Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

HYSTEROSALPINGOGRAPHY = HSG

Salam kawan-kawan,

Tahniah kat atas diri sendiri dulu sebab berjaya buat entry sebulan sekali saja. Kih kih kih. Sekarang memang matlamat blogging untuk mencapai satu entry satu bulan. Kalau lebih daripada satu entry dah kira excellent. Hahha.. Nasib la wahai blog. Makin banyak benda kena buat, makin terbatas untuk berblog. Baru sekarang aku tahu kenapa orang yang sibuk 24/7 memang tak ada blog. Sekarang aku dapat rasakan... Hehehe...

Ok, tajuk kat atas tu mesti ramai yang dah tahu apa kebendanye. Ada yang tak tahu. Ok, lah meh sini aku nak cerita. Kalau malas nak baca apa yang aku tulis, boleh zasss ke sini.

Nak dijadikan cerita, aku pernah mendapat khidmat nasihat doktor untuk kehamilan seterusnya. Yelah, Camimi dah dekat 5 tahun. Namun baru 2 tahun yang lepas kami merancang untuk anak yang seterusnya. Malang sekali masih belum berjaya.

Tahun lepas sebelum puasa aku ada berjumpa dengan pakar di Shah Alam. Macam biasa, dia akan periksa sejarah kehamilan lepas dan kesihatan aku. Solusi pertama dia bagi cumalah pil subur. Apa namanya eh? Aku pon dah lupa. Tapi dia bagi sepapan ada 10 biji. Just makan 2 biji sekali sebelum tidur pada waktu kedua haid. By the 6th day of period, sepapan tu dah habis. So, nak tahu 'keajaiban' pil tersebut (dengan izin Allah), tunggu la hari subur selepas haid iaitu hari ke-12 hingga 14.

Memang Allah masih belum izinkan untuk hamil lagi, bulan berikutnya aku masih datang haid. Maka berjumpa la lagi dengan si pakar.

Si pakar cek telur aku (ovum) melalui scan 3D dan dapati saiz dan kedudukannya normal. Tiada apa pun masalah. Bila buat ujian darah sebelum tu pun normal. Hormon dalam keadaan stabil. Juga tiada masalah. Solusi berikutnya, aku kena buat HSG.

Jadi aku memilih untuk melakukan HSG di Hospital KPJ Tawakkal. KPJ Selangor tak ada prosedur tu. Jadi, sebelum ke Tawakkal, kena buat appointment dulu. Kenapa kena fix appointment? Reason yang utama sebab ianya adalah specialist. Nak kena fix dengan schedule doktor pakar. Tak boleh suka-suki datang. Reason yang paling kuat sebab mereka akan advise kita untuk tidak ber-intercourse dengan pasangan bila habis period nanti. Sebab HSG perlu dilakukan pada hari ke-9 hingga hari ke-10 lepas period. Oleh itu, time-time tengah period tu la kena call buat appointment untuk HSG. 

Aku selalu terbabas lepas period. Dah fix appointment terpaksa cancel. And then fix for another time. Jangan tanya aku kenapa. Tanya kepada lelaki kenapa dia kurang sabar sikit? Hahahha...

Nak bercerita pasal prosedur HSG agak 18sx sikit. So, sesiapa nak tahu boleh PM aku kat FB. Aku tak boleh la nak cerita kat sini. Takpun, boleh baca terus pada link yang aku bagi kat atas.

Di sebalik prosedur tersebut, keputusan yang diperolehi adalah berita yang baik. Aku tiada masalah dengan rahim. Tiada yang abnormal, dan tiada yang asing. Saiz dan kedudukan semuanya bagus. Sujud syukurlah jawabnya bak kawan baik aku. Lepas keluar dari bilik doktor, husband aku macam nak terus kiss aku sebab dia happy sangat tengok keadaan dalaman aku yang tiada apa-apa yang pelik. Tapi sebab sedar berada di khalayak ramai, terbantut la perbuatannya. Bagi aku, apa salahnya. Heheh yeker?

Maka untuk solusi yang berikutnya, aku masih belum lakukan. Aku masih belum follow-up dengan pakar di Shah Alam semula. Tunggu la reda dulu. Sengal di rahim akibat prosedur HSG masih terasa. Lagipun, apabila mendengar keputusan tentang HSG tu memang sangat melegakan kami laki bini.

Tahu erti syukur. Ada kaum wanita lain kurang bernasib baik. Aku turut bersimpati pada kawan baik aku yang nasibnya tidak menyebelahi dirinya. Allah itu Maha Menyayangi. Sekurang-kurangnya dia punya seorang waris untuk memanjangkan generasinya.

Bila difikir-fikirkan, aku rasa aku tahu kenapa masih sampai sekarang aku tidak mampu untuk hamil. Selain daripada tiada keizinan Allah, ada sebab lain kenapa jadi begini. Aku tahu pun sebab pernah buat eksperimen kat tempat lain dan memang ternyata, kerana material tersebut aku gagal hamil. Kalau korang nak tahu apa kebendanya, boleh la PM aku. Aku tak mahu nyatakan di sini. Takut timbul spekulasi lain pula. Hehehe..


Pengajaran yang aku perolehi daripadanya adalah, jangan beli sebarang material. Walaupun ianya mahal, tapi tak semestinya memberi pulangan yang 'lumayan' pada penggunanya.


Sekian, terima kasih 
:ppp

3 comments:

~ujicham~ said...

pil yg awk mkn tu clomid. If mkn dr d2 to d6.

Ummi said...

moga berjaya ye erin!!insyaAllah ada rezeki nti..

Nur Hareza said...

apa material tu? nak tau?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...