter air ni. yg plg ketara aku dapati tahap metabolisme aku meningkat. kualiti air yg ditapis mmg tip top! jernih dan takde bau. maknanya iklan tntg filter ni kt tv bukanla prong pang prong pang je beb. ianya adalah betol dan tepat!

lain2 kebaikan tntg filter ni, u all leh baca perkara2 yg aku copy and paste kt bawah ni ok..

  • Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat
  • Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan
  • Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien
  • Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh
  • Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum
  • Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum
  • Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan
  • Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan

so, advice utk u all.. tak rugi beli dan gune produk ni. tahan selama 10 thn. penapis airnye plak ada 6 unit. kalo u all nk beli boleh contact aku. harganya seunit RM2080 shj. u all boleh beli secara cash, atau 2x bayar atau 3x bayar. terpulang beb.. ansuran setiap bulan juga boleh diperbincangkan. mana2 u all mampu la.


installation dan delivery utk lembah klang, aku kasi percuma. actually leh pasang sdri. sbb ianya mudah dan senang. semudah ABC..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...