Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

SPEECHLESS!!

Salam kawan-kawan,

Tak tahulah nak cerita macam mana. Nak cakap tentang perkara yang menyedihkan dan mengecewakan. Marah pun ada!

Bengang dengan sebilangan orang Melayu kita yang berniaga. Tak tahu ke diorang ni tentang halal haram? 

Nak dijadikan cerita, pagi tadi saya belikan soto ayam untuk orang yang demam.Tapi saya tunggu dalam kereta saja, si suami yang turun minta orang kedai bungkuskan.

Nak bungkus tu pun saya rasa ambil masa 10-15 minit. Saya fikir pelayan kat kedai tu semua sibuk kot. So, tangan tak cukup nak buat itu ini. Tapi itu bukan satu masalah sebenarnya. 

Paling mengecewakan, bila sampai kat rumah dan melihat ke dalam isi bungkusan soto tersebut. Sangat menyedihkan!

Isinya cuma 4 potong kecil nasi impit (size kecil-kecil sama macam makan Sate Kajang Haji Samuri), tanpa tauge, tanpa begedil, tanpa cebisan daging ayam. Yang ada cuma sedikit kacang goreng dan soo hoon goreng tu. Oh ye, mungkin ayamnya ada dalam sup yang panas tu kot? Tapi, bila dah dituang sup soto tu still tak ada daging ayam atau tulang ayam atau apa-apa isi ayamnya. Haprak!

Sedih kan? KECEWA lagi lah...

Dan harga soto tu macam biasa, macam harga kat kedai-kedai lain iaitu RM4.50...

Nama kedai tu? Tak tahulah samada nak bagi tahu ke tidak. Nanti jadi kontroversi pula. Saya bukan nak timbulkan kontroversi. Cuma ingin melahirkan rasa kecewa sebab orang melayu kita berniaga tidak jujur!!

Dan satu lagi, sebenarnya saya dah lama tak menjengah ke restoran tersebut. Beli soto kat situ pun atas permintaan orang yang demam tu. Saya memang dah lama pangkah restoran tu sebab selalu charge harga yang tidak munasabah.

Oklah, malas nak cerita lebih-lebih. Dosa kau dengan Allah, kau boleh mohon maaf terus dariNya. Tapi kalau dosa kau sesama manusia, kau tahu ke nak cari kat mana orang yang dah kau buat dosa? Fikir-fikirkan lah...

Tuesday

SCRUB YANG BERBALOI

Salam kawan-kawan,

Hari ni nak tulis pasal gambar kat bawah ni:



Honestly, siapa pernah try scrub ni?

The best thing about this is, walaupun namanya scrub tapi ianya tidak kasar sewaktu menggunakannya. Sebab ianya creamy dan ada pelembap di samping mempunyai aroma pewangi yang sungguh mild.

Setelah hampir setengah tahun menggunakannya, saya nampak perbezaan yang ketara especially untuk menghilangkan bahagian-bahagian yang hitam seperti di ketiak.

Masa mula-mula beli, saya gunakan sekali setiap minggu. Dah lama-lama, jadi 2x je setiap minggu. Sebab ada guna body polish yang lain juga. Tapi jangan expect keberkesanan dalam jangka masa yang sedikit. Saya guna hampir 6 bulan baru perasan keberkesanannya. Bila pandang kat cermin pada suatu hari tu baru saya perasan ketiak saya dah hilang jeragat hitamnya. Hehehe...

Perkara lain yang best adalah ianya 350ml. So sudah tentu ia last long time dan berbaloi-baloi.

Sekian, terima kasih.

Note: TBS takda bayar apa-apa kat saya untuk iklankan benda ni. Saya tulis review sekadar nak kongsi benda yang baik. Kalau tak percaya, cubalah! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...