Salam kawan-kawan,
Novel tebal 'Biarkan Ia Berlalu" dah tamat hari Ahad lagi, time-time raya Qurban tu juga. Hihihi.. Best oooo novel tu. Memang tak rugi belanja RM33.00 dan habiskan masa selama 5 hari untuk habiskan membacanya. Salute to penulis sebab beliau adalah salah satu penulis yang mampu membuatkan watak-watak dalam novel tersebut muncul dalam mimpi aku. Poyo aje kan? Ntah macam mana boleh termimpikan Nadia dan Syafiq. Adoyaiiii!!
Sekarang ni novel aku dah out of stock. Nak kena cari novel baru. Tapi kasi aku relax kejap. Update blog tentang raya Qurban. Agaknya kalau ada stock novel baru yang belum baca tentu sampai ke sudah aku tak update blog ni. Malas!
Ok, bercerita tentang raya Qurban...
It was a really great, great, great, GREAT, GREAT, GREAT event so far.. Best sangat sebab dapat berkumpul dengan adik beradik, sepupu sepapat sesama sendiri. Pastuh buat pe'el bodoh, gelak kuat-kuat. Snap gambar sana sini jangan cakap la. Best sangat! Yang paling penting, makan sampai perut jem, sebu, senak.. Hihihi... Adoi memang senak perut!
Tapi pagi-pagi lepas solat raya, pergi tengok lembu korban dulu la kan..
Lembu korban kami, yeay!
Masa aku datang, lembu dah siap sembelih. Tinggal nak melapah je. Sebelum mereka sembelih, at least kena ada seorang wakil yang datang 'beri izin'
Oppsss..hati-hati. Perut lembu dah gelebeh ke tepi. Tuh kalau pecah habis isi perut terkeluar..
3 askar ni duduk jauh-jauh je, tak berani tengok dekat-dekat. Geram budak paling kecil tu. Grrrr... cutenyerr!!
Camimi takut tengok lembu banyak darah..
Raya Qurban with lep! ekekek
Balik dari tengok lembu, terus nak panaskan lauk bagai sebab keluarga mak long dan abah dari Segambut nak datang. Acara biasa kami sekeluarga untuk berkumpul beramai-ramai.
Ok, menu hari tersebut adalah, rendang ayam pencen, nasi impit, kuah kacang, nasi beriani, pengat kacang hijau, apam polka dot dan kek butter mama the lazat! Weh, kalau kek butter jual kat kedai aku tak makan sebab faham-faham la BUTTER. Lagi tambah lemak kat badan aku yang sedia ada berlemak ni. Tapi sebab mama aku yang buat, aku suka especially tang tepi-tepi kek tu yang kelihatan amat rangup. Nyummm!!
Apam polka dot pula aku yang buat hari sebelumnya. Cadang nak buat kek choco moist with cream topping juga, tapi kepala berdenyut-denyut tak tahannya menanggung rasa sakit. Jadi, lupakan je la hasrat nak jadi rajin.
Kami kaki tangan potong memotong. Hihihi.. Time potong-potong ni pon masing-masing sempat buat lawak. Asyik nak ketawa saja.
Daging-daging ni adalah sebahagian 1/3 untuk kami. Siap nak potong-potong untuk masak rendang dan sup. The rest simpan untuk diagih-agihkan.
.
Father aku pula potong part yang susah iaitu tulang lembu
Ok, itu semua menu waktu pagi. Bila dah masuk tengahari, daging korban lembu dah sedia dipotong, dibasuh, maka menu tengahari bertambah lagi. Ada spageti bolognaise, sup tulang, sup daging (makan dengan mee yang mak long buat. Home made lagi kau!), rendang daging dan last minute ada lemang seksyen 24. Rajin suami aku nak pergi cari lemang juga. Sebab tekak dia dah meronta-ronta nak makan lemang dengan rendang daging. Laki aku kan.. memang!
Kami ni adik beradik tak kira laki ke perempuan memang reti masuk dapur. Semua reti masak. Sebab tu akan rasa malu kalau aku tak reti nak masak bagai..
Tapi, aku takdela reti masak kuah spageti ni macam adik aku masak. Tengok la isinya dalam kuah tu. Meriah! Sedap pula tu. Tambah lagi semua sepupu-sepupu memang suka makan spageti. Bertambah-tambah makan!
Rendang daging ni masak kat luar. Sebab pakai kuali besar. Sedapnye lah hai..!
At the same time, abang aku bawa lobster masak kari. Dia dah siap masak dari rumah. Lobster ni import dari Bintulu. So, sampai rumah mother aku semua pakat berebut. Maklumla, jarang-jarang dapat makan benda tertonggeng sebesar itu. Hihihi..
Ambik kau, tertonggeng!
Masing-masing punya kerja yang tetap bila ramai-ramai berkumpul macam ini, iaitu kerjanya asyik makan dan makan. Memula masing2 kata dah kenyang, tapi bila dah dihidangkan atas meja, terus start nak menngunyah semula. Pastu tandas full!
Ini semua cerita hari Ahad. Sampai ke Magrib pun masih ada saki baki tetamu tak balik lagi. Aku terpaksa escape kemas rumah parents sebab Camimi tak tidur langsung dan makan cuma sesuap dua saja selama berada di sana. Dah sibuk main dengan sepupu dia mana ingat nak pejam mata dan makan!
Hari Isnin masih lagi cuti. Jadi, ramai-ramai plan pergi shopping di Ikea.
Sorry la, sekarang aku memang malas nak hurung camera ke sana sini. Semua gambar ni ihsan dari camera cousin aku, Kak Nana, camera father aku dan cuma beberapa camera hp aku sendiri.
Tapi macam mana pun, aku rasa sangat happy dan bahagia sebab punya keluarga bahagia dan happening macam ni. Masing-masing sporting dan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu majlis.
Ok, see you guys nanti untuk celebrate birthday ramai- ramai termasuk birthday Camimi hari ini - 9/11/11. Happy birthday to Camimi, my dearest daughter..
Note: Plan nak celebrate birthday Camimi dengan kawan-kawan kat school dia on this Friday. Nak buat apam polka dot dan cup cake untuk kawan-kawannya. Dan ada juga goodies. Juga kek coklat 1 kg untuk cikgu-cikgunya. Wish me for a good health so that I can work on that! TQ :)