Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

BACK TO ORIGIN

Salam guys,

Nampaknya saya masih belum sempat mengucapkan salam ramadhan kepada semua pembaca blog saya yang setia. Hari ni masuk hari ke-9 tetapi malam ke-10 kita berpuasa. Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa di siang hari dan selamat menjalani solat tarawikh di malam hari.

Ok, back to the title displayed.

Mungkin ada yang sedia maklum tentang kepulangan adik saya yang sudah tamat pengajiannya 30 Julai yang lalu. Kami sekeluarga menyambut kepulangan adik saya di LCCT, Sepang pada jam 5 petang. Memang teruja dan gembira menyambut salah seorang ahli keluarga kembali ke tanah air.

Okla, cerita pun dah lama, dan saya pula lambat update. Oleh itu, mari kita layan gambar aje la kan...?

Kali ni, parents saya sponsored ticket pulang naik Air Asia X. Murah sikit!

 
Kami dah la tiba awal kat sana, tapi faham-faham la bukan tepat-tepat pukul 5 pm penumpang turun dan boleh terus balik.

Budak 2 orang ni plak dah buat LCCT macam playground diorang pula. Sebab lama sangat menunggu tak juga keluar-keluar uncle diorang ni

Rasanya lebih kurang 45 minit kemudian baru nampak kelibat adik saya mengusung troli barang-barang dia. 


Tatau la dia 'touching' ke idak time salam-salam dengan parents saya. Mungkin kene cover la kot sebab girlfriend dia pon ada sekali

 
Camimi nak bersalam dengan Uncle Hafiz

Tapi Qira tamau salam. Biasala budak kecik sorang ni. 'Enjin' belum panas lagi dengan Uncle Hafiz dia. Memang la dia tamau!

Ha.. ini girlfriend adik saya. Aku kan bakal kakak ipar dia yang baik, semua aku nak angkut datang sini :)
hehehhe... jangan marah naaa...

Ini je barang-barang yang dia bawa balik dari sana. The rest, masuk dalam contena. Haihh.. sesak balik rumah parents aku tu. Dulu barang-barang aku yang dok penuhkan ;p


Masing-masing terpegun dengan Uncle Hafiznya. Sebab sebelum ni adik saya berambut panjang. Balik Malaysia kali ni dah hampir botak pula kepala dia. 



Note: Komplen adik saya tentang Air Asia X ~ sumpah tamau naik lagi dah! Makan 2x aje diberi (bayar sekali dalam tiket) malah selimut dan bantal juga tidak diberikan. Bayangkanla macam mana la penerbangan selama 13 jam itu... huhuuhuhu.

1 comment:

lily lotus said...

selamat pulang ke tanahair dan selamat berkhidmat untuk negara :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...