Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

TERLAKSANA SUDAAHHH

Alhamdulillah... syukur sangat-sangat..

Banyak perkara terlaksana sudah dalam tahun 2011 ni. Diam tak diam dah nak masuk 2012 rupanya. Tapi memang tak dapat dinafikan, ada juga hasrat yang masih belum mampu untuk dicapai. Oleh itu carry forward aja lah ke tahun depan ye?

Hari tu aku ada cerita pasal bulan mencurahkan duit kan..?

Alhamdulillah, bulan November dan Disember ni telah berjaya ditempuhi dengan jayanya.

1) Insurans dan road tax - dah renew pertengahan bulan November lepas

2) Yuran tahunan sekolah baru Camimi - sekolah Genius Aulad dan transit kat tadika UiTM 

3) Birthday party Camimi - dah buat kat school dia aje. Celebrate dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgunya. Sempat aku buat kek coklat 1kg, goodies dan cup cake coklat untuk kawan-kawannya. Semua home made! (kecuali goodies tu la). Entry pasal birthday ni aku tak buat sebab tak jumpa cable camera yang aku guna tu. Sedih!

4) Korban raya haji - Alhamdulillah, ada rezeki lebih yang Allah berikan

5) Major service untuk kereta - dah terlaksana sudah sebelum cuti-cuti Malaysia ke Penang pertengahan Disember baru-baru ni. Baru la rasa selamat dan selesa bawa kereta jauh-jauh kan?

6) Bateri kereta - masa tulis entry bulan mencurahkan duit lagi dah ganti. Nasib baik bateri habis time-time masih kat rumah. Kot bantai tengah traffic jem tak ke masak dok dalam kereta buat buka tebal kat semua orang.. huhuhuh haru!

7) Tayar botak - Dah tukar tayar masa bulan November lagi. Kiranya 4 biji tayar yang asal tu cukup-cukup boleh guna selama 2 tahun saja, then dah kena tukar baru. 

8) Kos ngada-ngada tambahan kononnya nak cuti-cuti Malaysia. Alhamdulliah, terlaksana juga. Bateri kereta dah tukar, tayar pun dah tukar, major service kereta pun dah buat, memang rasa lapang aje dada nak pergi cuti-cuti. Nanti InsyaAllah ada rezeki lebih lagi cuti semester suami bulan 2 nanti boleh la berjalan-jalan lagi. Mudah-mudahan..

9) Kos ngada-ngada yang lagi 1 ni iaitu birthday aku. Hehehe.. the best ever! Dapat hadiah best dan pakej breakfast, lunch and dinner yang best. Ada gak yang menanya aku, dapat birthday present apa? Nak cakap ke tak eh? Nak ke tak? Nak ke tak..? Hehehhe.. memang itu la jawapan aku.. 'hehehehhe..' Yelah, aku bagi tahu la.. Dapat lingerie best la kan..? Hehehhe lagi.. ;D

10) Dan yang best among the best, sekarang dah pindah ofis baru. Lebih selesa, lebih nyaman, lebih seronok dan lebih mendamaikan. Motivasi dan semangat untuk bekerja dengan lebih gigih. Dan paling best, lebih dekat dengan ofis si suami. Hehehe.. bukan nak ajak dia keluar dating lunch selalu, tapi senang nak pergi swimming pool la.. Dah lama jugak tak swimming ni. Jom, sesiapa yang nak swimming dengan saya hello hello saya ye?! Hehehe (lagi).

Tapi, masih gagal untuk jadi mommy yang mengandungkan anak ke-2, adik kepada Camimi. Carry forward ke tahun 2012 eh? Semoga doa anak kecil itu diperkenankan, amin..!

Note: hari tu nampak Camimi susun segala mak bapak anak patung dia iaitu si bear, pooh bear, barney, mini mouse, mickey mouse berderet-deret depan tv. Bila ditanya kenapa menyemak semua kat depan tv ni? Then dia cakap sebab nak temankan dia tengok tv sorang-sorang. Auchhh!!

Friday

CAMIMI OH CAMIMI

Salam kawan-kawan,

Hari ni semangat sikit nak update blog. Baru lepas balik dari cuti-cuti Malaysia, jadi semangat dan mood tengah hebat membara. Heheh poyo sikit. Jangan muntah sudahhh...

Ok, kali ni nak cerita pasal Camimi yang kena chicken pox dalam dua minggu sebelum kami pergi bercuti. Demam selama 4-5 hari, jadi 4-5 hari tu jugala aku kena ambil cuti. Nasib baik mommy dia kerjanya flexible. Nak mohon cuti pun indah aje ceritanya. Jadi tak perlu susahkan daddy dia. Kalau tak, nanti daddy dia botak kepala fikir bila boleh habiskan silibus bebudak yang dah nak dekat masuk minggu exam tu.

Hai.. saya dah siap nak pergi kenduri kahwin dengan tokanda dan nenda saya


Yang nak dijadikan cerita, chicken pox camimi ni pelik sikit. Takde bintat-bintat yang isinya air macam kita dolo-dolo. Tapi masih berbintat merah timbul, gatal-gatal macam ruam gitu.

Camimi ni kalau dia kata dia nak demam, selalunya memang betul. Dia sendiri dapat rasakan yang demam dia akan kunjung tiba. Kita ni mak bapaknya sehabis baik tamau kasi anak demam sebab tu asyik kata, "mana der nak demam.. mana der nak demam.."

Memula Camimi demam takde bintat-bintat merah tu. Yelah, masa tu kan asyik hujan, then panas, then hujan, then panas. Cuaca tak menentu. Atas faktor tu kami mak bapak ni fikir demam-demam biasa. Just kasi ubat demam yang masih ada stock dalam fridge tu. Pantau suhunya dan letak cool fever kat dahi dia. Masa tu pon aku dah start cuti. Tamau kasi dia ke sekolah takut dia menyusahkan cikgu dia.

Ingatkan demam biasa, so bawa la pergi main bowling sekali. Auntie Niza dia pun tengah demam tu. Bagus la bowling ni. Tempat orang sakit nak cepat kebah demam. Hahaha

Tapi 2 hari kemudian, aku nampak dia menggaru je badan dia. Baring sini garu, baring sana garu. Bangun tidur pun menggaru. Sudahnya aku check tempat garu dia rupa-rupanya ada bintat-bintat merah. Aku check bahagian lain, rupa-rupanya ada lagi banyak bintat-bintat merah. Aku pantang tengok bintat-bintat halus timbul merah-merah gitu. Mula la meremang bulu roma sebab terasa geli dan seriau...

Daddy dia dah nak ke kelas pagi-pagi tu aku dah buat muka risau. Aku kata Camimi ada banyak bintat-bintat seluruh badan. Takut kena denggi. Masa tu aku tatau itu chicken pox alaf baru. So, muka aku jadi pucat gila takut apa-apa yang tak baik berlaku pada Camimi. Daddy dia terus cancel kelas dan bawa Camimi ke DEMC.

Bila kat DEMC, doktor check takda apa-apa yang serius. Mungkin alahan pada makanan atau habuk. Aku double confirm dengan doktor tu mungkin denggi atau chicken pox ke, tapi doktor tu kata bukan. So, dia just bagi ubat tahan gatal, krim sapu untuk gatal, ubat demam untuk minum, ubat topeddo ikut montot tu, dan 2 ubat alergy. Banyak gila dia bagi ubat!

Balik dari DEMC, daddy Camimi terus pergi kerja. Tinggal aku dok mengerjakan badan Camimi. Memula kasi ubat makan, then baru aku sapu krim ke seluruh badan dia. Sambil sapu tu meremang-remang je bulu roma aku. Macam ada mistik pula. Padahal aku geli dan seriau tengok bintat-bintat timbul yang begitu banyak sekali. Kesian kat Camimi asyik menggaru je manjang!
Sekarang saya memang suka makan ubat sendiri. Kesian kat mommy saya dah tak larat nak bergusti dengan saya sebab saya selalu je menang..


Lepas tu saya selalu kena marah sebab liat makan ubat. Tapi sekarang tidak lagiiii... hik hik hik

Lepas tu dia bukan reti nak tidur. Main-main macam biasa, macam budak tak demam pon. Yang penting kena ada air ribena dalam botol kaca dia. Oh ye, sekarang Camimi dah kurang minum susu Anmum. Kurang sangat! Kadang-kadang sehari tak minum langsung. Kalau ada pun sehari sekali je. Dia kata, dia nak muntah pula minum susu. So, dia asyik request minum ribena je. Cuma aku hadkan sehari 2-3 kali je minum ribena. Biasanya pun aku beli botol ribena yang tulis kurang gula tu. The rest of the time, aku kata kalau haus, minum air masak banyak. Susu coklat Dutch Lady pun boleh.


Dah 3 hari demam Camimi tak kebah-kebah, dan bintat nya pun tak berkurang. Mak aku suruh pergi bawa jumpa doktor lain sebab dia percaya itu bukan allergy biasa. Itu adalah chicken pox. Telahan aku pon betol. So, kami ke klinik ke-2 selepas DEMC tempoh hari. Kali ni ke Klinik Dr. Rosli kat seksyen 7. Suka pergi kat Seksyen 7 sebab memang selalu lengang. Kalau kat Seksyen 18, Tuhan sajala yang tahu... Siap boleh kira berapa ekor kambing pun giliran tak sampai-sampai.. (ok, aku gurau je!)

Bila dah pergi klinik Dr. Rosli, maka telahan mak aku dan telahan aku benar-benar belaka. Memang confirm chicken pox. Aku panggil chicken pox alaf baru. Simptom sama cuma ciri-ciri chicken pox tu berlainan. Seumur hidup aku, tak pernah lagi kena chicken pox alaf baru gaya Camimi ni. Sebab tu entah makcik mana yang DEMC upah jadi doktor tu pon boleh confius. Doktor pon boleh confius? Biar betol? Baik suruh mak aku je jadi doktor.


Saya demam-demam pun mommy saya bawa saya pergi ofis sebab ada kerja sikit nak kena buat. Sebab tu lepas tu mommy pula jatuh sakit. Demam panas. Kesian mommy...

At the same time aku pun minta doktor kasi ubat demam kat aku. Yes, aku pun ikut demam tapi bukan chicken pox macam Camimi la. Cuma demam panas je. Mak aku kata, mungkin aku letih sebab jaga Camimi. Yelah kot. Time Camimi demam, dia asyik panggil aku tidur kat bilik dia. Bila dia dah tertidur, aku terbangun pula dan terus masuk tidur bilik sendiri. Then Camimi terbangun, dia nangis-nangis panggil lagi aku bangun masuk tidur kat bilik dia. Berulang-alik la aku ke bilik dia dan ke bilik aku dalam satu malam selama dia demam tu. Kadang-kadang memang tak sedar langsung, aleh-aleh dah subuh. Kadang-kadang si suami kejutkan suruh masuk bilik kami jadi teman setia dia untuk tidur. Hai, nasib la badan terpaksa berkongsi-kongsi antara Camimi dan suami.

Tapi demam aku tak melarat sangat. 2 hari je dah kebah. Camimi pun ikut kebah. Cuma aku tak tahan tengok kulit dia jadi kering sebab asyik sapu ubat gatal. Dah jadi kudis-kudis sikit akibat suka menggaru. Oleh kerana bintat-bintat tu dah tak merah, cuma masih berbekas dan menggerutu maka setiap kali lepas mandi aku akan sapukan lotion milk J&J tu.  Memang rasa sedih sangat sebab kulit dia masa tu sangat menggerutu, kering dan berkudis sana sini. Setiap hari aku wajib sapukan lotion baby tu sampai sekarang kulit dia dah licin semula seperti dulu. Kalau daddy dia yang mandikan Camimi pun aku selalu pesan kena sapu lotion kat seluruh anggota badan dia. Jangan tertinggal mana-mana bahagian pun kecuali muka. Muka dia langsung tak kena bintat merah tu. Nasib baik...


Saya tamau makan roti canai pun nak kena marah. Nanti saya makan la biskut dulu sebelum mommy saya bagi makan ubat..


Masa ni mommy kata, kalau tak makan roti canai tu tak perlu makan ubat. Jadi, tak perlu cepat kebah. Nanti mommy tak perlu bawa saya pergi jalan-jalan ke Penang. Mommy nak tinggalkan saya dengan tokanda dan nenda. Masalahnya tokanda dan nenda nak jaga saya ke yang nakal ni?

Camimi ni dah la tak makan sayur. Aku selalu pesan, kalau tak makan sayur, kulit kena cantik juga. Nanti segan orang tengok kulit tak cantik. So, kalau mommy and daddy nak pakaikan lotion, jangan nak mengelak-elak. Pastu jangan tak nak makan ubat. Jangan tak mahu ikut cakap mommy and daddy (takde kena mengena pun nasihat terakhir tu tapi sebab nak takutkan dia yang kulit dia masa tu jadi teruk). So, everytime dia makan sesuatu yang sebelum ni dia kurang nak makan, then mesti dia akan cakap, "mommy, makan ni untuk kulit cantik ye? Untuk jadi tinggi ye? Untuk sihat eh?" Padahal masa tu dia just makan nasi dengan chicken je ponnnn.. kan kalau tak dia makan nasi dengan kuah aje. Chicken dan segala lauk bagai memang tak sentuh pon!!

Berkenaan dengan aktiviti Camimi yang dah kurang minum susu, dia selalu cakap dengan aku. Dia nak reserve susu tu untuk adik dia nanti. Padahal susu yang nak reserve tu untuk umur sebaya dia. Hahaha.. Banyak toys yang dulu dia main, sekarang dia tolak tepi sebab dia kata nak reserve untuk adik dia. Kadang-kadang naik trolley kat Tesco, dia akan tanya, "kalau ada adik, adik nak duduk kat mana, mommy?" Lekas aje aku jawab, adik duduk dalam trolley, Camimi dah kena jalan kaki sendiri la. Kiranya banyak benda sekarang dia fikir untuk diberikan kepada adiknya nanti. Anak-anak patung dia pun ada yang dia dok tengok je dah. Dah tak belai sebab dia nak simpan untuk adik dia nanti.

Kalau daddy Camimi plak, sambil usap perut aku, sambil tu tanya, bila perut ni nak ada isi lagi? Selalunya aku bagi jelingan maut je kat dia. Sebab masing-masing tahu, yang masing-masing sedang berusaha. Cuma Allah belum memberi keizinan lagi. Mungkin Allah tahu, cerita cinta kami terlalu pendek dulu. DIA nak panjangkan lagi supaya kami saling banyak masa antara satu sama lain. Sekarang Camimi selalu menjadi budak kecil yang sangat memahami. Selalu beri daddy and mommy dia banyak masa. Pernah juga aku ajar dia berdoa supaya dia sendiri dapat mendoakan untuk dianugerahkan adik-beradik lagi. Sebab kesian, selalu main sorang-sorang tapi mommy dia sibuk baca novel dan daddy dia sibuk buat kerja. Hihihihi


Ok, sekarang saya dah kebah. Dah boleh ikut mommy jalan-jalan pusing Penang. Yea yea..

Tapi, kalau dengar aku menjerit dalam bilik sebab tengah gurau-gurau dengan daddy dia, cepat aje dia datang terjah selamatkan aku. Ha, lepas tu sibuk la menyendeng dok tengah-tengah kami. Agaknya, masa berdua untuk kami dah tamat. Dia boring dok luar sorang-sorang. Hahah.. alahai..!

Okla, panjang sangat aku celoteh kan. Eh, esok dah cuti? Baru je aku start kerja minggu ni dah cuti balik. bestnyer... hehehhe next time aku cerita cuti-cuti ke Penang pula ye? Ok, selamat berhujung minggu...!

Monday

LAMA GILERRRR

MasyaAllah...MasyaAllah..

Lama giler aku tak buka blog sendiri. Lama giler tak update entry baru. Bahkan, lama giler aku tak buat visit ke blog kawan-kawan yang lain. Ampunnn...

Sampai kan ramai kawan-kawan PM kat facebook bertanyakan blog aku yang dah berkubur ke? Ada yang tanya aku ni terperap dalam gua ke sampaikan tak boleh nak update blog sendiri? Ada gak yang tanya, aku ni tak sihat ke? Tengah mabuk pregnant ker? Terharu pula rasa. Walaupun ada kata-kata yang diberikan tu agak pedas, tapi still terharu sebab ada orang ambil tahu yang aku ni memang lama giler tak update blog sendiri.

Maaf sekali lagi. Masa yang Allah anugerahkan pada aku, mungkin tak sebaik mungkin aku gunakan. Sebab tu terasa masa itu sangat pantas berlalu pergi. Banyak perkara aku terlepas pandang dan tak terbuat dek kerana masa itu begitu singkat terasa.

Hari ni aku mulakan entry aku nak bercerita tentang siaran radio pagi tadi. Tak pasti samada itu siaran ulangan atau tidak. Ianya berkenaan 4 players skuad Harimau Muda yang datang ke konti Hot Fm untuk berborak tentang kemenangan skuad tersebut dan pengalaman menentang team Indonesia sewaktu piala Sukan Sea tempoh hari. Tak silap aku, macam pernah dengar team Harimau Muda tu datang ke konti just after the match ended. Tapi ni dh siap lawan Syria, Bahrain, ada lagi player Harimau Muda yang dijemput datang ke konti? Itu yang tak pasti.

But, the best part was, ada seorang pemanggil perempuan call konti nak bercakap dengan Fandi Othman. Suara memang manja gilerrr. Bajet budak perempuan remaja yang tergila-gilakan Fandi Othman kot. Katanya antara team skuad tu, dia perasan Fandi Othman yang paling kacak, fresh dan tampan. Sebab tu sanggup call konti sebab nak bercakap sendiri dengan Fandi Othman. Tak disangkal lagi, Fandi Othman kaget dan gabra gila. Suara Fandi Othman pon macam tergagap-gagap ala-ala lady gagap bila bercakap dengan pemanggil tu!

Tambah lagi bila pemanggil perempuan tu gelarkan dia as 'Shah'. Suara manja gilerr. Macam admire tersangat pada Fandi Othman. Shah tu tanya, ini first time ke Fandi datang konti dan kena interview dengan DJ Hot Fm? Sebab saya terlalu minat sangat dengan Fandi Othman ni. Shah tu tanya kat Fandi Othman lagi tentang ada tak DJ Hot FM bercerita apa-apa pasal diri Shah sendiri yang sebenarnya kerap call ke Hot FM. Kiranya Shah ni pun pendengar setia Hot FM. Sampaikan aku rasa, kenapa Hot FM tak edit conversation tu sebab macam panggilan private je antara Shah dan Fandi Othman. Suara nak manja-manja kenapa kalau tau nanti satu Malaya dengar melalui radio. Asalnya, Shah siap beri idea pada Hot FM untuk panggil Fandi Othman datang ke konti. Tapi Shah berpendapat jangan pula panggil Fandi Othman seorang diri. Nanti yang lain terasa. 

Atas sebab tu la Hot FM panggil Fandi Othman di samping Muslim dan a few players lain. Aku pun start dengar radio part si Shah tu call Hot FM. So, aku tak pasti player mana lagi yang datang. KFCM ada sekali ke tak? Aku tak perasan. Mungkin ada kot sebab suara dia tu kan dah jadi trademark? Suara serak-serak macam cakap tak lepas gitu. Eh, aku tak kutuk okeh.. tak baik!

Tapi memang aku tergelak-gelak sampai tertutup-tutup mulut bila dengarkan conversation antara Shah dan Fandi Othman. Seolah-olah Hot FM nak siarkan secara live perbualan peribadi antara mereka berdua. Sambil aku drive kereta, sambil tu aku tergelak-gelak. Sampaikan aku rasa, time berhenti kat traffic light tu orang sebelah dah usha-usha. Ye, aku tahu, hari ni aku cantik. Tet!!

Uols tau apa jadi at the end of the conversation? Siapa yang sempat dengar radio tu mesti tahu kan? Rupanya si pemanggil yang bergelar Shah tu adalah Shila Amzah! Fandi Othman memang minat gilerr dengan Shila Amzah rupanya. Bila DJ Hot FM dah pecahkan tembelang yang Shah tu adalah Shila Amzah, terus hilang gagap Fandi Othman. Hahaha.. nampak sangat excitednya dapat cakap sendiri dengan Shila Amzah. Shila Amzah siap suruh mamat tu nyanyi lagu terbarunya iaitu Patah Seribu. Ate, kata dah minat kan? Hahaha.. mamat tu turut aje nyanyi lagi tu time chorus. Terketar-ketar juga suara time nada tinggi lagu tu. 

Haha.. best aje kan? So sweet..

Macam tu la, kalau tak kenal maka tak cinta.

Macam mana kalau betul Shah tu adalah si pemanggil remaja yang minat giler dengan jejaka Fandi Othman ni. Shah yang bukan popular, tapi gadis biasa antara berjuta-juta rakyat Malaysia yang lain? Mesti Fandi Othman kekal tergagap-gagap melayan panggilan Shah kan? Malu-malu gitu..

Okla, nak cerita tu je la dulu.

Sebenarnya melawan rasa mengantuk sebab malam tadi tidur pukul 3.30 am sebab nak habiskan baca novel Seandainya...

So touched! Esok aku ceritala ye? Itupun kalau uols minat novel MELAYU. Sekian, terima kasih!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...